21 November 2010

Memasang Tema Macbuntu Pada Ubuntu

Kadang kala kita terasa boring jika menggunakan tema yang sama sepanjang masa, paling tidak hanya tukar Wallpaper untuk mencipta sedikit kelainan pada Ubuntu. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda memasang Tema Macbuntu pada Ubuntu 10.10 dan boleh juga pada Ubuntu 10.04 (sila muat turun tema mengikut versi Ubuntu anda).

Gambar 1

Muat turun tema Macbuntu melalui laman sesawang Gnome-Look.org. Di sini saya akan tunjukkan pemasangan Tema ini pada Ubuntu 10.10 Marverick Meerkat.


Pasang Tema Macbuntu:
Tema Macbuntu-10.10.tar.gz yang dimuat turun tadi pindahkannya ke Direktori Home anda (Places>yourname).

Klik kanan Macbuntu-10.10.tar.gz dan pilih "exract here". Anda akan nampak satu direktori baru Macbuntu-10.10 dan di dalamnya terdapat beberapa komponen tema tersebut seperti pada Gambar 2.

Gambar 2

Seterusnya, dwi klik pada "install.sh" dan pilih "Run in terminal" seperti pada Gambar 3 di bawah.

Gambar 3

Aplikasi terminal akan terbuka dan sila ikut semua arahan script pemasangan di dalam terminal tersebut. Jika anda tidak pasti pemilihan arahan yang dicadangkan, terdapat tanda * (star) yang bermaksud Default. Jadi, tekan sahaja kekunci "Enter"

Pemasangan tema Macbuntu ini mengambil masa 2 hingga 4 minit. Setelah siap memasang tema, Script akan mencadangkan kepada anda untuk membuat pemilihan Tema Mac pada Web Browser. Ikut arahan jika anda bersetuju.

Setelah semuanya selesai, sila "restart" komputer seperti arahan script pada terminal. Apabila Ubuntu anda kembali semula, kini tema Macbuntu sudah pun menghiasi skrin komputer anda seperti Gambar 1.

Pasang Arahan Patch Gnome Globalmenu Ubuntu 10.10
Pergi semula ke Gnome-Look dan klik pada butang Download - (Gnome GlobalMenu patch for Macbuntu 10.10). Pindahkan fail g2gm.tar.gz ke Home anda.

Klik kanan; pilih exract here dan buka direktori g2gm, seterusnya dwi klik pada g2gm.sh. Tunggu sehingga selesai, anda akan nampak perubahan pada panel dan menu.

Tambahan:
Docky launcher (default) pada tema Macbuntu di komputer saya ini telah saya gantikan dengan memasang Cairo-Dock. Bagaimana pun, terpulang kepada anda untuk memilih pelancar (launcher) yang disukai. Cuma jangan gunakan kedua aplikasi pelancar ini secara serentak, nanti akan nampak berserabut. Anda boleh membuat tetapan ini pada System>Preferences>Startup Application.

Maklumat lanjut tentang pemasangan Tema Macbuntu ini klik Forum Sourceforge.

Buang Tema Macbuntu:
Jika anda tidak suka tema ini dan ingin membuangnya, senang sahaja. Dwi klik fail Script yang bernama "uninstall.sh" yang ada seperti dalam Gambar 2.

Sekian.

8 ulasan:

Azwan Mat Datar berkata...

bang...kengkadang,windows yg "run in terminal tu x kuar..so kne g kat install.sh tu..right click.g kat tab permission.Check"allow executing file as program'...bru kuar

deensokmo berkata...

Terima kasih kerana bagitau..

Tanpa Nama berkata...

Pakai mac4Lin pun lawa jugak, tapi logo apple start menu tu jadi lambang kaki. pelik sungguh.

deensokmo berkata...

Sebenarnya semua logo atau ikon, kat mana2 pun yang kita nampak pada Ubuntu boleh di tukar sesuka hati. Cuma kena tahu caranyer sahaja..

paklah and me berkata...

As Salam En.Deen, untuk Macbuntu 10.04 dia memang takde Global Menu ke?

deensokmo berkata...

Kalau tak salah saya, global menu dah ada bersama pakej tema Macbuntu 10.04, Ubuntu 10.10 kena buat manual.. cuba explore la skit..he3

Tanpa Nama berkata...

Ubuntu 11.04 Natty support tak?

deensokmo berkata...

Ubuntu 11.04 boleh pakai theme ni.. tapi saya rasa MAcbuntu ni dah ada versi baru lagi.. Nak pakai theme mcm ni pd Ubuntu 11.04 apply kat classic.. jgn kacau kat Unity tu.. maksudnya kena log out drp Unity(ubuntu) dan Login ke classic..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...