Dalam bahasa Malaysia; Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi. HSDPA ialah satu protokol komunikasi telefoni bergerak 3G (generasi ketiga) dalam famili Capaian Paket Berkelajuan Tinggi (HSPA), yang membolehkan rangkaian berdasarkan Sistem Telekomunikasi Mudah Alih Universal (UMTS) menikmati kelajuan dan kemampuan pemindahan data yang lebih tinggi.
Penggunaan HSDPA kini menyokong kelajuan pindah turun sebanyak 1.8, 3.6, 7.2 dan 14.4 Mbit/s, lebihan pula peningkatan kelajuan dirancang untuk masa hadapan yang terdekat. Rangkaian-rangkaian berkenaan kemudiannya dinaik taraf ke HSPA Evolved yang membolehkan kelajuan pindah turun sebanyak 42 Mbit/s dalam keluaran pertamanya.
Jika anda terjumpa HSPA ianya juga daripada famili HSDPA yang mana disertakan ke dalam telefon bimbit dan juga 3G USB Modem.
HSUPA (High-Speed Uplink Packet Access)
Sebuah protokol telefoni bergerak 3G dalam keluarga HSPA dengan kelajuan laluan menaik sehingga 5.76 Mbit/s. Nama HSUPA dicipta oleh Nokia. 3GPP tidak menyokong nama 'HSUPA', tetapi malah menggunakan nama "Enhanced Uplink" (EUL). Spesifikasi HSUPA disertakan dalam piawaian Universal Mobile Telecommunications System Release 6 yang diterbitkan oleh 3GPP - "Matlamat teknikal ciri Enhanced Uplink ini adalah untuk meningkatkan prestasi saluran pengangkutan khusus laluan menaik, iaitu untuk meningkatkan keupayaan dan daya pemprosesan dan mengurangkan lengah."
Kesimpulan
Apakah faedahnya saya menerangkan HSDPA dan HSUPA? Jawapannya ialah kedua-dua protokol ini ada pada perkakasan 3.5G/4G/3G USB Modem dan sesetengah model telefon bimbit bersifat pintar (Smart Phone). Pada telefon bimbit, sila baca speksifikasi biasanya tertera pada kotak produk tersebut.
Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan ialah menerangkan kepada anda tentang keperluan pemacu perkakasan ini pada sistem Ubuntu. Jika penerangan ini sangat teknikal, secara ringkasnya Ubuntu telah menyokong protokol komunikasi ini samada menggunakan USB 3G modem mahupun telefon pintar tidak kira apa jenama produk tersebut (sesetengah pemacu mungkin dalam pembangunan untuk Linux amnya). Dengan ini, semua perisian berbentuk CD yang ada bersama pembungkusan 2 jenis produk ini tidak boleh digunakan sama sekali pada Ubuntu kerana perisian PC suite/pemacu/synchronization sistem tersebut hanya untuk pengguna Operasi Windows sahaja (dan mungkin juga untuk Mac). Gammu, Wammu dan TuxMobil mungkin jawapan kepada pengguna linux untuk telefoni mereka. Manakala gMobileMedia adalah aplikasi ringkas untuk menyelongkar data/audio/video dan imej dalam telefon bimbit. Bagaimanapun, gMobileMedia dan Wammu sudah tersedia di dalam Synaptic Package Manager (Ubuntu 10.04, versi ke bawah tidak pasti). Klik sahaja untuk memasangnya.
Seperti yang saya jelaskan tadi, anda pengguna Ubuntu tidak perlu terkilan sebab ianya telah disokong awal sebaik sahaja anda memasang Ubuntu pada komputer, hampir 80% semua jenama telefon pintar di Malaysia boleh digunakan terus sebagai HSDPA modem (untuk rangkain Celcom, Maxis dan Digi).*
Ramai yang masih keliru jika mahu berinternet dengan komputer (yang belum melanggan P1, Streamyx dan sebagainya) mesti beli 3G USB Modem untuk tujuan ini. Sebenarnya jika telefon bimbit anda menyokong HSPA/HSDPA/UMTC/HSUPA rasanya tidak perlu membazir duit untuk membeli portable USB modem ini melainkan anda memperuntukkan 8 jam sehari di depan komputer untuk melayan karenah Facebook!!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan