Oleh kerana hari ini ada seorang sahabat saya teruja dengan seekor Penguin yang melakukan pelbagai aksi pada laptop saya, maka saya telah memasang Cairo Dock pada komputer ribanya dan seterusnya mewujudkan Penguin tersebut.
Jadi, saya mahu berkongsi dengan anda cara memasang Cairo Dock ini pada Ubuntu 10.04 dan Ubuntu 10.10.
Mula-mula buka terminal; Applications>Accessories>Terminal. Kemudian salin dan tampal baris arahan ini untuk penambahan ke Repository.
sudo add-apt-repository ppa:cairo-dock-team/ppa
Diikuti arahan kemaskini
sudo apt-get update
Dan lakukan pemasangan Cairo Dock
sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins
Setelah itu, pergi ke menu Application>System Tools>Cairo Dock. Terdapat 2 menu Cairo Dock di sini iaitu: no Open GL dan Cairo Dock with open GL. Pilih salah satu...
Okey sekarang ini mahu mewujudkan Penguin seperti gambar di bawah, setelah Cairo Dock berada di panel bawah; klik kanan padanya dan pilih Cairo Dock>Configure.
Muncul satu kekotak Cairo Dock Configuration, klik pada Tab "Add -ons" dan tandakan pada Cairo-penguin. Tekan Apply, siap...
Anda boleh mencuba pelbagai fungsi, tema, ikon dan macam-macam lagi pada Cairo Dock ini.. semuanya terletak pada masa yang anda ada... Selamat mencuba.
5 ulasan:
Pakai installer deb ada tak?
Susah cara ni oo
cairo deb ada, rasa macam lagi susah kot kat sini https://help.ubuntu.com/community/CairoDock
bro saya dah try buat ni tp bila running cairodock ni taskbar untuk link masa yang kat atas tu kejap ada kejap hilang, confius saya sampai kena restart pc balik..
saya pakai ubuntu 10.10 + sabily 10.10 tolong ye..
satu lagi paparan dia dah lari jadi ke tengah..
mizi, cmna nak jawab nih. Apa yg tidak kena cuba details skit. Ada masalah semasa pemasangan tak? Cuba cek kat setting Appearence dlm cairoDock tu..
Ohya! Kena aktifkan kad grafik dan tetapkan kepada extra (dlm appearance setting) utk Cairo Dock ini..
Catat Ulasan