Menjawab kepada tajuk ini, terdapat 2 jawapan samada perlu atau tidak untuk Ubuntu dipasang antivirus.
Dalam artikel kali ini akan saya jelaskan secara sepintas lalu berhubung keperluan ini.
Hampir 3 tahun saya menggunakan Ubuntu ada komputer yang saya pasang antivirus dan ada yang tidak dipasang antivirus. Secara dasarnya, sepanjang tempoh 3 tahun yang telah berlalu, saya sudah tidak ambil peduli lagi pasal virus. Dari mana ianya datang, daripada siapa, untuk apa antivirus dan boleh dikatakan langsung tidak mahu tahu lagi pasal virus-virus ini.
Sesuatu ketenangan dapat saya rasakan sejak menggunakan OS Ubuntu ini. Tidak saya nafikan, Windows masih lagi menjadi Sistem Operasi kedua saya kerana sebab-sebab kerja di pejabat. Ketenangan tanpa gangguan virus inilah yang mejadi penyebab utama saya menghasilkan Blog berkaitan Ubuntu. Meskin pun blog saya mempunyai jumlah pengujung yang boleh dibilang jari, namun itu bukan halangan saya. Dengan penuh ikhlas, tanpa rasa dipaksa, saya akan terus menaip walaupun ilmu Ubuntu saya tidak terkehadapan seperti orang lain. Setidak-tidaknya sumbangan saya yang sekecil ini dapat membuka minda bahawa kita ada pilihan untuk menggunakan Sistem Operasi selain daripada Windows.
Berbalik kepada tajuk entri, berikut adalah alasan kenapa Ubuntu perlukan kepada Antivirus:
- Mengimbas pemacu OS Windows pada PC.
- Mengimbas rangkaian data Windows-based di dalam pelayan mahupun cakera keras.
- Mengimbas mesin yang dikuasai Windows dalam rangkaian yang sama.
- Mengimbas data yang mahu dihantar kepada rakan yang menggunakan mesin Windows.
- Mengimbas e-mail sebelum di hantar semula kepada rakan yang menggunakan Windows.
- Sesetengah Virus Windows boleh mengaktifkan dirinya di dalam sistem WINE.
- Teori kemungkinan Virus Linux boleh merebak dalam sistem Ubuntu.
Manakala Ubuntu tidak perlukan sebarang antivirus jika anda tidak kisah kepada 7 perkara yang saya nyatakan di atas. Nasihat saya jika anda pengguna Ubuntu, janganlah mempunyai kepentingan diri sendiri atau dengan sengaja tanpa memikirkan nasib rakan kita yang menggunakan Windows. Walaupun mereka membeli perisian tulen Antivirus, ini tidak bermakna anda boleh abaikan tanggunjawab anda untuk menjaga kententeraman mereka.
Seterusnya, apakah jenama antivirus Windows yang serasi dengan Linux Ubuntu? Percuma atau berbayar? Kalau sudah kena bayar, baik jangan guna Ubuntu betul tak?
Baiklah, di bawah saya senaraikan Antivirus yang boleh dipasang pada Ubuntu:
Antivirus Sumber Terbuka
- ClamAV Antivirus
- ClamTK - GUI untuk Gnome
- KlamAV - untuk KDE desktop
- Avast! Linux Home Editions - Maklumat lanjut tentang Avast! di Wikipedia dan cara pemasangan Avast disediakan oleh UbuntuGeek. Product key Avast! tidak boleh dipakai melainkan hubungi syarikat terbabit dan tunggu pengesahan daripada mereka.
- AVG Antivirus - AVG sangat popular dikalangan Windows. Seperti pengeluar antivirus yang lain, ianya dapat bekerja dengan baik bila mengesan fail tercemar, namun tidak mampu membuang kesan jahat ini dan tidak dipindahkan ke direktori kurantin. Di sini terdapat maklumat lanjut AVG untuk Ubuntu.
- Avira Antivirus - Memerlukan Java supaya dapat menggunakan GUI.
- BitDefender Antivirus - Limited Time Trial, maklumat lanjut boleh diakses pada dokumentasi oleh komunitinya.
- Panda Antivirus - saya rasa perisian ini sudah tidak dikemas kini lagi, namun terdapat ciri-ciri hebat yang mungkin boleh membantu anda untuk mengengkang kehadiran Virus Windows.
- F-PROT Antivirus for Workstations (home users) - Percuma untuk persendirian. Boleh dipasang GUI, namun ramai yang mengatakan terdapat banyak kerja-kerja manual untuk memasangnya seperti XFProt.
- Lagi senarai Antivirus untuk Linux di dalam Wiki List.
Ringkasan kenapa Ubuntu Linux jarang atau tidak terdedah kepada Virus.
- Sistem Linux berjalan dalam mod pengguna biasa, bukan pengurus tadbir (Root atau administrator)
- Terdapat banyak sistem pemerhati, tiada tempat untuk Virus atau Malware bersembunyi.
- Semua aplikasi dan pemacu dalam Ubuntu dikemas kini oleh Synaptic Package Manager yang 100% selamat.
- Software dipasang melalui Repositori dan bukan datang daripada laman internet yang tidak dikenali.
- Elegan, kod keselamatan dikuasai oleh Admin, bukan pengguna biasa.
- Kebebasan yang jitu terletak pada pengguna samada mahu pasang dan jalankan sesuatu perisian atau tidak. Bila dipadamkan sesetengah aplikasi, ke semua pakej yang berkaitan turut dinyah daripada sistem.
- Tiada syarikat atau individu mendapat keuntungan daripada perisian antivirus.
- Dan lain-lain yang tidak terlintas pada fikiran saya buat masa sekarang.
Pesanan: Taip perkataan virus di dalam enjin carian dalam blog ini untuk melihat entri berkaitan.
Sekian...
4 ulasan:
salam bos..boleh saya nak tnya sikit..macam mana kalau nak run game yang .sh punya eh..sya nh baru lagi..baru sesangat...harap dapat bantu ya...peace no war..=)
klik kananpada xxx.sh tu, pilih properties dan klik tab permission tandakan execute. lepas tu dwi klik dan pilih Run..
Saya harap ada juga orang bina defragler untuk Linux.
Sebab saya ada satu hard disk, hard disk sistem dia kan perlu susun balik juga suruh kasi laju.
Kalau tak salah saya, bukan hard disk yg perlu buat defragment tetapi format partition NTFS (windows) yg perlu buat, Ubuntu linux menggunakan format partition EXT3/EXT4 tidak perlu buat.. cukup sekadar autoremove dan autoclean sahaja, itulah kelebihan linux.. kerana file system nya berbeza dgn Windows..
Catat Ulasan