Lama juga saya menyepikan diri daripada mengemaskini entri blog ini. Sepanjang 3 minggu lebih, saya banyak belajar pelbagai Distro linux yang lain. Saya sangka dengan beberapa kerat ilmu yang saya miliki mampu menguasai GNU/Linux yang lain yang merangkumi persekitaran meja (Desktop enviroment) antaranya KDE, LXDE, OpenBox, KDE Lite, XFCE, Englightenment-E7 dan lain-lain. Ternyata andaian saya meleset sama sekali, setiap Distro tidak sama perangainya, antara distro yang saya cuba selami seperti berikut:
OPenSuse (KDE), Kubuntu (KDE), BodhiLinux (E17), Fedora (Gnome), LinuxMint (LMDE), PepperMint Ice (LXDE/OPenBox), LinuxMint (XFCE), Debian (KDE), Slax 6, ParsiLinux (KDE), Sabily (Gnome) dan lain-lain lagi.
Paling lama saya menghabiskan masa dengan Kubuntu (KDE), Distro ini meskinpun berteraskan Ubuntu, namun kerana Desktop enviroment KDE membuatkan saya seakan patah semangat. Namun ianya cukup mudah dikuasai jika anda berminat.
KDE
Terdapat banyak ciri-ciri yang menarik pada KDE, saya suka dengan pengurus fail Dolphin yang lebih canggih berbanding Nautilus yang ada pada Ubuntu. Kemudahan untuk mencapai sesuatu fungsi tanpa banyak halangan, hadir dengan preview imej yang sangat pantas secara lalai. Untuk memasang Tema (theme) sangat mudah kerana tekan sahaja butang "install" tema yang disukai. Tidak macam Ubuntu kena muat turun, extract dan pasang. Dan terakhir, KDE di datangkan dengan Plasma DEsktop/Netbook yang dapat diaktifkan dengan beberapa klik sahaja, kalau ubuntu ni macam bermain dengan Compiz gitu. Selain itu, terdapat beratus lagi perbezaan lain lagi berbanding Ubuntu yang mengunakan Gnome dan Nautilus.
LXDE
Persekitaran meja ini boleh saya akui sangat ringan dan sesuai untuk komputer lama yang mempunyai RAM 256. Saya memilih LinuxMint LXDE 9 dan Peppermint Ice kerana 2 distro ini telah ditambah pelbagai pakej Sumber Terlarang (Restricted). Perkara utama distro yang memenggunakan LXDE/OpenBox ini adalah difokuskan kepada penggunaan yang biasa-biasa seperti menonton movi, mendengar lagu, menaip dan menyunting imej ringkas serta melayarai internet sahaja. Untuk menjadikan LXDE lebih hebat, anda harus banyak membaca dan membuat kajian dengan memasang beberapa pakej "high Application" supaya serasi dengan komputer moden untuk menyunting video dan permainan yang pantas. Temanya agak ringkas berbanding Gnome dan KDE, tapi sangat ringan. Pcmanfm adalah pengurus fail yang laju dan terbaik dalam kelasnya. Ringkas dan padat. Tidak perlu kecewa sebab saya tidak berjaya memasang thumbnail imej, sebab ianya tidak menyokong fungsi ini.
XFCE
XFCE sudah cukup hebat pada komputer yang mempunyai Ram 512, memiliki tema yang lebih cantik berbanding dengan LXDE. Sewaktu mengaktifkan compiz, saya boleh bermain dengan kesan 3D cube dekstop macam ubuntu juga. Boleh juga dipasang Emerald untuk bermain kesan grafik Window border. Namun Thunar tidak berjaya memikat saya sebab tidak boleh view New Tab seperti Nautilus dan Pcmanfm. Untuk mengakses partisi lain, saya perlu buka aplikasi Gigolo dan akan bookmark partisi lain supaya senang mengaksesnya dikemudian hari. Untuk memasang Virtualbox, saya harus memasang DKMS dan Linux Header terlebih dahulu dan barulah kompil kernel supaya tiada ralat yang muncul semasa menghidupkan Virtualbox.
KDE Lite, E17,LMDE (debian)
Tidak banyak dapat saya sentuh sebab saya cuma mencubanya sepinta lalu. Namun saya agak kecewa dulu BodhiLinux sebelum vesi 1.0 menggunakan Nautilus dan kini menggunakan Thunar, bukan saya cakap Thunar tidak bagus tapi hanya biasa sahaja secara lalai.
GNOME
Dan akhirnya setelah puas mencuba persekitaran meja ini, kini saya akui Ubuntu yang menggunakan Gnome sebagai Desktop enviroment, Nautilus sebagai pengurus fail adalah suatu pakej yang sempurna tanpa memeningkan kepala saya. Saya pernah memasang Ubuntu Unity - desktop, ada beberapa bug yang timbul. Lalu saya mencuba Gnome3 atau juga Gnome Shell pada Ubuntu, Gnome Shell masih lagi ringkas dan terhad penggunaannya untuk Draftman seperti saya di pejabat.
Baru-baru ini dikatakan Ubuntu versi 11.04 akan menggunakan semula Gnome klasik (desktop) dan bukannya Unity mahupun Gnome3. Apa-apa pun kita tunggu sahaja apa-apa keputusan mereka (Canonical Team). Kalau ditanya kepada saya, apa versi Ubuntu yang saya pakai? laptop saya masih Ubuntu 10.04 LTS dan komputer rumah ini Ubuntu 10.10. Saya lebih suka lagi pada Ubuntu 10.04 kerana LTS (long term support). Antara lain saya suka Ubuntu kerana banyaknya sumber, forum, tutorial, youtube yang membincangkan perihal ubuntu. Sebab itulah Ubuntu Nombor 1 di dalam raking Linux di Distro Watch.
Nota: kalau anda tidak mahu tukar-tukar versi linux, adalah dinasihatkan menggunakan Debian, kerana apa? Banyak fakta mengatakan kenapa Debian adalah yang terbaik berbanding distro-distro lain..cari sendiri okey.. Cawww..
7 ulasan:
Kalau ubuntu balik pada Gnome pun ok gak. Gnome 3 ni cantik.
Unity bagus untuk jangka panjang. kalau dipasang dalam masa terdekat, rasa macam banyak bugs.
Ubuntu saya simpankan untuk kemudian. Seperti banyak pepijat walaupun keluaran setiap 2 kali setahun.
Sekarang saya sedang cuba Fedora 14 KDE. Nak lihat kuasa KDE di Fedora walaupun orang kata KDE lebih stabil dlaam openSUSE. Cuba mana yang patut dahulu.
Saya rasa Debian lebih stabil berbanding distro lain, semua distro yg berasaskan debian boleh dikatakan tiada version, maka tiada nombor2 versinya.. semuanya akan diupdate oleh server debian..cuma yg beza hnya versi desktop enviroment shj yg mendahului.. KDE 4.6 yg saya cuba mcm berat skit ar berbanding 4.5..
thanks for the info deen...
looking forward for new post!
:D
Terima kasih, info saya biasa-biasa jer. Kalau nak info yang power2 sila teroka laman Webup8-Ubuntu :))
salam bro,,sy cadangkn bro cuba puppy linux utk p.c lama..dn puppy linux mmg SUPERIOR utk p.c lama compare ngan linux distro yg lain..dan yg paling ringan skali..harap bro leh support n review ttg puppylinux skali..
Terima kasih kerana mengujungi blog saya, memang saya akui Puppy tersangat ringan, namun usaha saya adalah utk mengetengahkan Distro yg paling mesra pengguna iaitu Ubuntu..
Catat Ulasan