Saya percaya, ada dikalangan mereka terfikir Ubuntu adalah sebuah perisian yang percuma, bukannya Sistem Operasi, malah ada juga yang hari ini baru mendengar UBUNTU. Kenapa, mengapa dan untuk apa saya mencuba Ubuntu. Tentu persoalan ini bermain di kotak fikiran kita setiap kali kawan kita bercerita tentang Ubuntu. Mungkin anda sudah banyak mencari jawapan di internet apa itu Ubuntu. Jadi, saya andaikan anda kini sudah bersedia untuk berkenalan dengan OS ini.
Kenapa saya mesti mencuba Ubuntu
Kenapa saya mesti mencuba Ubuntu
- Sudah penat memasang bermacam-macam antivirus pada Windows.
- Tiada bajet untuk menaik taraf perkakasan komputer (RAM, Cakera keras, Kad grafik dsb)
- Anda ada komputer lama atau komputer kedua yang sudah berhabuk namun masih berfungsi.
- Anda sedar membeli perisian cetak rompak, memiliki Windows lesen palsu adalah haram dan suatu kesalahan. Ingatlah, jika OS sudah haram, maka semua jenis kegunaan komputer anda adalah tidak berkat.
- Sebagai penyelamat untuk mengambil Data pada Windows jika Windows bermasalah.
Kepada pengguna Windows yang ingin tahu bagaimana boleh mencuba OS Ubuntu pada komputer. Berikut ialah kaedah mencuba Ubuntu tanpa memasangnya pada komputer, jadi tidak perlu risau akan kesan sampingan pada Windows yang sedia ada.
Muat turun dan bakar Ubuntu:
- Muat turun Ubuntu.
- Bakar imej (ISO) Ubuntu ke CD/DCD atau ke pendrive.
- Bakar imej Ubuntu ke CD/DVD mestilah kelajuan perlahan (8x, 4X).
- Jika mahu menggunakan Pendrive/Flashdrive sila guna Unetbootin
Menguji Ubuntu:
(A) Menguji Ubuntu melalui WUBI.
- Hidupkan Windows seperti biasa dan masukkan LiveCD Ubuntu.
- Windows automatik mengesan perisian WUBI.
- Buatlah pemasangan Ubuntu tersebut seperti anda memasang perisian-perisian lain pada Windows.
- Kaedah WUBI memerlukan sambungan internet. Sebaik sahaja dipasang, semasa komputer dihidupkan, anda boleh memilih samada boot Windows atau Ubuntu Linux.
- Sebenarnya menguji cara begini adalah anda sudah memasangnya dan jika ingin membuang Ubuntu; boleh uninstall melalui Add/Remove program.
(B) Menguji Ubuntu Melalui LiveCD/DVD atau LiveUSB
- Masukkan LiveCD Ubuntu ke CDROM, manakala Live USB cucuk pada port USB.
- Restart komputer anda, semasa start up system, tekan F2 atau F8 atau F9 atau Delete (bergantung kepada BIOS) untuk menu pilihan boot.
- Saya andaikan anda memilih CD/DVD ROM, setelah loading, pilih bahasa dan pilih menu "try ubuntu".
- Untuk mengakhiri Ubuntu ini, klik butang Shut Down dan keluarkan CD tersebut.
(C) Menguji Ubuntu melalui VirtualBox.
- Muat turun VirtualBox untuk Windows dan pasangkan aplikasi ini terlebih dahulu.
- Jalankan perisian VirtualBox ini dan Klik butang New.
- Sila baca arahan pemasangannya sehingga anda berjaya mencipta Virtual Hardisk.
- Setelah selesai klik butang Setting>Storage. Dalam IDE controller (klik icon CD), sila browse imej Ubuntu.ISO dan OK untuk pengesahan keluar.
- Klik butang klik butang Start untuk memulakan Ubuntu Live ini.
Meskinpun 3 penerangan di atas tidak terperinci, saya percaya anda boleh melakukannya sehingga berjaya. Namun harus diingat, menguji Ubuntu tidak seperti memasangnya, maksud saya anda hanya boleh menguasai kebebasan Operasi Sistem ini hanya sekadar 80% sahaja. Ini bermakna, jika anda mahu menampakkan "taring" Ubuntu, anda harus memasang Ubuntu secara kekal pada Hardisk...
P/S: Tiada orang terus pandai melainkan dengan langkah pertama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan