25 Februari 2010

How to Setup 3G Broadband Modem On Ubuntu

Cara yang tunjukkan ini adalah contoh membuat pemasangan untuk modem Celcom 3g broadband menggunakan ubuntu 9.10. Bagaimanapun anda boleh mencuba untuk Digi dan juga Maxis. Saya pernah membuat cara ini dan berjaya menggunakan telefon bimbit Nokia sebagai USB modem dan hasilnya Digi juga berjaya dengan kaedah ini.

Langkah 1

Klik kanan pada ikon Network Manager, hujung-kanan-atas. Tekan Edit Connection. Lihat Gambar 1.


Gambar 1


Langkah 2
Muncul kekotak seperti gambar 2. Klik pada Tab
Mobile Broadband dan tekan butang Add.
Gambar 2

Langkah 3
Sila baca info yang tertera kemudian tekan butang
Forward seperti Gambar 3.


Gambar 3


Langkah 4
Pilih
Malaysia dan tekan butang Forward seperti gambar 4.

Gambar 4


Langkah 5
Pilih Provider yang anda langgan. Lihat gambar 5.

Gambar 5


Langkah 6
Jika anda melanggan pakej unlimited (billing plan), tekan sahaja butang
Forward. (Gambar 6).

Gambar 6


Langkah 6
Klik butang
Forward lagi seperti Gambar 7.

Gambar 7


Langkah 7

Seperti dalam gambar 8, saya mengesyorkan tandakan pada Connect automatically dan Available to all Users. Ini memastikan sebaik sahaja modem dicucuk, network akan automatik disambungkan setiap kali anda On komputer. "Available to all users" pula, memastikan anda tidak perlu memasukkan password setiap kali mahu menggunakan modem tersebut. Kemudian tekan butang Apply.

Gambar 8


Langkah 8
Anda baru sahaja selesai membuat sambungan modem broadband 3G. Untuk memulakan, cucuk modem 3g tunggu seketika (1 -2 minit) sehingga lampu LED menyala stabil. Selepas itu, klik ikon Network Manager (bukan klik kanan). Lihat senarai nama sambungan yang anda buat sebentar tadi.


Contoh: Celcom Default 1, klik padanya. Tunggu sehingga sambungan berjaya. Jika berjaya, ikon Network Manager akan bertukar bentuk.

Jika anda mahu hentikan modem ini, klik ikon Network manager dan tekan
Disconnect.

Jika komputer anda gagal mengesan modem yang anda gunakan, sila pasang usbmodeswitch seperti berikut.

Pastikan anda membuat sambungan internet dengan sambungan terus melalui kabel (Local Area Network) terlebih dahulu!


Klik menu System>Administration>Synaptic Package Manager. Masukkan password anda jika diminta. Taipkan dalam kotak Qiuck Search dengan perkataan ini usb-modeswitch. Sila tandakan padanya dan klik "mark for installation" sebaik sahaja diminta. Tekan butang Apply.


Setelah siap, tutup kekotak Synapatic Package Manager, reboot komputer anda dan ulangi langkah 8.

Jika anda menggunakan modem yang dibekalkan oleh Celcom Vodafone model K3565-Z, muat turun dan pasang pakej ini dengan dwi klik padanya setelah dimuat turun:

ozerocdoff_0.4-2_i386.deb

Sekiranya mahu memasang GUI Vondafone Mobile Connect melalui, muat turun pakej di bawah:

vodafone-mobile-connect_2.15.01-2_all.deb

Melalui GUI, bina profil baru, tandakan pada "use static DNS" dan masukkan seperti berikut :
APN host: celcom3g
primary: 8.8.8.8
Secondary DNS: 8.8.4.4

Yang lain-lain kosongkan. Kemudian reboot komputer dan anda sudah boleh membuat sambungan menggunakan GUI atau menggunakan Network Manager.

Selamat mencuba..

11 ulasan:

Unknown berkata...

tak bole jgk lah aku buat setting mcm ko ajar kan nie...tlg aku beb...
aku pakai modem ZTE MF622, service provider is umobile....jenuh dah google :(

aku pakai ubuntu karmic koala (9.10)

deensokmo berkata...

Nak tolong sampai jadi tak jamin jugak sebab modem tu saya tak ade, cuma saya carikan pautan yg mungkin boleh membantu.. buat masa ini cuba google lagi dan jangan putus asa..

pokoknya, cari syarikat yg mengeluarkan jenis modem tersebut, kemudian cari pemacu yang bersesuaian dan barulah mengujinya..

Sebaik-baiknya,kena khatam dulu asas dalam pautan ini
https://help.ubuntu.com/9.10/internet/C/index.html
Pastu senang skit nak trouble shoot..

Unknown berkata...

ok tq vry much....bg sy katam dulu link yg saudara bg nih.....pape pun tq....sebarang soalan akan sy tanya kan kemudian =)

open OS roxxx :p

Tanpa Nama berkata...

salam bro... dah cuba kaedah tu tanpa usb switch... alhamdulillah berjaya...

1. nie nak tanya? leh ker set streamyx nyer email guna evolution tu... dah cuba tp error receiving files from pop.streamyx.com. yahoo mmg tak leh.. unless yahoo mail plus

2. cara nak guna keepassx. dalam window saya guna roboform.. auto fill... keepassx leh ker autofill?

deensokmo berkata...

Yang penting dah berjaya buat sambungan 3g broadband.. Alhamdulillah..

Jawapan
1. Saya tidak pernah pakai atau mencuba Evolution. Jadi soalan saudara mungkin boleh diaju kpd pihak lain contohnya dalam forum linux/ubuntu.

2. Keepassx yang dipasang pada Ubuntu adalah versi klasik pada Windows. Tidak banyak ciri-ciri menarik yang ditawarkan seperti autofil dan lain-lain. Keepass adalah untuk Windows manakala KeepassX untuk Linux/Mac versi X. Bagi saya sudah memadai dgn kebolehan KeepassX ini dan sekurang2nya ianya menyokong Linux/Unix.

elzindar berkata...

guna lastpass extension utk firefox dan google chrome

Tanpa Nama berkata...

salam bro,

aku guna zte k3565-z, package yang pertama berjaya install, tapi 2nd package utk GUI tu xberjaya la bro.

dia kuar error macam ni:

Error: Dependency is not satisfiable: python-gnome2-extras

aku guna ubuntu 10.04

mintak pertolongan bro, aku pun baru lagi nak belajar2 ubuntu ni.. nak guna command pun xpandai lagi..

tq..

deensokmo berkata...

sila lihat di sini utk modem 3g usb k3565-z http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=4&t=1917.

Semua dah berjaya buat

IzwanIsaac berkata...

Bagaimana jika saya pakai dongle YES 4G??

deensokmo berkata...

@Izwan
Yes 4G aku tak pasti.. modem USB ni pakai chip dan jenama apa.. cuba ko taip kat terminal lsusb semasa cucuk modem tersebut.. atau mungkin ko boleh cuba muat turun gctwimax , tapi hanya utk chip GDM7213 dan GDM7205..Camna nak buat? ko boleh tengok kat forum DISINI jgn lupa translate website ke english..OK

deensokmo berkata...

Atau mungkin ko boleh tengok kat blog yclian setup YES 4G melalui bridge connection pakai virtualbox.. setahu aku modem ni memang susah nak konfigur.. Nak senang, pakai modem ni ikut windows jer.. Naper tak ambil digi.. rm33 utk 3GB.. berbaloi sgt tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...