Apa yang anda faham TERMINAL? Kalau secara am, terminal adalah tempat di mana kita mahu bermula, pendek kata tempat kita mula-mula mahu meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Kalau terminal bas, tempat kita hendak naik bas. Macam itu juga dalam Ubuntu ini, sesuatu arahan untuk menjalankan proses tertentu kita harus bermula satu titik permulaan iaitu Terminal.
Dalam Ubuntu, aplikasi TERMINAL di datangkan secara lalai (default). Kalau dalam Windows di panggil Command Prompt. Baiklah, ramai orang akan bercakap linux ini susah sebab menggunakan terminal untuk menjalankan arahan samada memasang aplikasi, membuat tetapan tertentu, mengubah tema dan sebagainya. Tahukah anda, sebelum wujudnya Graphic User Interface (GUI) semua komputer menggunakan Arahan Berbaris (command line) untuk komputer beroperasi tidak kira Windows atau Linux. Selepas beberapa kurun, dunia komputer semakin dekat dengan End User (pengguna biasa) yang dahulunya terhad untuk bidang industri perubatan, pertempuran, astronomi, perfileman dan lain-lain.
Hari ini komputer semakin murah mampu milik, dan di sinilah tercetusnya mengubah sesuatu yang susah menjadi senang. Maksud saya di sini ialah penggunaan command line telah diperbaharui dengan mengantikan arahan asas tersebut kepada dalam bentuk butang-butang, Option, textbox, listbox dalam GUI aplikasi. Maka dengan itu, tidak hairanlah Ubuntu Linux mula mendapat perhatian dikalangan pengguna tegar Windows.
Meskinpun GUI telah mengambil alih fungsi Baris Arahan dan Terminal, namun kadangkala lebih senang menggunakan Terminal dalam kes-kes tertentu, sebab bukan semua GUI aplikasi mampu menjalankan sesetengah kehendak Baris Arahan ini sepantas kilat.
Saya buktikan satu arahan ini dengan menggunakan terminal, saya jalankan baris arahan di bawah:
gconftool-2 --set "/apps/metacity/general/button_layout" --type string ":minimize,maximize,close"
Apa maksud baris arahan di atas? Arahan ini akan menukarkan butang kontrol min,max, dan close daripada sebelah kiri kepada sebelah kanan pada buntu 10.04. Perubahannya hanya mengambil masa 1 saat sahaja sebaik anda menekan Enter.
Berbanding jika menggunakan GUI anda akan ambil masa sekurang-kurangnya 15 saat hingga 30 saat (bergantung kemahiran masing-masing). OK, sekarang buka Aplikasi Ubuntu Tweak.
Applications>System Tools>Ubuntu Tweak, kemudian pilih tajuk Desktop>Windows Manger Setting> dan pilih Windows tittlebar layout dan klik pada butang option "right ". Anda bandingkan sendiri dan buatlah kesimpulan, bahawanya kita masih memerlukan pertolongan terminal meskinpun GUI telah dipermudahkan.
Saya tahu buka terminal sangat senang Applications>Accessories>Terminal, yang susah mahu mengingatkan baris arahan! Sumpah sampai sekarang saya sendiri hanya tahu 2 - 3 kerat sahaja baris arahan dalam linux heee.heee.hee.. Apa perlu dibuat ialah simpan nota baris arahan dalam komputer anda, sebab senang mahu salin dan tampal sahaja. Mudah bukan?
Kes pertama, bagi anda yang terbiasa menggunakan Ctrl+C dan Ctrl+V (copy and paste); dalam terminal semasa mahu tampal (paste) fungsi Ctrl+V tidak akan berfungsi. Perlu digantikan dengan Shift+Ctrl+V
Kes ke dua, ada juga selepas tampal arahan pada terminal, ada yang tanya saya tiada apa-apa yang berlaku pun? Setelah puas saya cari jawapan, rupanya rakan saya ni, tidak tekan butang "ENTER"... Jadi, semua arahan yang ditaip atau ditampal pastikan tekan butan kekunci ENTER, barulah permintaan arahan akan ditunaikan..
Kes ketiga, semasa taip katalaluan; tidak muncul apa teks mahupun *****, ini bukan kerosakan pada terminal. Katalaluan yang anda taip memang diterima, cuma tidak dipaparkan sahaja. Jadi jangan panik, taip macam biasa dan tekan ENTER. Sebarang arahan yang ada perkataan yang di awalnya SUDO, akan meminta anda masukan katalaluan sebagai pengesahan anda ialah root kepada sistem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan