Ubuntu adalah Ubuntu Linux
Tidak seperti biasa saya menulis artikel ini iaitu tutorial. Sejak mengenali komputer, kita sudah didedahkan dengan Operating System Windows, bukannya Ubuntu. Terimalah hakikat Ubuntu benda baru.
Rata- rata, semua pengguna Ubuntu bermula dengan Windows. Jadi tidak hairanlah mengapa pada peringkat awal kita cuba sedaya upaya mengubah Ubuntu agar kelihatan seperti Windows. Baik dari segi aplikasi hingga ke themes agar menyerupai OS tersebut. Jika hendak dibandingkan, terlalu banyak perbezaan yang amat ketara antara dua OS ini. Dilihat cara pemasangan aplikasi juga berbeza, GUI mempunyai antara muka dan susunan yang tidak sama, keperluan pemacu peralatan juga berbeza. Pendek kata, semua kelihatan tidak sama tetapi memiliki fungsi yang sama.
Bagi saya, yang telah hampir 12 tahun menggunakan Windows; ianya tidak akan membantu kita memahami selok belok Ubuntu. Apabila kita bertukar kepada Ubuntu Linux, seolah-olah kita berhijrah ke bandar. Kita akan mengalami semua budaya baru, gaya baru, kehidupan yang mencabar. Silap haribulan, kalau yang patah semangat akan pindah ke "hutan" semula. Maksud saya di sini, apabila kita bertukar kepada Operating System Ubuntu ini, bermula dengan langkah pertama. Jangan ingat hendak terus pandai.
Hari ini, masih terdapat iklan tepi jalan, surat khabar, dan sebagainya yang mempromosikan "belajar komputer". Iklan tersebut membawa maksud belajar Windows dan aplikasi pejabat seperti MS Word, excel dan Power point.. Lepas tu dapat sijil.. bolehlah minta kerja sebagai kerani atau pun paling tidak jaga kaunter pertanyaan. Pernahkah anda nampak iklan "mari belajar ubuntu"?. Mustahil ini akan berlaku. Tidak mengapa, kerana mari belajar Ubuntu ada komunitinya sendiri di Malaysia, Brunei, Indonesia dan seluruh dunia. Ianya percuma, cuma mengambil masa kita sahaja untuk menyesuaikan diri.
Berbalik semula kepada tajuk, gunalah ubuntu anda sebagai OS Ubuntu, bukan Windows. Ubuntu Bukan Windows!.. Pelajari aplikasi-aplikasi baru yang ada pada Ubuntu, samada pasang melalui online, Repo atau Ubuntu Software Centre. Kalau anda bertanya pada saya, saya sudah 5 bulan jarang buka Windows XP, Vista mahupun Se7en. Sesekali buka sudah lupa macamana mahu buat itu dan ini. Tapi tidak mengapalah, selagi saya boleh buat kerja pejabat melalui Ubuntu atau lain-lain Linux. Nak kata pandai Ubuntu pun tidak juga, baru dan masih belajar.
Jika benarlah Ubuntu susah, pasanglah Windows dan ubuntu melalui dual boot. Atau anda boleh pasang Windows dalam Ubuntu melalui Virtual Box. Janganlah kerana ubuntu, kerja-kerja anda sebagai jurutaip, teknikal, atau tukang solek sekalipun tergendala kerana tidak pandai Ubuntu.
Akhir kata dari saya, jika 5 tahun yang lepas ilmu susah dicari kerana terhad sumbernya, paling tidak pun kena beli buku. Tidak macam hari ini, semua ilmu dihujung jari anda . Maka dengan ini, carilah ilmu yang bertaburan di internet, merujuk kepada rakan-rakan dan sebagainya.

4 ulasan:
bagus... teruskan blog ini. Org yang baru berjinak2 dengan Linux perlu ditarbiah dulu. Hehehe
Terima kasih kerana membaca blog saya, Isyallah.. selagi saya tidak keberatan, saya akan terus menulis artikel yang memfokuskan kepada Newbie Ubuntu. Ini bersesuaian dan selari dengan ilmu yang saya ada.
tahniah saya ucapkan kerana melahirkan web site ubuntu dalam bahasa melayu. Harap blog ini akan terus maju dan memberi ilmu yang bermanfaat
Impian semua penulis blog adalah untuk terus maju.. saya hanyalah penulis biasa bukan populariti yg dikejar, namun secubis ilmu akan cuba dipaparkan utk minoriti Ubuntu di Malaysia amnya. Sama-sama kembali
Catat Ulasan