Kalau anda sekarang pakai Win 7, "acu cuba try test" jangan install sebarang antivirus, anti mallware, antipopup atau sebagainya yang seangkatan dengannya, pakailah Win 7 tersebut macam biasa... tengok dan uji kekebalannya..pastu pergi ke website #%&$*^(*) atau berkongsi fail dengan rakan yang anda sudah tahu pendrivenya ada virus..Errmmm .. saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini...
Baiklah, sebelum saya sentuh kepada tajuk; apa yang saya tahu setakat hari ini 99% tiada syarikat antivirus yang mahu menghasilkan dan memasarkan produknya kepada pengguna Ubuntu Linux atau pengguna OS linux secara amnya. Saya tinggalkan anda dengan soalan ini dan anda carilah sendiri.!!
Rasanya cukup saya buat 3 perenggan karangan di atas, kita berbalik kepada tajuk. Scan dengan antivirus terlebih dahulu seluruh komputer anda, ada sesetengah antivirus percuma akan memaparkan rekod di mana virus berada di dalam folder dan subfolder. Sila print atau tulis kedudukan lokasinya. Biasanya antivirus berbayar tidak perlu buat perkara di bawah yang mana boleh dibuang terus virus tersebut atau kuarantin.
- Mula-mula dapatkan LiveCD Ubuntu. Jika belum ada, boleh muaturun daripada laman rasmi Ubuntu. Kemudian bakar image ISO Ubuntu tersebut ke CD/DVD. Atau anda boleh juga hasilkan ubuntu Live USB menggunakan UNetbootin.
- Saya andaikan anda mempunyai Ubuntu LiveCD. Semasa anda hidupkan komputer, sila boot option ke CD/DVD room untuk boot daripada CD. Ada sesetengah komputer tekan ESC, Del, F2, F9 dan sebagainya (ikut bios dan brand komputer) untuk jalankan option BIOS ini.
- Tunggu sehingga loading selesai ubuntu tersebut, di mana anda sudah boleh mula mengunakan komputer seperti biasa. Boleh cuba beberapa aplikasi yang disertakan untuk pengguna Windows.
- Menu Ubuntu terletak atas sebelah kiri. Klik Places>Computer. Anda mungkin akan nampak saiz hardisk, CD/DVD Drive, File System dan juga Floppy Drive.
- Seterusnya klik Dwi klik pada hardisk tersebut, anda boleh selongkar semua folder yang ada dalam sistem Windows.. Virus apa yang perlu dibuang, jangan tanya saya. Sepatutnya anda pengguna Windows sudah tahu yang mana betul-betul komponen Windows dan yang mana bukan komponennya serta beberapa aplikasi lain.
- Contoh mudah: merujuk kepada rekod/log yang anda print mula-mula tadi, pergi ke partition di mana Windows dipasang, anda akan nampak fail dan komponen yang tidak pernah kelihatan semasa anda ON Windows. Contohnya terdapat 1 folder Program Files dan 1 lagi Program Files.exe serta autorun.inf. Kenal pasti .exe dan autorun ini. Jika rasa itu bukan fail anda tekan sahaja kekunci "delete". Hati-hati buat, silap haribulan itu adalah program game flash yang juga menggunakan format .exe. Carilah virus/mallware ikut kepada kertas yang anda print tersebut tadi.
- Untuk membuang virus dalam pendrive lebih senang, cucuk pendrive dan buka folder pendrive anda. Caranya sama seperti langkah no 6 dan langkah no 7.
Kalau rasa susah sangat, cuba-cubalah mengintai dan belajar ubuntu LiveCD tanpa perlu memasangnya. Biasakan diri dengan OS linux ini. Semoga artikel kali ini memberi sedikit sebanyak kemudahan Ubuntu kepada pengguna Windows.
Sekian, terima kasih kerana sudi "membuang masa" membaca blog saya ini.
1 ulasan:
thankz..artikel yg membantu...id0p open source!!!!
Catat Ulasan