22 April 2011

Review Ubuntu 11.04 (Natty Narwhal)

Ini kali pertama saya mengetengahkan review berkenaan versi Ubuntu. Semalam saya berkesempatan memasang Ubuntu 11.04 yang diberi nama Natty Narwhal. Nama unik ini di ambil daripada sejenis ikan paus yang mempunyai muncung panjang. Pada hari ini ianya masih diperingkat Beta 2 di mana pada 28 April 2011 akan dilepaskan versi stabil.

Setelah muat turun Ubuntu 11.04 Beta 2, saya terus memasang versi 11.04 ini pada sebuah komputer riba Lenovo Y410. Saya membuat pemasangannya melalui USBlive dan pemasangan berjalan lancar. Saya mengambil masa sekitar 1/2 jam kerana dalam proses pemasangan Ubuntu ini dibenarkan untuk muat turun pakej terlarang. Tujuan pemasangan pakej terlarang ini supaya saya dapat main Flash dan beberapa kod muzik seperti .mp3 dan lain-lain sebaik sahaja selesai pemasangannya.

Seterusnya, sebaik sahaja Restart komputer setelah pemasangan, terpapar muka Unity yang sangat cantik. Bagaimanapun, versi 11.04 ini masih lagi memberi peluang untuk kita memilih desktop Gnome klasik ketika GDM session. Ah.. ada satu Error muncul tanpa sebab, bagaimanapun saya terus tekan Cancel dan tidak memilih untuk Report Problem sebab ini adalah versi Beta (sudah tentu wujudnya pepijat - BUGS).

Keserasian perkakasan
Lenovo Y410 ini dibekalkan dengan webcam 1.3 pixels, Cheese tidak menghampakan saya. Modem wireless Broadcom BCM5906M nampaknya autodetect, sistem audio tiada masalah, begitu juga Intel kad grafik ini pun tiada masalah. Lain-lain seperti Bluetooth, butang pintasan (smartkey), keyboard, pembaca memori kad tiada masalah. Kawalan dual skrin, kawalan kecerahan yang kena tekan Fn+ pun nampaknya berfungsi dengan baik.


Penambah-baikan versi Pakej
Pengurus tetingkap - Nautilus 2.32.2.1
Pelayan Web - Firefox 4
Kernel - 2.6.38-8-generic
Pejabat - Libre Office - 3.3.2
Pengurus e-mail klien - Evolution 2.32.2
Pengurus gambar - Shotwell 0.9.2
Pemain audio - Banshee 2.0 (2.0.0)
Pemain video - Totem Movie Player 2.32.0
Pembakar CD/DVD - Brasero 2.32.1
Dan banyak lagi...

Menguji Ubuntu 11.04 (beta 2)
Saya cuba memasang beberapa pakej aplikasi lain yang selalu saya guna melalui Ubuntu Software Center dan muat turun dari sumber lain:
1. Ubuntu Tweak 0.5.11 dapat berfungsi dengan lancar.
2. OpenShot 1.3.0 dapat digunakan, cuma belum guna maksimum.
3. NTFS-config tidak berjaya dipasang, ada error
4. Picasa 3 tiada masalah
5. Compiz Setting Manager boleh dipasang tetapi berlaku renjatan sifat komputer, Unity hilang entah kemana. semua aplikasi bercelaru, terpaksa unity --reset. Kemudian buang semua CSSM tersebut.
6. Mencuba pasang Gnome3, tema jadi sangat teruk (ada beberapa sahaja pilihan tema yang boleh dipasang), tidak boleh lagi kembali kepada Unity atau Gnome Klasik... hish.. kemudian nyah semula Gnome3.. Pening-pening kepala.. sekarang semua seperti sedia kala.. hee.hee..

Unity Launcher
Saya boleh tambah aplikasi yang saya suka sebagai "favorite" dan boleh buang jika tidak suka. Launcher ini akan auto hilang bila windows dibuka kepada maksimum..bagus. Workspace switcher nampaknya membantu menyenangkan susun letak aplikasi yang dibuka ke desktop lain. Setakat ini ada 4 muka sahaja, tidak pasti bagaimana mahu tambah lebih dekstop ini.

Global Menu
Nampak lebih teruja kot, sebab bar menu langsung tidak kelihatan. Alih Cursor ke panel paling atas baru muncul bar menu tersebut. Windows Tittle Bar Layout akan jadi buruk jika dipesongkan ke kanan di mana lalainya adalah di sebelah kiri. Seperti kita tahu, Global menu menggunakan ruang atas panel, ermm saya tidak tahu bagaimana mahu meletakkan fungsi ikon lain pada panel.. menyusahkan. (Dulu klik kanan, dan tekan Add).

Yang menarik perhatian
Pemain muzik Banshee di intergrasikan pada ikon Sound. Unity menjimatkan ruang skrin ke paras maksimum. Lebih ringan berbanding Gnome Klasik (mungkin kerana tidak bergantung kepada Compiz). Bila klik menu (logo ubuntu) atas kiri skrin, boleh akses atau taip aplikasi tertentu terus akan keluar nama aplikasi yang paling hampir. Menariknya lagi ikon aplikasi ini boleh drag dan drop ke Unity launcher..best dan mudah..

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri menarik yang lain, cuma saya tidak sempat godek semuanya. Segalanya di tangan anda, samada mahu bertukar atau masih selesa dengan Ubuntu 10.04 LTS..

1 ulasan:

najashark berkata...

bagus review...aku xtukar lagi..malas sebab takut masalah kat pentest tool aku..hahaha,11.10 nnt baru rse nak update,btw nice blog,byk info aku dapat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...