19 Mac 2011

Maksimumkan Kelajuan Internet Pada Ubuntu

Cara ini sudah lama saya buat, cuma baru teringat mahu berkongsi. Tahun lepas saya ada buat perbandingan kelajuan muat turun Windows dan Ubuntu di mana Windows menggunakan IDM dan Ubuntu menggunakan DTA. Ketika itu saya telah membuat tutorial yang akan saya tunjukkan di bawah.

Mari kita mula

Buka aplikasi Terminal dan taipkan iwconfig jika menggunakan Wifi dan taipkan ifconfig jika menggunakan Kabel internet (LAN).

Disebabkan saya menggunakan Wifi jadi berikut adalah maklumat yang dipaparkan.

lo        no wireless extensions.

eth0      no wireless extensions.

wlan0     IEEE 802.11bg  ESSID:"Wifi Turbo" 
          Mode:Managed  Frequency:2.437 GHz  Access Point: 5C:D9:98:B5:DD:A3  
          Bit Rate=36 Mb/s   Tx-Power=7 dBm  
          Retry  long limit:7   RTS thr:off   Fragment thr:off
          Power Management:on
          Link Quality=50/70  Signal level=-60 dBm 
          Rx invalid nwid:0  Rx invalid crypt:0  Rx invalid frag:0
          Tx excessive retries:0  Invalid misc:0   Missed beacon:0

vboxnet0  no wireless extensions.

wlan0 adalah sambungan internet saya. Seterusnya, saya masukkan baris perintah ini pada terminal untuk membuka script rc.local

sudo gedit /etc/rc.local

Kemudian, tambahkan ayat seperti di bawah ke dalam script tersebut.

iwconfig wlan0 rate 54M

Ayat yang saya tambahkan itu akan kelihatan sebegini

...
# By default this script does nothing.
iwconfig wlan0 rate 54M
exit 0

Nota: sila tukarkan wlan0 berdasarkan sambungan internet anda. Boleh jadi eth0 atau eth1.

Klik simpan (save) dan tutup text editor tersebut. Akhir sekali restart komputer. Setelah komputer dihidupkan, lalu saya membuat semakan semula dengan menaip iwconfig pada terminal dan hasilnya Bit Rate sudah bertukar kepada kelajuan maksimum 54Mbps iaitu sama seperti yang tertera pada badan USB Wifi adapter saya ini (TP Link/TL-321G). Sekian...

16 Mac 2011

Mengembalikan Saiz Ruang Cakera Keras Daripada Root

Samada anda tahu atau tidak, semasa pemasangan Ubuntu atau apa-apa Distro Linux, Root akan mengambil 5% daripada keseluruhan ruang cakera keras sebagai tempat simpanan. Wujudnya situasi ini kerana dalam kes-kes tertentu apabila saiz cakera keras sudah penuh, maka pengguna biasa (bukan root) masih lagi mampu mengisi atau memadam fail-fail tertentu ke dalam ruang simpanan tadi. Bayangkan komputer hari ini dibekalkan dengan saiz cakera keras 500Gb, jika 5% bermakna hampir 25Gb telah diambil oleh Root sebagai ruang simpanan. 25GB sangat besar tuh!..

Jadi, hari ini saya ingin menunjukkan bagaimana dapat kita mengembalikan 4% daripada ruang simpanan ini; maknanya hanya benarkan 1% sahaja sebagai ruang simpanan.

Langkah 1
Mula-mula buka Aplikasi Terminal dan masukan baris perintah yang ringkas ini:

df -h

Terminal akan memaparkan partisi di mana Ubuntu dipasang. Di dalam kes saya Ubuntu berada pada partisi /dev/sda5 (1). Sila lihat gambar di bawah untuk memudahkan anda memahami situasi saya (2).

Langkah 2
Seterusnya, sekarang kita bagi arahan ini kepada sistem agar menjadikan ruang tersebut kepada 1% sahaja. Taip perkataan arahan di bawah ke dalam Terminal. Sila tukar /dev/sdXY mengikut semakan yang telah dibuat tadi. Di mana X ialah kedudukan cakera keras dan Y adalah kedudukan partisi.

sudo tune2fs -m 1 /dev/sda5


Dalam beberapa saat, sistem akan mengeluarkan kenyataan lebih kurang begini:
Setting reserved blocks percentage to 1% (280873 blocks)

Kemudian sila buat semakan semula dengan memasukkan baris perintah seperti Langkah 1 bagi memastikan saiz ruang cakera keras  telah berubah (3). Perhatikan gambar di bawah sebagai contoh.

Klik pada gambar untuk besarkan imej

Sekian..

12 Mac 2011

Memasang Tema Mesej Pada IM Empathy

Empathy adalah sebuah aplikasi Internet Messenger yang menyokong pelbagai saluran IM seperti Facebook Chat, Google Talk, YM, MSN, Jabber, AIM, ICQ, MySpace dan lain-lain. Jika menggunakan Ubuntu 10.04 ke atas, Empathy didatangkan sebagai aplikasi lalai yang mana versi sebelum ini menggunakan Pidgin.

Tutorial ini adalah permintaan daripada PaklahSyok, mari kita mula:






Terdapat banyak lagi tema untuk Empathy DISINI.

Tempatkan tema yang dimuat turun tadi ke Desktop, contohnya adium_matte_5_3631_4987.zip

Klik kanan padanya dan Extract here. Akan muncul direktori adium_matte_5_3631_4987. Lalu buka direktori ini dan cut and paste direktori Adium Matte.AdiumMessageStyle ke Desktop semula.

Rename Adium Matte.AdiumMessageStyle iaitu buang JARAK antara Adium dan Matte supaya jadi begini AdiumMatte.AdiumMessageStyle. (buang jarak ini jika nama tema tersebut tidak bercantum)

Sekarang buka Aplikasi Terminal dan masukkan perintah ini:

cd Desktop
sudo mv AdiumMatte.AdiumMessageStyle /usr/share/adium/message-styles/

Setelah itu, buka aplikasi Empathy > Preferences dan buat tetapan pemilihan Theme. Seperti gambar di bawah:


Sebenarnya, proses pemasangan ini mudah sahaja di mana NamaTema.AdiumMassageStyle perlu di letakkan ke ~/.local/usr/share/adium/message-styles

Buat secara manual sebagai Root, tekan Alt+F2, masukan gksu nautilus, beri kata laluan yang diminta dan tekan Run. Kemudian copy NamaTema.AdiumMassageStyle ke direktori file system / usr / share / adium / message-styles

Sekian. Terima kasih.

10 Mac 2011

Mewujudkan Bayangan 3D Thumbnails Pada Nautilus

Apa itu bayangan 3D Thumbnails? Gambar di bawah mungkin akan menjelaskan kepada anda, sebaik sahaja anda memasangnya, 3D Shadow ini akan muncul pada hampir semua thumbnails pada Nautilus contohnya fail dokumen, gambar, pdf dan sebagainya.. Cuma thumbnail Direktori sahaja yang tidak kelihatan. Untuk bayang 3D Direktori bergantung jenis tema ikon yang anda pasang pada Ubuntu.

klik pada gambar untuk besarkan imej

Mari kita mula:

Buka aplikasi Terminal dan masukan 3 perintah arahan ini satu persatu (pastikan komputer anda mempunyai sambunagn internet)

wget http://a.imageshack.us/img135/8666/thumbnailframe.png
sudo mv thumbnailframe.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Manakala perintah arahan di bawah pula adalah untuk mengembalikan imej pada nautilus seperti asal iaitu tanpa bayang 3D.

wget http://a.imageshack.us/img651/5790/thumbnailframey.png
sudo mv thumbnailframey.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Ringkas dan mudah. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...