24 Disember 2010

Mencuba Opera Mobile Pada Ubuntu

Pelayar Web Opera sememangnya telah lama menyokong ubuntu sebagaimana persaingannya iaitu pelayar web Firefox, Chromium, Google Chrome dan lain-lain. Anda boleh memuat turun pelayar web Opera ini dan memasangnya pada ubuntu untuk versi desktop mahu pun komputer riba.

Namun tahukah anda, pelayar web Opera mobile yang cukup popular tersebut boleh juga dipasang dan dijalankan pada Ubuntu. Sesetengah versi yang dikeluarkan kebanyakannya adalah bersifat skrin sesentuh (touch screen). Bagaimana pun, anda tidak perlu risau kerana pembangunnya telah mengintergrasikan fungsi tersebut sesuai untuk tetikus dan papan kekunci komputer anda.

  1. Muat turun fail Opera Mobile .deb, dwi klik untuk pemasangannya.
  2. Sebaik sahaja dipasang, anda boleh mengubah saiz skrin asal, membuat beberapa ketetapan seperti fungsinya pada telefon bimbit sebenar.
Berikut adalah screen shot yang sempat saya tangkap.




Sekian. Selamat mencuba.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nati nak try. Tapi macam x puas ati je sebab kecik. huhu

deensokmo berkata...

a'aa kecik skrinnya, tekan butang maxima tu.. ala suka-suka install nak main-main jer..

Tanpa Nama berkata...

Din, buang lah captcha ni. Tak sedap lah nak komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...