25 Julai 2011

Apa Yang Mereka Tentang Ubuntu


Siapakah mereka berdua di atas? Itulah saya bersama isteri sewaktu perjumpaan Geng Kembar pada bulan lepas. Memandangkan saya tiada baju yang serupa, jadi saya dan isteri sarungkan baju Ubuntu tersebut. Oh ya! Gambar di atas tidak nampak anak kembar saya, jadi di bawah saya sertakan gambar anak kembar saya yang kedua!


Lebih kurang 20 keluarga kembar yang hadir pada masa tersebut. Baju Ubuntu yang kami pakai sedikit sebanyak mencuit mata antara mereka yang hadir. Purata kebanyakan tidak tahu apa itu Ubuntu. Di belakang baju tersebut tertera slogan " Real Man, Don't Use Antivirus". Hah! lagi parah nak faham... Ok, baiklah apa kata mereka tentang Ubuntu.

Antara koleksi pendapat yang sempat saya himpunkan di sini:

  1. "Tak tahu"
  2. "Yeke tak perlu pasang antivirus.. mana ada komputer kebal camni, tak caya ar"
  3. "Ubuntu percuma? Nanti saya download dan cuba kodek-kodek"
  4. "Susah la bang, kita dah lama guna Window. Dengar kata Linux susah, kawan kat office saya pun kata susah"
  5. "Tak per lah, kita guna mana yang ada jer"
  6. "Mula-mula percuma ar, lepas tu kena bayar itu ini bila nak aktifkan lesen"
  7. "Tak tahu"
  8. "Tak tahu"
  9. Tak tahu pun wujudnya perisian percuma ni!"
  10. "Ntah, tak pernah dengar pun.. kelakar bunyinya.."
Kesimpulannya, masih ramai yang TIDAK TAHU! Dah nak buat macamana lagi, memang mereka tidak tahu wujudnya Sistem Operasi ini.. Ramai mereka juga tersasul sebut " Windows Ubuntu".. dia orang ingat macam Windows XP, Vista atau Seven gitu.. Purata yang menggunakan Windows hanya untuk mendengar lagu, berFacebook, boleh taip surat, simpan gambar dan lain-lain lagi yang boleh saya katakan sebagai Pengguna Akhir (End User).

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mempromosikan sumber terbuka ini. Dedahkan kepada mereka di luar sana sebenarnya mereka ada pilihan yang percuma atau berbayar tanpa menggunakan perisian cetak rompak..

4 ulasan:

asrul rae x berkata...

Kalu nak pekenal, kasitau mereka Window Ubuntu laa.

Window tu dah jadi term untuk sistem OS dah. Kalau orang ada pengetahuan teknikal boleh la kita sebut OS. Tapi kalau org xda pengetahuan teknikal, OS tu mereka tak tahu.

Sama macam Maggi lah kot.

Ade Maggi Kari, Maggi PAMA, Maggi mamee, Maggi adabi. semua tu sebab term Maggi sinonim dengan nama mi segera.

Window Ubuntu. haha.

deensokmo berkata...

Setuju sangat2.. peringkat mula-mula kena gabungkan 2 ayat ini, supaya faham apa itu Sistem Operasi (OS). Namun setelah mereka faham, kena pisahkan 2 ayat Windows dan Ubuntu.. Isyallah dengan penerangan yg jelas lambat laun mereka akan terima hakikat ini, kalau bukan hari ini mungkin akan datang. Seperti sejarah saya juga, hampir setahun juga baru saya tahu apa itu Ubuntu setelah diperkenalkan UBuntu.. masa mula2 tu saya buat bodoh jer.. hee3

Arya Putra berkata...

dekat mana nak beli baju tu?
teringin pulak..hehe..

deensokmo berkata...

Saya tengah berkira-kira nak buat T-shirt Ubuntu ni.. desidgn tak boleh ciplak org punya.. nak ubah sedikit.. dalam perancangan.. kalau jadi, saya bagitau kat blog deensokmo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...