23 Jun 2010

Memasang Kamus Pada Ubuntu


Meskinpun dalam Ubuntu tidak banyak pilihan untuk memasang kamus, namun saya percaya setidak-tidaknya kamus ini amat membantu. Oleh kerana belum wujud lagi (tidak pasti) kamus Malaysia-English_Malaysia, jadi tutorial kamus ini menggunakan terjemahan bahasa Indonesia. Hampir 80% terjemahan dapat difahami.

StarDict

Kamus ini amat popular dikalangan pengguna linux amnya, ianya boleh digunakan semasa Online dan Offline.


Cara Pemasangan StarDic
(Pemasangan ini dilakukan pada Ubuntu 10.04, bagaimanapun anda boleh mencuba pada Ubuntu versi ke atas)

Mulakan dengan Applications>Ubuntu Software Center. Kemudian taipkan "StarDict", lakukan pemasangannya sehingga selesai.

Seterusnya, pergi ke halaman ini DISINI dan muat turun 2 fail seperti di bawah:

stardict-quick_eng-ind-2.4.2.tar.bz2
stardict-quick_ind-eng-2.4.2.tar.bz2

Sila Extract ke folder Home anda, lakukan satu persatu 2 fail yang di muat turun tadi.

Buka terminal dan masukkan 2 arahan ini untuk dipindahkan ke /share/usr/startdict

sudo mv stardict-quick_eng-ind-2.4.2 /usr/share/stardict/dic
sudo mv stardict-quick_ind-eng-2.4.2 /usr/share/stardict/dic

Tutup terminal dan jalankan StarDict melalui: Applications>Accessories>StartDict

sekarang anda boleh cuba "main-main" kamus ini... Sekian.

2 ulasan:

MASOKIS berkata...

abg Deen, bagus la blog ni.. byk ilmu linux.

kamus ni klu kumpil balik kasi BM kan best....

deensokmo berkata...

kalau ada kamus dalam BM kan bagus juga..ermm nampaknya setakat yang saya tahu..sudah ada yang buat namun masih belum siap lagi..semoga ada insan yang sudi menyiapkan database kamus BM untuk sumber terbuka.. kamus Indon ini pun okey juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...