Cara ini sudah lama saya buat, cuma baru teringat mahu berkongsi. Tahun lepas saya ada buat perbandingan kelajuan muat turun Windows dan Ubuntu di mana Windows menggunakan IDM dan Ubuntu menggunakan DTA. Ketika itu saya telah membuat tutorial yang akan saya tunjukkan di bawah.
Mari kita mula
Buka aplikasi Terminal dan taipkan iwconfig jika menggunakan Wifi dan taipkan ifconfig jika menggunakan Kabel internet (LAN).
Disebabkan saya menggunakan Wifi jadi berikut adalah maklumat yang dipaparkan.
lo no wireless extensions.
eth0 no wireless extensions.
wlan0 IEEE 802.11bg ESSID:"Wifi Turbo"
Mode:Managed Frequency:2.437 GHz Access Point: 5C:D9:98:B5:DD:A3
Bit Rate=36 Mb/s Tx-Power=7 dBm
Retry long limit:7 RTS thr:off Fragment thr:off
Power Management:on
Link Quality=50/70 Signal level=-60 dBm
Rx invalid nwid:0 Rx invalid crypt:0 Rx invalid frag:0
Tx excessive retries:0 Invalid misc:0 Missed beacon:0
vboxnet0 no wireless extensions.
wlan0 adalah sambungan internet saya. Seterusnya, saya masukkan baris perintah ini pada terminal untuk membuka script rc.local
sudo gedit /etc/rc.local
Kemudian, tambahkan ayat seperti di bawah ke dalam script tersebut.
iwconfig wlan0 rate 54M
Ayat yang saya tambahkan itu akan kelihatan sebegini
...
# By default this script does nothing.
iwconfig wlan0 rate 54M
exit 0
Nota: sila tukarkan wlan0 berdasarkan sambungan internet anda. Boleh jadi eth0 atau eth1.
Klik simpan (save) dan tutup text editor tersebut. Akhir sekali restart komputer. Setelah komputer dihidupkan, lalu saya membuat semakan semula dengan menaip iwconfig pada terminal dan hasilnya Bit Rate sudah bertukar kepada kelajuan maksimum 54Mbps iaitu sama seperti yang tertera pada badan USB Wifi adapter saya ini (TP Link/TL-321G). Sekian...
6 ulasan:
Sy dah try sblom yg nh..tp jd makin slow ade lah...pki wifi kolej...camne ek
Memaksimumkan kelajuan tidak bermaksud menambahkan kelajuan internet, tutorial ini hanya memberi ruang kepada sistem untuk menggunakan perkakasan modem secara maksimum sperti pengeluarnya.
Jadi jika setelah menaip iwconfig, maklumat Bit Rate yg dipaparkan menunjukkan 54Mb/s, tidak perlu buat..
Internet slow? cuba uji pakai internet speed test (ada banyak yg online speedtest)..
sye pny bit rate mmg 54M/sec..
bole maksimum lg x???
nway,nice tutorial...:D
cam saya yang guna broadbnd boleh gak ker? bila saya masukn "ifconfig" keluar eth0, lo ngan ppp0. so maknanya kene guna eth0 la kan?
lagi satu cam mana nak tau bit rate brodbnd saya nie yer?
rasanya macam sama saja.. aku guna connection eth1 dan tapi tak nampak pun bit rate tu bila taip iwconfig. =.=
kalau dah sama, oklah tu..cara ini saya jumpe diinternet..yang mana ianya adalah untuk membuka ruang supaya lebar..untuk download dan upload.. Nak laju lagi, upgrade kepada U-nifi hahh3..
Catat Ulasan