19 Ogos 2011

Memasang Ikon Faenza Pada Ubuntu

Perkara yang menarik perhatian saya berkenaan Ikon Faenza ini ialah kerana ianya berbentuk segi empat sama berbanding dengan ikon yang lain, selain itu tumpuannya diserlahkan lagi dengan aneka warna. 2 Sentuhan inilah yang menjadi ikon Faenza digilai ramai oleh pengemar Distro linux amnya.


Hingga ke hari ini, ikon Faenza telah maju setapak ke depan dengan melancarkan versi terbarunya iaitu versi 1.0.

Terdapat 2 cara mudah untuk memasang ikon Faenza ini pada Ubuntu (10.04/11.10/11.04):

1. Pemasangan melalui aplikasi terminal

sudo add-apt-repository ppa:tiheum/equinox
sudo apt-get update
sudo apt-get install faenza-icon-theme

ATAU

2. Pemasangan dengan muat turun pakej

(a) Muat turun ikon Faenza melalui Deviantart.com (ada arahan pemasangannya di laman ini)
(b) Muat turun ikon Faenza melalui code.google.com, simpan fail faenza-icon-theme.tar.gz ke direktori yang anda suka; contohnya /home/Downloads kemudian ikut arahan di bawah.

Arahan pemasangan kaedah (b):

  • Klik kanan pada Desktop atau Wallpaper, pilih Change Desktop Background.
  • Muncul jendela Appreance Preference dan klik pada tab Theme.
  • Klik butang Install dan jejak (browse) faenza-icon-theme.tar.gz yang dimuat turun tadi.
  • Klik butang Open dan ikut arahan skrin selanjutnya hingga anda berjaya memasangnya.

Setelah siap memasang ikon Faenza, berikut pula adalah cara menukarkan atau mengaktifkan ikon tersebut pada Ubuntu.

  • Klik kanan pada Desktop atau Wallpaper, pilih Change Desktop Background.
  • Muncul jendela Appreance Preference dan klik pada tab Theme.
  • Klik butang Customise dan muncul jendela Customise Theme.
  • Klik tab Icon, dan pilih ikon samada Faenza, Faenza Dark, Faenza Darker atau Faenza Darkest berdasarkan keserasian tema Ubuntu anda.

Macamana, senang bukan? Sehingga bertemu kembali dilain masa. Sekian.

2 ulasan:

dartook berkata...

memang terbaikkk la abg deen..masuk kan lg byak tip2 yg berguna dalam blog abg deen walaupun bende tu simple...cayok2

deensokmo berkata...

Terima kasih berkunjung ke blog saya, sya bukanlah sepandai tuan.. cuma berkongsi apa yg tahu shj.. dan jgn lupa rekeman kat kawan Ubuntu ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...