Orang macam saya memang perlu sangat kepada aksesori bantuan sistem penterjemah pada komputer, selain memasang kamus pada ubuntu, kita boleh juga mengunakan Web Browser untuk menterjemah bahasa iaitu menggunakan Google Translator, namun ianya nampak sedikit serabut dengan pelbagai fungsi yang kadang kala tidak diperlukan. Bagaimanapun, fungsi ini adalah bergantung kepada keperluan setiap individu.
Di sini saya ingin menunjukan kepada anda terdapat satu aplikasi penterjemah bahasa yang boleh dipasang terus pada Desktop Ubuntu 10.04/10.10 yang mana kita tidak perlu membuka web browser seperti lazimnya. Aplikasi yang amat ringkas ini dinamakan Translate-me.
Untuk memasangnya pada ubuntu 10.04/10.10/11.04 sila buka Terminal; salin dan tampal baris arahan ini:
sudo add-apt-repository ppa:atareao/atareao
sudo apt-get update
sudo apt-get install translate-me
Anda boleh mengakses Translate-me melalui Applications>Accessories>translate-me.
2 ulasan:
benda memang bagus memandangkan sy selalu mintak tolong kat dalam channel irc ubuntu!
banyak sumber dalam bahasa inggeris, yang mana bahasa ini bahasa antarabangsa..
Catat Ulasan