- Mesti pakai Firefox Web Browser
- Video Download Helper - Pasang add on ini melalui Add on menu firefox
- Restart Firefox selepas pemasangan Downloadhelper.
Membuat Konfigurasi pada Downloadhelper
Klik kanan pada ikon DownloadHelper dan pilih Preference.Gambar 1
Gambar 2
1. Pergi ke Tab Capture
2. Buangkan tanda pada "Ignore media below size (KB)"
3. Tambahkan perkataan swf
4. Selepas tambah swf tekan butang Add
5. Tekan butang Close untuk mengakhiri tetapan
Muat turun Permainan
- Buka Firefox dan pergi mana-mana Website flash game. Contohnya fukgames.com.
- Sila jalankan mana-mana permainan yang disukai.
- Lalu klik pada anak panah di sebelah ikon DownloadHelper > namapermainan.swf > Download (lihat gambar 3).
Gambar 3
Simpan permainan
Setelah proses muat turun selesai seperti gambar 4,Gambar 4
Permainan ini akan disimpan dalam direktori /Home/dwhelper
Mainkan permain flash ini
Buka direktori dwhelper dan pilih permainan yang dimuat turun tadi, lalu klik kanan, Properties > Open with > Firefox Web Browser untuk menjalankan permainan.swf ini melalui Firefox, lihat Gambar 5.Gambar 5
Jika Firefox tiada dalam senarai, sila tekan butang "show other applications". Kini anda sudah boleh bermain permainan Flash ini tanpa talian internet.
Nota: Cara yang saya tunjukkan di sini adalah untuk permainan yang tidak melibatkan level menaik, hanya untuk permainan yang mudah-mudah sahaja. Dan cara ini juga belum tentu dapat diaplikasikan kepada semua jenis permainan yang melibatkan hakcipta pembangun permainan tersebut.
Tutorial ini menggunakan Ubuntu 11.10 (Oneiric Ocelot) dan menggunakan Firefox versi 9.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan