Catatan Lidah Pengarang semasa berada di Pulau Perhentian.
Setelah berada di Pulau Perhentian lebih kurang 2 minggu, sudah tiba masanya saya akan bertolak balik ke Kuala Lumpur pagi esok (12/05/2011). Pelbagai pengalaman yang dapat saya ceduk di sini. Bercuti? Tidak, saya datang ke sini demi tugas. Sebenarnya saya di hantar oleh syarikat untuk menyiapkan kerja-kerja SCADA System untuk pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) iaitu projek memantau jumlah air bersih daripada darat ke Pulau ini.
Saya tidak mahu berceloteh tentang kerja, kesempatan ini saya mahu membuat sedikit artikel tidak rasmi kepada sesiapa yang berminat mahu datang ke Pulau Perhentian ini. Sebelum saya meneruskan entri ini selanjutnya, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa gambar yang sempat saya rakamkan melalui telefon bimbit saya (Sony Ericsson C510).. bukan kamera mahal OK..
Perjalanan saya bermula dari Kuala Lumpur melalui Jalan Kuantan ke Kuala Terengganu dan seterusnya ke Besut. Sebenarnya saya ada kerja lain di Kuala Terengganu sebab itu saya mengambil laluan ini, laluan paling ideal ialah dari Kuala Lumpur melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang Machang, Pasir Putih dan Kuala Besut. Perjalanan saya ke sini mengambil masa sekitar 8 Jam dengan jarak purata 550 Kilometer.
Sampai di Kuala Besut, terdapat banyak kauter tiket bot untuk ke Pulau Perhentian, anda akan di tawarkan beberapa pakej menarik seperti tambang bot, penginapan, makan dan minum, aktiviti menyelam, memancing, berkayak, karaoke dan macam-macam lagi dengan harga yang berpatutan. Melancong dalam negeri amat murah berbanding pergi ke Oversea.
Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Besar dan Pulau Kecil. Saya menginap di Kampung Pulau Kecil sebab projek saya adalah di sini. Terdapat juga pelancong yang datang ke Pulau kecil dan menginap di Pasing Panjang, Mira, Pantai Petani dan lain-lain. Kebanyakan pelacong dari luar negara memilih Pulau Besar, di mana di sini juga terdapat banyak teluk dan pantai yang berpasir putih.. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan untuk menginap di chalet-chalet terpilih yang sentiasa menanti kehadiran pengunjung.
Dengan air yang biru kadang-kadang hijau membuat anda terpesona dengan hamparan panorama ini. Bukit bukau, dipinggirnya di hiasi batu-batuan besar semula jadi membuatkan andai lalai dengan keindahan semula jadi. Apa yang menarik di sekitar kepulauan ini ialah terdapat 80% terumbu karang (bukan batu karang...) yang mendiami gigi pantai.. Cuma satu nasihat saya, jangan sesekali mengambil harta laut ini jika tidak mahu di dakwa sebaik sahaja anda pulang ke Jeti Kuala Besut kelak. Jadi, kalau anda ada kamera kalis air.. boleh lah ambil gambar terumbu karang ini dan segala jenis ikan yang bewarna-warni.
Jadi sepanjang saya berada di Kampung Pasir Hantu (Pulau Perhentian Kecil) terdapat satu masyarakat asli (orang pulau atau orang tempatan) yang amat ramah tamah. Kerajaan telah menyediakan sekolah rendah, skim bekalan air (yang tengah saya buat), klinik, balai polis dan baru-baru ini projek membina satu masjid sudah pun bermula. Rata-rata penduduk di sini bekerja dengan chatlet-chalet yang bertaburan di sekitar pulau. Manakala orang tua hanya berehat di rumah dan ada juga yang berkebun kecil-kecilan. Jika anda berkesempatan bolehlah bawa rakan mengunjungi dan berjalan-jalan sekitar kampung yang permai ini. Ada juga mat salleh yang masuk kampung ini dalam beberapa orang untuk mengambil gambar makcik-makcik, ayam peliharaan mereka dan entah apa-apa mat salleh ambil gambar untuk dijadikan kenangan bila balik ke halaman mereka.
Saya ingin selitkan satu peristiwa yang melucukan saya. Ada seorang pemuda ini mahu memasukan lagu ke dalam Ipod melalui komputer riba. Pada masa ini saya tengah makan tengahari dan pemuda tersebut hanya selang 1 meja dengan saya. Pemuda itu bersama dengan seorang gadis (gadis itu mungkin adiknya) saya hanya memasang telinga. Dapat saya simpulkan perbualan pemuda itu dan adiknya (yang nampak pandai komputer) tidak berjaya memuatkan lagu ke Ipod milik abangya. Beberapa kali di cuba Ipod masih gagal mengakses folder lagu tersebut. Muka abang nampak kecewa, adiknya kata Ipod tersebut sudah rosak sebab itu ada Mat salleh hadiahkan kepada Abangnya. Selesai saya makan, saya buat-buat tanya, kenapa? Jadi betulah sangkaan saya yang mana Laptop milik adikya tidak dilengkapi perisian Ipod untuk proses muat naik lagu. Setahu saya I-Tunes boleh menyokong Aplikasi iPOD pada Windows. Saya terangkan secara sepintas lalu, pemain Ipod perlukan aplikasi khas tetapi dinafikan oleh adiknya, sebab katanya kita hanya boleh copy and sahaja folder lagu ke dalam Ipod. Malas saya nak layan adiknya, saya menawarkan untuk giliran saya memasukan ke Ipod abangnya (nama abangnya ialah Yo). Jadi Yo bersetuju, apa lagi saya pun ONkan Ubuntu 11.04 ini dan memasang aplikasi gtkpod Ipod Manager setelah dihubungkan dengan celcom 3G melalui telefon bimbit melalui Ubuntu Software Center.
Saya perasan adiknya terkebil-kebil melihat saya. Di tambah lagi saya 1 klik dengan Celcom Default dengan Bluetooth connection, telefon bimbit dalam pokek seluar saya, lagilah dia terkejut macamana saya boleh akses internet sedangkan di situ tiada wifi (padahal saya guna Celcom). Dipendekkan cerita dapatlah saya memasukan lagu pilihan Yo ke Ipodnya. Sebelum menutup laptop saya, sempat juga saya iklankan blog saya ini kepada mereka berdua. Semoga jejak deensokmo ini mendapat perhatian kepada rakan-rakan meraka yang lain agar sumber terbuka juga membiak di sini (entahlaa)..
Sebelum saya mengakhiri cerita ini, saya ingin minta maaf kepada kalian berdua sebab saya siarkan telatah anda (Yo dan Adikmu) di kedai makan tempohari (mungkin mereka juga membaca blog ini)...
Selamat tinggal Pulau Perhentian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan