Apa yang saya mahu luahkan di sini mungkin tidak sama dengan kenyataan orang lain. Anda mungkin ada pandangan sendiri yang boleh menyangkal pendapat dan pengalaman saya ini.
Saya masih ingat lagi ketika saya baru berjinak-jinak dengan Ubuntu iaitu versi 8.04 LTS; versi ini sangat ringan dan saya telah mengujinya pada komputer yang memiliki Ram 512MB/Pentium 4 dan hasilnya ianya mampu bergerak lancar. Tetapi hari ini, tiada lagi kedai yang menjual komputer spesifikasi yang demikian, kalau ada pun yang terpakai. Semua komputer sekarang mempunyai sistem pemprosesan yang sangat laju umpamanya Intel Core I3.. dan Ram sehingga 4GB. Bertuahnya kita zaman sekarang kerana spesifikasi sehebat ini ditawarkan pada harga serendah RM1,500 hingga RM2,000.
Okey, bagaimana pula dengan rakan kita yang tidak mampu membeli komputer canggih tersebut walaupun sesetengah kedai menawarkan pembelian ansuran? Mereka hanya mampu menelan air liur sahaja. Tidak mengapa, masih terdapat banyak lagi komputer murah dan veteran yang masih berfungsi dengan baik di Mudah.my contohnya.
Kehendak Minimum Sistem
Seterusnya saya ingin mengajak anda membaca pautan ini untuk anda lebih memahami Kehendak Minimum Sistem sesebuah komputer supaya dapat dipasangkan Linux Ubuntu tanpa ada masalah:
- Ubuntu (Gnome) Minimum System Requirement
- Kubuntu (KDE) Minimum System Requirement
- Xubuntu (XFCE) Minimum System Requirement
- Lubuntu (LXDE)Minimum System Requirement
Soalan saya sekarang sesuaikah komputer Ram 512MB/P4 dipasang dengan Ubuntu 10.04? jawapannya adalah boleh dan sesuai sebab speksifikasi ini adalah paling minimum (Minimum System requirement) dan bukannya Ram 256MB lagi. Secara ringkasnya sebab-sebab ini adalah kerana Gnome itu sendiri yang mahukan minimum Ram 512MB ini. Sebaik sahaja komputer Low Spec ini dipasang Ubuntu 10.04 atau 10.10, ianya masih lancar tetapi harus diingat atas beberapa perkara berikut:
- Komputer dicipta untuk mendengar lagu
- Menonton video
- Membuat proses suntingan gambar, audio, video dan lain-lain.
- Melayari internet - muat turun, muat naik fail, menghantar e-mail, bersembang dan sebagainya.
- Kerja-kerja melukis, menaip, mengira, mencetak, mengimbas, pengaturcara dan lain-lain
- Sebagai tempat menyimpan data - gambar, video, dokumen, aplikasi dan sebagainya.
Jadi beberapa perkara di atas haruslah dipertimbangkan. Sebagai contoh, apabila kita mahu menonton video umpamanya menggunakan pemain VLC, sudah tentu penggunaan dan kehendak sistem memori akan meningkat dan ini akan melembapkan sistem operasi komputer itu sendiri disebabkan sitem pemprosesan dan memori yang rendah.
Berbalik kepada tajuk asal, pada pendapat saya walaupun komputer ini dibenarkan memasang Ubuntu 10.04, hasilnya kepantasan sistem akan menurun dan ini akan mengecewakan anda. Kalau saya mahu kategorikan CPU sistem pemprosesan banyak sangat, anda boleh baca tentang AMD dan Intel sendiri. Jadi, apa perlu dibuat? Sila ikuti beberapa Tips daripada pengalaman saya ini, Tips ini adalah umum bukannya kemestian.
Samada komputer tersebut CPU x86 atau x86-64, kebanyakan linux boleh menyokongnya.
- Memori kad RAM 1GB (DDR 3) ke atas dan Core 2 Duo atau AMD K10 Siri ke atas layak dan sangat sesuai untuk Ubuntu dan Kubuntu(Gnome dan KDE). Anggaran tahun komputer dibuat: 2009 - 2011.
- Memori kad RAM 512MB (DDR 2) dan Pentium 4 atau AMD K7 hingga K8 Siri layak dan sangat sesuai untuk Xubuntu (XFCE). Anggaran tahun komputer dibuat: 2004 - 2008.
- Memori kad RAM 256MB (DDR 1) ke bawah dan Pentium 3 ke bawah atau AMD K7 siri ke bawah layak dan sangat sesuai untuk Lubuntu (LXDE atau boleh juga OpenBox, FluxBox, IceWM). Anggaran tahun komputer dibuat: 1998 - 2003.
Susah kalau saya mahu perincikan 3 perkara di atas, anda boleh rujuk sendiri mana-mana forum IT.
Sebelum mengakhiri entri ini, saya ingin memberikan sedikit petua bagaimana memilih Distro Linux yang menggunakan Desktop enviroment yang sesuai.
Ini adalah pilihan saya yang berasaskan Ubuntu:
Gnome
LinuxMint 9 atau 10, Pinguys OS, Super OS, Sabily 10.04, Zorin OS, MFat OS,Ultimate Edition, YLMF 4.
KDE
LinuxMint 9 atau 10 KDE, Kubuntu 10.04, Netrunner 3, Ultimate Edition 2.7, Asturix.
XFCE
LinuxMint 9 XFCE, PC/OS, Ultimate Edition 2.7.
LXDE/OpenBox/E17
Lubuntu, WattOS, BodhiLinux, MoonOS, PepperMint Ice/One, LinuxMint 9 LXDE, Asturix Lite.
Ada masa, saya akan ceritakan Distro Linux yang berasaskan Ubuntu untuk Netbook pula. Sekian.
3 ulasan:
Saya ade satu komputer lama kat Umah. Pentium III. Pasang XP smooth je.
Tapi, sebab tu komputer rumah, jadi PC pun tak jadi personal komputer dah. Macam2 jenis virus masuk pasal kawan-kawan adik (darjah 6) datang bawa pendrive.
Saya plan nak pakai Lubuntu, atau Xubuntu. Mana lagi bagus, dari aspek appearance? Bagi saya appearance tu penting.
saya rekemenkan linuxmint 9 lxde, atau peppermint one atau bodhilinux.. 3 distro ini boleh kita custom appearance.. Ram berapa komputer tu, PC100 ker?
Tak pasti. Ok, jap ai nk download..
Catat Ulasan