15 April 2011

Mengembalikan Panel Ubuntu Dengan 2 Klik

Bila Ubuntu menyediakan kemudahan mengubah panel, ada orang kata perkara ini adalah kelemahan. Semua tetapan asal boleh hilang dan boleh timbul icon aplikasi baru padanya. Lain pula jadinya bila Ubuntu 10.10 (unity panel - Netbook) tidak boleh diubah, ada orang kata Ubuntu tidak bebas. Mana satu pembangun Ubuntu mahu ikut?

Baiklah, untuk mengatasi keadaan panel yang mudah terusik ada baiknya kita kuncikan panel tersebut. Kalau anda pakai Ubuntu 10.10 Desktop edition belum sempat mahu kunci dan terjadinya keadaan launcher icon yang berterabur, kita boleh mengembalikannya semula dengan hanya 2 klik pada script khas.

Skrip RestorePanel ini boleh dimuat turun melalui http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=10&t=2119 (terima kasih kepada warringirc).


Setelah muat turun, sila unzip fail tersebut. Kemudian dwi klik padanya:


Klik pada butang "Run"


Ada 3 Option untuk dipilih, klik Restore Default Panel Setting dan tekan OK.

Oh! ya. Jawab semua soalan yang ditanya (soalan pengesahan sahaja) dengan betul.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam saya punya. Applets network hilang. Sedangkan aplets sound ada pulak.

Yang saya tau, dua applet ni diletakkan sekali. Macam mana nak fix e?

deensokmo berkata...

Dah cuba cara mengembalikan gnome panel?

Tanpa Nama berkata...

Baru cuba. Tak jadi juga.

Kat blog saya ade screenshot dekstop. Applet sound ada, network takda.

http://palimol.blogspot.com/2011/04/april-2011.html

deensokmo berkata...

tekan Alt+F2 dan taipkan nm-applet --sm-disable , kalau ikon network tu muncul, bermakna command tadi masukan pada startup application..

jima berkata...

sy punya laptop masalah...semua aplikasi run dalam windows media player (WMP)...internet explorer pun run dalam WMP.hal ini membuatkan aplikasi tersebut tidak boleh digunakan...tolong la sy ea...sy xnak format lg laptop ni.....

deensokmo berkata...

1. semua aplikasi run dalam windows media player - tak faham apa yg aplikasi run dlm wmp tu, atau lagu kot, kalau lagu.wma convert semua dlm mp3, habis cerita.

2. IE juga run dlm wmp?.. firts time dengar ni.. Sya rasa windows ada masalah.

3. aplikasi tersebut tidak boleh digunakan. - Aplikasi IE ker WMP yg tak boleh hidup.. cerita details kat emel saya.. mungkin sya boleh bantu.

4. sy xnak format lg laptop ni. Bagi pengguna windows..kalau dah mcm2 virus masuk, lebih baik formatkan sahaja.. dan terus guna Ubuntu.. percayalah Ubuntu lebih senang drp Windows..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...