02 September 2010

Mengakses Internet Secara Offline (Tanpa talian)

Mengakses internet semasa offline? Biar betul, sebenarnya memang tidak boleh. Namun dengan bantuan aplikasi tertentu kita boleh mengakses semula laman sesawang yang pernah kita lawati. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk merealisasikan "working offline" ini. Di sini saya ingin menunjukkan kelebihan add ons ScrapBook Plus yang boleh menyimpan semua kandungan laman sesawang yang telah kita lawati.

Pasang ScrapBook Plus pada Firefox:

Pada menu Firefox, klik Tools>Add Ons>Get Add Ons; taipkan ScrapBook Plus dalam kotak carian. Kemudian sila pasang dan ikut arahan pemasangan. Setelah restart firefox, anda akan nampak satu menu baru iaitu ScrapBook Plus.

Lihat screenshot di bawah, saya huraikan secara ringkas.


Gambar 1 (klik pada gambar untuk besarkan imej)

Huraian Gambar 1
1 - Menu yang muncul setelah pemasangan Srapbook Plus
2 - Kandungan fail URL di dalam komputer yang saya akses secara talian tertutup.
3 - Antara beberapa tajuk yang sempat saya simpan semasa Online dan disimpan untuk rujukan akan datang.
4 - Setiap kali klik pada tajuk artikel/post, blog tersebut akan muncul dengan paparan penuh beserta gambar dan flash.


Gambar 2
Gambar 2:
Salah satu cara untuk menyimpan Website yang dilawati. Klik kanan pada mana-mana ruang kosong pada permukaan website dan "Capture Page" ke direktori pilihan anda.


Gambar 3

Gambar 3:
Untuk memaparkan "Sidebar" pergi ke menu Firefox ScrapBook Plus>Show In Sidebar. Terdapat butang "Tools" untuk anda menguruskan laman-laman sesawang yang pernah disimpan.

Anda boleh selongkar sendiri menu dan fungsi-fungsi lain yang disediakan, antara yang menarik minat saya ialah:
  1. Scrapbook Plus ini boleh memuat turun hampir keseluruhan post Blog Deensokmo (blog-blog lain pun boleh juga) dengan menggunakan fungsi Capture Multiples URLs.
  2. Semua data-data Website yang dimuat turun boleh dipindahkan ke komputer lain.
  3. Scrapbook Plus juga dapat menjimatkan masa dan wang ringgit.
  4. Paling penting, dapat akses macam ada internet di mana-mana jua.
Sekiranya anda ingin berkongsi fungsi-fungsi lain ScrapBook Plus atau anda pernah menggunakan aplikasi selain ScrapBook Plus ini; luahkan di sini untuk paparan pengujung yang lain, jangan malu-malu tinggalkan ulasan atau komen anda.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...