Sebelum anda mahu memasang Gnome3 pada Xubuntu 11.10 ini, paling penting grafik kad anda telah dipasang pemacu grfik kad yang sesuai dengan perkakasan komputer anda tersebut seperti Nvidia atau Intel.
Video klip di bawah adalah hasilnya setelah saya memasang Gnome shell pada Xubuntu 11.10.
Pemasangan Gnome Shell
Buka Ubuntu Software Center dan taipkan perkataan "gnome-shell", kemudian klik untuk pemasangannya.
Selepas siap dipasang, logout dan semasa login pilih session Gnome, masukan katalaluan anda.
Mungkin pertama kali login, wallpaper mungkin biru sahaja. Jangan risau anda boleh menukarkan wallpaper tersebut dengan klik kanan pada Desktop.. Disitu ada pilihan untuk membuat tetapan ini.
Aplikasi Favorite atau launcher disebelah kiri disertakan Nautilus sebagai File Manager sebagai lalai. Namun anda boleh tukarkannya dengan Thunar jika terasa Nautilus agak berat.
Anda boleh juga boleh memasang Gnome Tweak Tools untuk membuat beberapa perubahan pada tema Gnome shell. Melalui Ubuntu Software Center, taipkan perkatan gnome-tweak-tool dan klik butang install. Untuk mengaksesnya, Taipkan gnome tweak pada ruang pencarian Gnome Shell.. Aplikasi ini bukan lagi namanya gnome tweak tetapi sudah bertukar kepada nama "Advanced Setting"
Bagi mencantikkan lagi tema gnome shell ini anda boleh memasang tema biru Ambiance. Selain itu bagi memudahkankan menukar tema yang berlainan pula anda boleh memasang Gnome Shell Theme Selector. Mungkin anda juga perlukan kepada Extension untuk Gnome Shell ini, ikut di sini untuk memasang extensions lain-lain. Terima kasih saya ucapkan kepada Webupd8.org.
Semoga seronok bermain dengan Gnome3 ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan