Tutorial dan Tips yang saya mahu berkongsi di sini ialah jika komputer anda mempunyai lebih daripada 1 pengguna (user). Di mana, pengguna kedua ingin mengunakan atau berkongsi Sistem Operasi yang ada pada Virtual Machine (VM) pengguna pertama. Hasil perkongsian ini bermakna pengguna kedua tidak perlu lagi memasang Sistem Operasi yang baru pada VirtualBox nya bagi mengelakkan pembaziran ruang cakera maya (Virtual Hard Disk).
Saya ingin memberi contoh apa yang telah saya lakukan. Saya deensokmo sebagai pengguna pertama dan ayu adalah pengguna kedua pada Ubuntu 10.04 di komputer saya. Sistem Operasi yang deensokmo mahu kongsikan kepada ayu ialah Windows XP di dalam VM. Secara lalai, Ayu belum lagi memiliki VM meskinpun mempunyai aplikasi VirtualBox, Jadi, Ubuntu ayu ternyata tidak dapat mengakses VM Hard Disk di dalam VM deensokmo. Ini kerana, deensokmo belum lagi membenarkan/mengizinkan VirualBox ayu untuk mengakses pengkalan VM Hard Disk tersebut.
(A) Membuat ketetapan keizinan VM deensokmo kepada VM pengguna ayu:
- Login Ubuntu melalui deensokmo. Masuk kepada System> Administration> User and Groups. Di dalam kekotak user setting tersebut; pilih deensokmo dan tekan butang Manage Group.
- Kemudian cari perkataan “vboxusers” dan klik properties. Berikan tanda kepada pengguna ayu, klik OK dan masukkan katalaluan. Tekan Kekunci Enter untuk pengesahan. Tutup kekotak user setting tersebut.
- Jejak secara manual File System> Home> deensokmo> .VirtualBox> HarDisk> WinXP.vdi. Nota: Tekan Ctrl+H untuk memunculkan .VirtualBox, manakala WinXP.vdi adalah nama virtual hardisk yang dicipta semasa memasang OS Windows sebelum ini.
- Klik kanan pada WinXP.vdi, pilih properties>permission. Tetapkan ayu di dalam Group dan benarkan Read and Write. Tandakan pada Execute. Kemudian tekan Closed untuk mengakhirinya.
- Logout deensokmo.
- Login Ubuntu melalui pengguna ayu. Kemudian klik menu Applications> System Tools> Oracle VM VirtualBox.
- Sebaik sahaja Virtualbox dipaparkan, klik butang New> Next dan berikan nama OS Windows ini. Contohnya WinXP, Pastikan Operating System: Microsoft Windows dan Version: Windows XP.
- Klik Next lagi dan tentukan saiz memori. Klik Next dan pilih used existing hard disk. Sila jejak Hard disk dengan mengklik ikon Browse seperti langkah (A) 3 di atas.
- Klik butang Finish setelah selesai. Hidupkan OS WinXP ini dengan butang start seperti macam biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan