17 Ogos 2011

Menghubungkan Uget Download Manager Dengan Firefox

Terdapat banyak aplikasi muat turun yang boleh dipasang pada Ubuntu. Sebelum ini saya pernah menguji kelajuan muat turun DownThemAll (DTA) iaitu extention kepunyaan Firefox Browser, namun daripada pemahaman saya dapatlah saya akui sekarang bahawa menggunakan satu-satunya aplikasi tunggal yang hanya bekerja untuk muat turun data lebih efeksi berbanding menggunakan extention pada Firefox. Ini kerana, selain muat turun fail; dalam pada masa yang sama firefox juga digunakan  untuk tujuan-tujuan lain seperti melayari laman internet, Adobe Flash sentiasa bersedia yang memungkinkan memakan memori PC dan lain-lain sebab. Kerana itu tidak hairanlah mengapa Internet Download Manager (IDM) menjadi kegilaan para pengguna Windows, kerana ia hanya bertugas untuk muat turun sahaja, tiada pincang tugas berlaku semasa fail-fail sedang di muat turun.

Jadi benarlah software yang bersifat demikian lebih cemerlang berbanding extension browser. Kali ini Uget Download Manager menjadi pilihan saya untuk diketengahkan kerana Uget memiliki antara muka yang sangat mudah dan senang digunakan selain daripada Wget, JDownloader, Kget dan lain-lain.

Antara ciri-ciri baru Uget (versi 1.8.0 - stable):

  • Pengguna boleh mengawal kelajuan per muat turun
  • Pengguna boleh melihat Sort muat turun di dalam "All" kategori
  • Penetapan jadual muat turun
  • Wajah baru cop-masa (timestamp)
Selain itu, Uget juga boleh berhubung dengan Torrent mahupun Metalink dengan mengaktifkan Plugin terlebih dahulu. Untuk tugas ini, pengguna perlu memasang pakej aria2 melalui Synaptic Package Manager. (Gambar 1)
Gambar 1

Memasang Uget (Ubuntu 10.04, 10.10, 11.04)

Anda boleh memasang Uget melalui Ubuntu Software Center jika tidak kisah kepada versi, jika mahu versi terkini; pemasangan adalah melalui Uget PPA rasmi. Buka aplikasi terminal dan masukan baris perintah berikut:

sudo add-apt-repository ppa:plushuang-tw/uget-stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install uget

Jika anda sudah memasang Uget sebelum ini, hanya naiktaraf selepas kemaskini:

sudo apt-get upgrade

Perhatian! - Sila selesaikan semua muat turun yang sedia ada sehingga selesai barulah boleh upgrade.. jika tidak semua data yang sedang dimuat turun akan dipadamkan jika anda berkeras mahu menaiktaraf versi Uget ini. Abaikan mesej ini jika tiada muat turun yang sedang berjalan.

Sampai di sini anda sudah siap memasang Uget dan boleh mengunakannya untuk memulakan proses muat turun fail. Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, akan saya tunjukkan bagaimana ianya boleh berhubung secara automatik dengan firefox supaya sebaik sahaja fail muat turun dikesan oleh Firefox, maka Uget sudah bersedia untuk menjalankan tugasnya tanpa kita menjalankan apikasi Uget.

Untuk manjadikan Uget dapat berinteraksi dengan Firefox, kita perlu melantik "orang tengah" untuk tugas ini. Orang tengah yang saya maksudkan tersebut ialah Extention FlashGot. Untuk memasang FlashGot apa yang perlu dilakukan ialah hanya mencari dan pasang FlashGot melalui fungsi Add On pada Firefox.

Saya andaikan anda sudah memasang Flashgot (jangan lupa restart Firefox selepas pasang extention ini). Seterusnya klik menu Tools pada Firefox dan sila rujuk arahan Gambar 2 dan Gambar 3 di bawah.

Gambar 2 (klik untuk besarkan imej)

1 - klik Extenstions
2 - klik Preferences
3 - dalam tab General pilih Uget
4 - klik tab Flashgot Media

Gambar 3

Setelah klik pada tab FlashGot Media, pilih Uget dalam kotak senarainya dan klik butang OK untuk mengakhiri pengesahan.

Lihat Gambar 4 di bawah sebaik sahaja saya menguji fungsi extentions FlashGot pada Firefox, iannya terus dihubungkan kepada Aplikasi Uget.

Gambar 4

Saya harap tip yang saya paparkan kali ini dapat melancarkan proses muat turun fail yang besar-besar terutamanya kepada mereka yang selalu menghadapi gangguan internet yang perlahan dan kadangkala terputus.

Sekian..

1 ulasan:

aminiesta berkata...

Salam,
1.Bolehkan dihubungkan Uget dengan Chromium.
2. Apakah download manager yang paling bagus untuk UBuntu.
3. Terima kasih
4. Blog Yang bagus, Tahniah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...