27 Januari 2011

Memasang Pemain Muzik Clementine

Clementine adalah pemain muzik berasaskan ejin pemain Amarok daripada projek KDE. Namun, Clementine yang menggunakan logo ulas limau ini telah diubah sedikit antara muka yang menampakkannya supaya lebih serasi dengan GNOME.


Berikut ialah antara muka Clementine pada Ubuntu.


Clementine mempunyai ciri-ciri sebuah pemain muzik pilihan kerana banyak menyokong pelbagai format audio, Dynamic, Smart Playlist, mampu menukar format audio, pencarian lirik, mampu berhubung dengan Ipod atau sebarang pemain muzik bimbit (portable USB MP3 Player) dan lain-lain lagi.

Pasang Clementine pada Ubuntu:

Langkah pertama, pilih Clementine berdasarkan versi Ubuntu dan CPU architecture (32bit/64bit).

Muat turun daripada URL ini:  http://code.google.com/p/clementine-player/downloads/list

* jangan lupa pilih DEB format sahaja untuk Ubuntu, hanya dwi klik sahaja untuk pemasangan fail yang dimuat turun tadi.

Anda boleh mengaksesnya Applications>Sound & Video>Clementine.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada lagi player best utk Linux. Linnya.

deensokmo berkata...

Ya betul, ada orang kata linux tak banyak music applications.. org tu sya rasa dia belum mencuba linux lagi..khususnya ubuntu..

Eh bercakap pasal Clementine ulas limau ni, teringat pulak raya cina tak lama lagi..he3..

Tanpa Nama berkata...

Betul. Tapi pemain media kat Linux tidak berkualiti.

Kualiti muzik sederhana, tak sokong Dolby, bunyi sekeliling tak clear etc. Equalizer pun biasa saja. Boleh boleh la.. tapiutk cerewet macma saya mcm berat sikit nak terima. Tidak terlalu istimewa berbanding Windows.


Mgkin sebab pembanguna software Linux cuma didorong oleh ego sendiri, bukan didorong oleh fulus.

deensokmo berkata...

Sya akui Linux Audio Sistem (Pulse dan Alsa) tidak sehebat Windows, setidak2nya boleh juga berbunyi. Namun, jangan dipandang beberapa sudut. Lihat secara keseluruhan penggunaan sesebuah komputer dari segi kestabilan, sekuriti, kos, kehendak sistem perkakasan, keberhasilan yang percuma.. dll.

Meskinpun saya penulis blog Ubuntu namun bukanlah fanatik Ubuntu dan dlm keadaan tertentu, saya masih lagi menggunakan Windows :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...