30 Julai 2010

Penyelesaian masalah Intel Kad Grafik Ubuntu 10.04


Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda setelah memasang Ubuntu 10.04 LTS (Lucid Lynx) pada 2 buah komputer iaitu pada HP Desktop PC dan satu lagi pada Dell Inspiron mini 10. Di mana, Netbook Dell Inspiron ini telah saya pasangkan Ubuntu Netbook Edition (UNE) 10.04 pada minggu lepas.

1) Pemasangan UNE 10.04 pada Netbook Dell Mini Inspirion 10.


Sebaik sahaja membakar imej ISO UNE 10.04 ke pendrive menggunakan Netbootin, saya terus sahaja boot netbook tersebut melalui USB pendrive untuk proses pemasangannya. Nampaknya pemasangan Ubuntu 10.04 ini berjalan dengan baik sehingga selesai. Selepas menghidupkan Netbook Dell ini, seperti yang saya sudah jangka, Wifi tidak dapat berfungsi di mana netbook Dell ini menggunakan Wireless Network controller: Broadcom Corparation BCM4312 802. 11/g (rev 01). Tanpa berlengah, saya terus membuat sambungan terus kabel Local Area Network (LAN).

Pertama sekali, saya pilih server paling laju; biasanya di Malaysia melalui Aplikasi Software Sources. Saya pilih secara manual iaitu http://www.mirror.upm.edu.my/ubuntu. Kemudian saya membuat kemaskini, pasang Ubuntu Restricted Format, Mediubuntu dan beberapa perisian yang dirasakan perlu. Jadi untuk mengaktifkan Wifi pada Netbook Dell ini, saya hanya kompilkan kernel sahaja seperti arahan baris ini pada Terminal:

sudo apt-get install bcmwl-kernel-source

Setelah itu, restart; saya cabut LAN dan dalam beberapa saat Wireless Network controller sudah dapat mengesan Wifi. Kes kedua pula, saya cuba mengaktifkan Visual Effect (lihat gambar di bawah), tapi nampaknya fungsi ini tidak membenarkan saya membuat apa-apa perubahan. . (dikuncikan semua fungsinya pada Option Button)


Hasil berkat, usaha kesabaran mencari jawapan di internet bagi menyelesaikan masalah Video driver ini; saya akhirnya mendapat jawapannya. Pertama setelah dikenal pasti dengan menaip baris arahan pada terminal:

lspci

Dell Mini netbook ini menggunakan VGA compatible controller: Intel Corporation Mobile 945GM/GMS/GME, 943/940GML Express Integrated Graphic Controller (rev 03).

Jadi langkah seterusnya, saya pastikan semua driver Nvidia Kad Grafik di buang sepenuhnya. Melalui terminal, saya masukkan baris perintah berikut:

sudo apt-get --purge remove nvidia-*

Dan membuat semakan dalam Synaptic Package Manager bagi memastikan 3 benda di bawah adalah dipasang:

xserver-xorg-video-intel
xserver-xorg-core
libgl1-mesa-dri

Seterusnya, saya pasang "compiz" melalui Synaptic Package Manager. Mark pada compiz dan apply pada semua pakej yang dicadangkan. Setelah pemasangan selesai, saya restart netbook ini dan kembali semula kepada Visual Effect; di sini saya berjaya aktifkan pemacu kad grafik Intel tersebut.

2) Pemasangan Ubuntu 10.04 Pada HP Desktop komputer


***Saya tidak ingat model komputer HP ini, saya akan update kemudian.**

Masalah lain tidak timbul selepas sahaja pemasagan Ubuntu ini, kesnya sama seperti Netbook di atas di mana komputer HP ini menggunakan kad grafik Intel juga.

Saya cuba mengaktifkan Visual Effect kepada "Normal" dan "Extra", namun tidak berjaya dan keluar pesan error lebih kurang begini:

"desktop effects could not be enabled"

Apa yang saya buat ialah membuang semua pemacu kad grafik nVidia melalui Terminal:

sudo apt-get --purge remove nvidia-*


Dan Restart komputer...

Iya! nampaknya kaedah ini berjaya mengaktifkan pemacu Intel Graphic Card dan dapat menyelesaikan pemasangan pemacu Kad Grafik yang berketurunan Intel!..

Dengan pengetahuan saya yang cetek ini, dapatlah saya rumuskan bahawa jika sesuatu komputer didatangkan dengan Intel Graphic Card; anda harus membuang semua "nVidia" supaya hanya pemacu "Intel" sahaja yang berada di dalam OS Ubuntu anda!! Tapi ingat, mungkin 2 cara yang saya terangkan di atas berbeza dengan komputer-komputer di luar sana..

Saya harap berkongsian saya ini sedikit sebanyak mampu membuka mata anda untuk terus bersama Ubuntu...

2 ulasan:

Amin007.Ledang berkata...

sangat susah nak buat pada laptop aku huhuhu

deensokmo berkata...

Nvidia ko dah update library belum? Kena tanya pakar dan boleh kemukakan persoalan tersebut di Forum Ubuntu Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...