12 Oktober 2011

USU 7: Sebuah Distro Kelahiran Ubuntu


USU 7. Distro ini juga lahir daripada GNU/linux Ubuntu seperti Zorin OS, LinuxMint, Pinguys, Bodhi Linux dan sebagainya. USU membawa maksud Distro GNU/Linux Yang Terbaik! daripada bahasa Bulgarian.

Distro ini dibangunkan oleh dua orang iaitu Krasimir Stefanov dan Svetoslav Stefanov (adik beradik ke ni?). Tidak banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada mana versi 7 ini diterbikan, adakah ada USU 6 atau 5 sebelum ini? Bagi pengemar Distro yang berasaskan Ubuntu, mungkin USU 7 ini dijadikan koleksi untuk simpanan mahupun dipasang pada komputer. USU 7 menawarkan 3 kategori iaitu:

  1. USU Desktop - Sesuai untuk komputer atau Desktop PC yang mana ianya difokuskan untuk pelajar, guru dan pengguna biasa.
  2. USU Mini - Juga sesuai untuk komputer biasa dan telah dipilih beberapa aplikasi penggunaan seharian seperti mendengar lagu, menaip, menonton video dan lain-lain. 
  3. USU Netbook - Dikhaskan untuk komputer riba yang kecil atau lebih tepat untuk Netbook, yang mana memiliki skrin kecil dan penggunaan memori yang terhad dan bagi memanjangkan tempoh hayat bateri.
Apa yang menarik perhatian saya, semua kategori USU ini telah disumbatkan Medibuntu dan Ubuntu Restricted Format supaya ianya terus dapat memainkan sesetengah format video dan MP3 sebaik sahaja dipasang. Selain itu, juga disertakan pelbagai perisian percuma untuk aplikasi pejabat, internet, lagu dan video, pendidikan, grafik, permainan dan lain-lain.

Meskinpun laman rasminya tidak disertakan link mana-mana forum, tidak perlu risau kerana sebarang kekeliruan boleh sahaja merujuk kepada forum Ubuntu, blog Ubuntu dan sebagainya.

Oleh kerana saya sedang memuat turun USU 7 ini, (ketika entri ini ditulis) saya tidak pasti samada USU 7 ini diceduk daripada versi Ubuntu 10.04, 10.10 atau versi sebelum ini lagi.
Bila selesai bakar ISO ke USB drive atau ke CD/DVD, sila boot komputer melalui media yang anda buat tersebut. Dan semasa USU startup, cepat-cepat tekan F2 dan pilih bahasa English..

 Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba USU 7 ini!

3 ulasan:

Admin berkata...

boh ade screenshot dia tak nak tengok dulu baru cuba hehehe

deensokmo berkata...

klik pada link yg aku bagi, dlm webnya ada skit slide show utk setiap edisi Desktop, mini dan netbook.. aku dah try kat virtualbox USU Netbook.. USU 7 ini versi Ubuntu 11.04.. interface yg cantik dan custom dgn theme USU.. senang digunakan.. memang betul la kata pembangunnya.. murid2 sekolah rendah aku rasa tak de masalah nak guna..

fendy berkata...

mak iah 2.2 gb,,lg bsr dri pinguy os,,,complete.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...