03 Ogos 2010

Terlupa Katalaluan Ubuntu

Terlupa Katalaluan Dan Mahu Reset Katalaluan Pada Ubuntu

Jangan salahkan orang lain jika anda menghadapi situasi ini, sememangnya kita sebagai manusia sangat lemah untuk mengingat sesuatu perkara termasuklah katalaluan pada Ubuntu. Atau mungkin anda ada alasan lain untuk "mereset" katalaluan sebelum ini.

Cara-caranya ialah:

Ubuntu versi 9.10 ke bawah tekan kekunci Esc semasa start-up untuk masuk ke bootmenu, manakala ubuntu 10.04 tekan kekunci Shift dan jangan lepas (hold-down) untuk beberapa saat untuk masuk ke bootmenu.

Jika anda dualboot dengan Windows, tidak perlu lakukan perkara di atas kerana bootmenu akan loading 10 saat secara lalai.

Setelah masuk ke bootmenu, dengan menggunakan kekunci anak panah Atas / Bawah; pilih

ubuntu, with linux (recovery mode)


Kemudian pilih menu yang ada perkataan "root"


Anda akan di bawa ke ruang terminal. Masukkan baris arahan ini untuk memaparkan akaun pengguna (user) dalam ubuntu tersebut.

ls /home

Jika ada lebih daripada satu user pilih yang mana mahu diresetkan katalaluan. Taipkan seperti berikut seterusnya:

passwd username

contohnya:

passwd deensokmo

langkah berikutnya, masukkan katalaluan yang baru. Katalaluan yang anda taip tidak akan dipaparkan; tekan sahaja Enter dan masukkan sekali lagi katalaluan tadi untuk pengesahan dan Enter lagi.

Untuk keluar, masukkan baris perintah ini:

exit

Tekan Enter untuk pengesahan..
*jika ini berlaku dan abaikan jika tidak*

Tidak salah saya (kalau salah tolong betulkan) anda masih lagi berada pada "skrin hitam" ini di mana ketika ini
anda diminta untuk login bagi memulakan Ubuntu. Masukkan nama pengguna (username) dan katalaluan, kemudian taipkan:

startx
Kini anda sudah pun mempunyai katalaluan yang baru... Selamat berjaya!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...