Tengok tajuk macam sama power jer, perkara ini sering diajukan kepada saya bila saya buka mulut untuk membuat penerangan apa itu Ubuntu. Pada tahun 2010 menyaksikan persaingan hebat Operating System. Microsoft melancar lebih awal Windows 7 sebelum masuk tahun 2010 iaitu Nov 2009. Begitu juga Ubuntu di lancarkan versi 9.10 juga pada November 2009. Mac juga tidak ketinggalan, dan tahun ini GOOGLE telah melancarkan OS Google beta yang juga berasaskan Linux.
Berbalik pada tajuk, dari pengalaman saya mentelaah ruang internet mencari jawapan ini, bagi yang tidak peduli tentang OS ini, saya tidak mahu mengomel, adalah tidak adil membuat perbandingan Windows dengan Ubuntu Linux. Windows berbayar, manakala Ubuntu percuma; mesti ada kelemahan yang percuma. Benarkah persepsi ini?
baca link ini untuk maklumat lanjut:
http://blogs.computerworld.com/15035/5_reasons_why_ubuntu_9_10_is_better_than_windows_7
http://mindaict.blogspot.com/2010/01/memasang-os-pada-laptop-compaq-presario.html
Malah terlalu banyak pautan kalau saya mahu berikan di sini, nanti pening kepala pulak nak membacanya. Anda boleh cari sendiri di internet kalau tidak cukup info ini.
Secara ringkas dan kesimpulannya, terbahagi kepada 6 fokus utama kedua perbezaan OS ini.
1. Keselamatan - Ubuntu menang
2. Harga - Ubuntu menang
3. Kemudahan naiktaraf (upgrade) - seri
4. Keserasian perkakasan (Hardware compabilty) - Seri
5. Aplikasi - Seri
6. GUI - Windows menang
12 tahun saya pakai Windows, 4 bulan saya pakai Ubuntu. Fikir logik macamana saya boleh terpikat dengan Ubuntu Linux. Lu fikirlah sendiri..
2 ulasan:
aku tak rase gui windows menang ..
Dulu Windows GUI lebih mudah, sekarang ni, Ubuntu pun tak kurang hebatnya. Ubuntu bertambah matang setiap 6 bulan sekali hee.hee Windows?
Catat Ulasan