09 November 2010

Lidah Pengarang: Ubuntu Help Center

Adakah anda pengguna Ubuntu yang baru hendak bermula? Tidak kira versi Ubuntu yang anda guna, pasti mula-mula anda akan kekok atau tidak biasa dengan antaramuka (interface) Gnome. Saya yakin, rata-rata pengguna Ubuntu adalah berasal daripada pengguna Windows XP, Vista mahupun 7. Sudah pasti pengalaman anda bersama Windows dahulu masih segar dalam menguasai fungsi, panel, perangai, warna, susun letak icon dan pelbagai lagi arahan Windows.

Adakah semua ini akan membantu anda menguasai dunia Ubuntu? Jawapannya adalah 30% sahaja, kenapa saya berkata demikian? Ini kerana Ubuntu mempunyai antaramuka yang dinama GNOME. Susunatur Menu pada Gnome jauh sekali berbanding Windows.

Di sini saya mahu andaikan anda sudah 4 hingga 5 tahun menggunakan telefon bimbit Nokia, tiba-tiba kemahuan anda beralih arah mahu membeli telefon bimbit jenama Sony Ericsson pula. Buat pertama kali, penggunaan menu dan fungsi butang-butang tertentu membuat anda terhenggeh-henggeh menggunakan Sony Ericsson. Perlahan-lahan anda cuba menguasainya, hari ke hari, minggu silih berganti, dan hampir sebulan anda akan mahir dengan aplikasi pada Sony Ericsson ini.

Pengalaman di atas bolehlah saya simpulkan sebagai "budaya baru". Maka dengan ini, sebaik sahaja anda melangkah ke Ubuntu; sudah pasti anda memerlukan masa untuk menguasai Distro Linux Ubuntu ini. Saya ingin mengingatkan kepada diri sendiri dan kepada anda;  bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Maksudnya, Jika tidak faham mana-mana bahagian dalam Ubuntu baik dari segi operasi, fungsi, pemacu mahupun perkakasan; eloklah bertanya atau minta pertolongan daripada komuniti, forum, blog-blog tertentu atau rajinkan dengan mencari ilmu daripada sumber percuma di internet.

Menyentuh mengenai tajuk artikel saya ini berkenaan Ubuntu Help Center, berapa ramai yang menggunakannya. Hilang 1 ikon pada panel sudah menggelabah, terus tanya dalam forum. Bukan cara ini tidak betul, cuma jawapan bukanlah serta-merta, mereka (otai-otai) bukannya memasang sistem SMS yang boleh berhubung terus daripada Forum tertentu ke telefon bimbit mereka untuk mengesan setiap soalan yang muncul. Satu perkara lagi, sekiranya soalan anda sudah terjawab dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi, tandakan SOLVED serta ringankan jemari untuk menaip ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu. Setidak-tidaknya mereka dihargai biarpun tiada komisen.

Sebenarnya, masalah-masalah kecil sudah ada jawapannya pada Ubuntu Help Center. Tekan sahaja papan kekunci F1, carilah penyelesaian masalah anda berdasarkan tajuk-tajuk yang telah disusun kemas. Saya percaya, jika tiada masalah sekalipun, anda ada masa terluang bacalah Ubuntu Help Center. Sekurang-kurangnya 40% anda sudah boleh menguasai panel Ubuntu dengan pantas.

Sekian buat kali ini.

07 November 2010

Crossover Pro: Memasang Microsoft Office 2007 Pada Ubuntu

Masing-masing mempunyai idea dan citarasa sendiri, saya lebih suka memasang perisian Windows* di Crossover kerana enjinnya akan mengendalikan secara automatik semasa pemasangan bagi mengisi kod, font, plugin dsb yang menjadi keperluan pada asas sistem WIndows. Secara ringkasnya, Crossover akan sedaya upaya menterjemahkan dan meniru satu ruang Program Files pada partisi C:/ seperti Windows. Paling best boleh pindah "Bottles" ke komputer lain.

Saya tidak menafikan Wine juga dapat melakukan seperti sifat Crossover ini dengan kehadiran bantuan aplikasi PlayOnLinux.

Pernah suatu dulu, saya memasang MS Office 2007 dalam Wine, saya terserempak banyak BUG umpamanya semasa menggunakan MS Office word 2007, saya buka satu lagi dokumen baru, dan minimize dokumen pertama..alamak ianya bersebunyi bukan ditempat Windows List pada panel bawah. Kedua setelah beberapa kali buka-tutup MS office ini, satu lagi BUG berlaku yang tidak boleh saya maafkan iaitu MS Office "Hang" menyebabkan Ubuntu juga seakan hang. Ketiga, penggunaan memori melonjak naik 10% apabila Wine dan MS office dihidupkan. Sebenarnya, semua bug ini boleh di atasi dengan merajinkan diri mencari jawapannya di dalam Forum Wine.. Bak kata orang, manusia ni kalau boleh mahu pakai yang senang dan mudah tanpa banyak "songel", saya pun juga begitu..haaa..haa..

Baiklah, saya tidak mahu melalut panjang; kita terus berbalik kepada tajuk iaitu memasang MS office 2007 pada Ubuntu dengan menggunakan aplikasi Crossover Pro 9. Kenapa mesti versi Pro 9? Suka hati saya lah, haa..haa..

Langkah 1
Muat turun crossover-pro_9.0.0-1_i386.deb melalui server 4Shared. Kemudian Dwi klik pakej deb Crossover ini untuk pemasangannya. Setelah siap, aplikasi ini boleh dicapai melalui menu Applications>Crossover.
 gambar 1

Langkah 2
Applications>Crossover>Manage Bottles

gambar 2

Tekan butang Add, namakan bottles anda. Sebab saya dah ada bottles 1, jadi tutorial ini saya namakan bottles 2. Sila guna nama yang sesuai mengikut citarasa anda. Dalam New Bottle Type pilih WinXP dan OK untuk pengesahan keluar. Tunggu seketika Bottles diciptakan (dalam seminit dua).

    Langkah 3

     gambar 3
    1. klik Bottle 2
    2. Klik Tab Applications
    3. Klik Butang Install Software
    4. Setelah kekotak Crossover Installer muncul, pilih Microsoft Office 2007.
    5. Memastikan MS office ini akan di pasang pada Bottle pilihan.
    6. Select Installer untuk menjejak sumber samada DVD rom atau pilih fail dalam cakera keras.
     Langkah 4

    gambar 4
    Klik pada sumber Installer, kemudian jejak kepada Setup.exe.

    Langkah 5
    gambar 5

    1. Setelah Setup.exe muncul,
    2. Klik pada butang Proceed.

    Langkah 6

    gambar 6
    1. Klik semula pada Microsoft Office 2007.
    2. Info memaparkan sumber fail installer.
    3. Klik pada butang Install untuk memulakan pemasangan.

    Langkah 7
    gambar 7

    Tekan Yes. Anda akan nampak beberapa saat kemaskini font daripada famili Windows.

    Langkah 8
    gambar 8

    Klik Yes untuk memasang Microsoft.NET Framework.

    Langkah 9
    gambar 9
    Tandakan pada I agree dan tekan Install.

    Langkah 10
    gambar 10

    Dalam beberapa minit, satu mesej Framework telah berjaya dipasangkan. Klik OK untuk langkah seterusnya.

    Langkah 11

    gambar 11

    Sekarang anda berada pada pemasangan Microsoft XML Parser Setup Wizard. Klik Next untuk memulakannya.

    Langkah 12

    gambar 12
    Tandakan pada I Accept... dan klik Next.

    Langkah 13

    gambar 13
    Isi maklumat seperti yang diminta dan klik Next.

    Langkah 14

     gambar 14

    Klik Install untuk pemasangan Parser dan klik butang Finish setelah siap.

    Langkah 15
    gambar 15
    1. Pada langkah ini, sila buka fail yang mengandungi Product Key Installer MS Office.
    2. Salin semua  nombor siri dan tampal ke ruangan yang disediakan. Klik butang Continue setelah muncul ikon "right" bewarna hijau.

    Langkah 16
    Lakukan pemasangan MS office seperti anda memasangnya pada Windows. Saya syorkan pemasangannya dengan memilih mode Custom kerana Crossover mahupun Wine  hanya menyokong MS Word, Excel dan Power Point sahaja yang dapat berfungsi dengan baik, yang lain-lain seperti Access, Groove, Outlook dll tidak perlu di pasang. Setakat yang saya tahu hari ini, MS office 2007 pada Wine dan Crossover masih di dalam peringkat beta.. Kalau Crossover yang berbayar mungkin okey kot..

    Langkah 17

    Selepas siap pemasangan MS Office ini, anda boleh mengaksesnya melalui menu Applications>Windows Applications>. Sila buka mana-mana aplikasi; contohnya MS Word 2007, semasa dihidupkan, sila Uncheck pada arahan yang tertulis "update". Selepas itu, gunalah mereka seperti biasa..

    Langkah 18
    Langkah terakhir, sila tetapkan nama Bottle yang anda ciptakan mula-mula tadi kepada default seperti gambar 16 di bawah.

    gambar 16

    Saya percaya screenshot ini sangat membantu dan memudahkan pemasangan MS Office 2007 khasnya buat pengguna yang baru bermula dengan Ubuntu.

    Tambahan
    Susu Ibu adalah susu terbaik yang membawa maksud di sini ialah Aplikasi Open Office.Org yang didatangkan secara lalai bersama Ubuntu adalah yang terbaik. Sokonglah Sumber Terbuka.

    Sekian. Wassalam.

    06 November 2010

    Memasang Tema (Themes) Pada Ubuntu

    Tips memasang tema ini saya buat berikutan seorang sahabat kita iaitu saudara Safari cuba memasang Tema pilihan beliau iaitu Lexinya di mana Tema tersebut tidak berjaya dipasang secara "Drag and Drop".. Katanya keluar error seperti ini:


    Baiklah, kita mula daripada awal, mula-mula muat turun Tema ini Lexinya.tar.gz DISINI dan tempatkannya ke Desktop. 

    Cara Pertama:
    Kemudian klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background>Themes. Tekan butang Install dan jejak (browse) Lexinya.tar.gz yang ada pada Desktop. Jika tiada masalah tema tersebut akan berjaya dipasang.

    Ini pula cara mengatasi jika keluar ralat seperti gambar di atas:

    Cara Kedua:
    Buka direktori Home (nama anda) anda, tekan Ctrl+H, cari dan buka direktori .themes; padamkan direktori yang bernama Lexinya. Seterusnya ulangi Cara Pertama.. Lihat gambar di bawah, Tema Lexinya sudah berjaya di pasang..


    Sekian..

    05 November 2010

    Menggodam Wi-Fi (Untuk pengguna linux sahaja)

    Menggodam Wi-Fi adalah salah dari segi hak milik pemunya, bagaimana pun semua kerja-kerja ini bergantung kepada penggunaan anda. Jika anda menceroboh hak milik anda sendiri tidak salah, kalau jiran punya? haa..haa.. tanggung sendiri..

    Saya tidak akan menulis tutorial menggodam wifi, menjawab soalan berkenaan tajuk ini dan apa yang berkaitan kerja berunsur negatif. Cuma saya bagi "lampu" kepada anda supaya anda boleh berjalan. Nasi di dalam pinggan tidak akan saya suapkan! Saya hanya akan beri kunci "kereta" supaya anda boleh pandu, saya tidak mahu mengajar bagaimana pandu kereta tersebut.

    Salah satu Aplikasi untuk melakukan kerja-kerja ini ialah Aircrack-ng atau boleh juga menggunakan Back Track.

    Anda perlu ikut mana-mana tutorial ini untuk menggunakan Aircrack.
    1. Cara Pertama
    2. Cara Kedua

    Menyentuh berkenaan Back Track (BT), ianya sebuah Distro linux berasaskan Debian/Ubuntu untuk Back Track 4. BT didatangkan dengan pelbagai perisian, perkakasan dan juga aplikasi untuk niat menggodam keselamatan. Anda perlu memuat turun BT dan bakar ke CD/DVD dan jalankan secara LiveCD. Selain itu, BT juga boleh dipasang ke USB thumb drive menggunakan bantuan Unetbootin.

    Jika tidak mahu muat turun ISO Back Track, anda boleh pasang keperluan perkakasan Back Track ke dalam Ubuntu anda, caranya ikut tutorial ini. Sebelum mencuba Back Track sila baca samada kad/pemacu wifi anda disokong atau tidak.

    Semak perkakasan wifi pada komputer anda, buka Applications>Accessories >Terminal dan masukan baris perintah ini:

    lspci | grep Network

    Muat turun Video Crack WEP - wifi http://www.mediafire.com/?mkwxq0gndy3
    Lihat Video Online Crack http://g0tmi1k.blip.tv/file/3129452
    Laju sangat dia taip ker? Command-nya di sini http://pastebin.com/TAAUw36Y

    Sekian.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...