22 Januari 2011

10 Fakta Kenapa Perlu Dual Boot Sistem Operasi Windows dan Ubuntu

iIni adalah pendapat saya dan tiada kena mengena dengan pendapat orang lain.

Pertama: Bagi pengguna baru, kebanyakkan antara mereka belum lagi cekap menguasai Ubuntu sepenuhnya. Kadangkala sesetengah kehendak kerja-kerja yang bergantung kepada komputer perlu disiapkan segera, sudah tentu kekurangan pengendalian Ubuntu akan melambatkan kerja tersebut.

Ke-dua: Disebabkan Windows yang sedia ada dalam komputer adalah asli, maka sayang dibuang begitu sahaja, dan dalam masa yang sama mahu mencuba Ubuntu setelah diperkenalkan oleh rakan-rakan mahupun mendapat tahu daripada mana-mana sumber lain seperti majalah dan sebagainya.

Ke-tiga: Ada perasaan takut-takut mencuba Ubuntu, maksudnya tidak yakin Ubuntu mampu melakukan atau menjalankan operasi tertentu, perasaan was-was ini timbul berikutan kurangnya kefahaman dan pendedahan terhadap aplikasi-aplikasi tertentu pada Ubuntu.

Ke-empat: Jika pengguna Windows memasang Ubuntu melalui WUBI, kaedah ini akan menambahkan lagi beban pada Windows (berebut memori), jika Windows mempunyai masalah "Hang", dijangkiti virus, lembap dan sebagainya; maka Ubuntu yang ada dalam Windows akan turut mengalamai masalah yang sama. Jadi untuk mengatasi masalah ini, langkah terbaik ialah buat dual-boot supaya Ubuntu dan Windows dapat menguasai memori dan prosesor secara maksimum. Cara ini; Ubuntu akan dapat menunjukan "belang" siapa yang lebih "power"...

Ke-lima: Disebabkan lebih kurang 95% Windows menguasai pasaran komputer di dunia, maka tidak hairanlah banyak syarikat yang mengusahakan aplikasi-aplikasi seperti perisian Permainan, Grafik, penyuntingan Audio/Video dan lain-lain dikhususkan kepada pengguna Windows sahaja. Mereka bukan tidak meyokong Sumber Terbuka, tetapi inilah cara mereka berniaga untuk mengaut keuntungan. Tempias ini akan dapat dirasakan oleh pengguna selain Windows.. Jadi dengan ini mereka yang memasang sumber terbuka tidak dapat lari dari kenyataan yang saya jelaskan tadi. Di sini, keperluan perisian tersebut menjadi keutamaan, dan bukannya Windows. Erti kata lain, Windows adalah sebagai pentas untuk menjalankan perisian yang tidak menyokong sumber terbuka.

Ke-enam: Ada segelintir pengguna Ubuntu amnya ingin mencuba menjalankan ujikaji virus mahupun perisian-perisian tertentu atau sebagainya sekadar suka-suka.

Ke-tujuh: Dual-boot bukan bererti Ubuntu dengan Windows sahaja, malah Ubuntu dengan OS linux lain seperti Fedora, Mint, Open SUSE dan sebagainya bagi penambah citarasa distro-distro yang wujud.

Ke-lapan: Untuk menjimatkan kos dan wang ringgit; kenapa perlu beli 2 atau lebih komputer sedangkan Ubuntu menyokong dual-boot, jadi dual-boot dapat menjimatkan wang saku kita.

Ke-sembilan: Manalah kita tahu, kebetulan kawan-kawan, jiran, boss, atau saudara mara mahu pinjamkan komputer kita barang seminit dua untuk buat tugasan tertentu, jadi biarkanlah kita boot Windows untuk mereka.

Ke-sepuluh: Untuk membuktikan Ubuntu benar-benar ringan, bebas virus, kelancaran yang amat ketara dan sememangnya Ubuntu lebih mudah berbanding Windows jika anda tahu caranya. Hal ini, banyak kali saya perkatakan ianya seolah-olah anda hanya bertukar daripada telefon bimbit Nokia kepada Sony Ericsson; anda cuma perlukan masa hanya tidak sampai 1 bulan untuk menguasai semua fungsi-fungsi hebat pada Ubuntu.

3 ulasan:

jxhisam berkata...

salam bro.. setelah saya memasang ubuntu menggunakan wubi, kemudian win 7 saya jadi berat. tetapi semasa on laptop ade pilihan window7 dan ubuntu. persoalanya adakah menggunakan wubi tidak menjadikan sistem dual boot? da adakah ia yg menyebabkan win7 jadi berat? sekian..

deensokmo berkata...

W'salam. Pemasangan Ubuntu secara WUBI dikira bukan Dual Boot. Kerana melalui kaedah ini, Ubuntu sebenarnya berada di dalam Add/Remove Software Win 7 tersebut. Alasan Win7 menjadi berat kerana, fizikal RAM diguna bersama dua OS tersebut. Sekiranya fizikal RAM melebihi 4GB dan minimum dual core prosessor, saya rasa tiada timbul isu berat (Win7).

Sekiranya tidak mahu cara ini, saudara boleh uninstall Ubuntu melalui Add/Remove drp Win7, kemudian restart laptop. Dimana selepas itu menu pilihan boot OS tidak akan muncul lagi.

Apabila Ubuntu Dual boot dgn Win7, Win7 tidak akan lagi berat; begitu juga dgn Ubuntu, bermaksud semua perkakasan laptop digunakan sepenuhnya oleh mana2 OS yang hidup. Sekian.

jxhisam berkata...

terima kasih bro kerana menjawab kemuskilan saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...