Tidak saya nafikan, ramai pengguna Windows yang ingin mencuba Ubuntu tetapi akhirnya kecewa berikutan sokongan permainan komputer yang terdapat pada Ubuntu tidak sehebat Windows. Ini bukannya masalah Ubuntu kerana antara fokusnya adalah membabitkan penggunaan komputer seharian. Selain permainan komputer, suntingan CAD, seperti AutoCAD juga gagal dipasang ke dalam Ubuntu-wine meskinpun ada desas desus mengatakan AutoCAD boleh dipasang, nanum anda akan terjumpa dengan ralat tertentu. Sebagai penyelesaian masalah ini, buatkan komputer anda dual boot Windows dan Ubuntu.
Strategi Dan Kejayaan
Saya memfokuskan entri ini kepada Windows-gamer. Sebelum saya memanjangkan entri ini, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan Gamers atau kaki permainan komputer. Apabila mereka hendak memulakan sesuatu permainan komputer, saya percaya mungkin apa yang saya senaraikan di bawah adalah keperluan dan kehendak mereka:
- Mengenal pasti nama permainan.
- Memasang perisian permainan tersebut ke dalam Windows.
- Mencuba dan berusaha Crack perisian itu supaya jadi asli (jika cetak rompak).
- Langkah seterusnya, mereka Windows Gamers akan mula menghidupkan permainan itu.
- Lalu mereka memikirkan persediaan awal umpamanya bermain dengan mengutip mata setinggi mungkin sebagai bekalan untuk perlawanan kelak.
- Sebaik permainan berlangsung, mereka ini akan memikirkan hala tuju permainan ini, mencari musuh tersembunyi, mencari senjata yang tersembunyi dengan beberapa klu, mengelak diri daripada dihidu musuh dan menentang habis-habisan.
- Gaya strategi di atas mungkin mengambil masa sehingga 1 minggu atau lebih untuk permainan episod pertama. Jika dicampurkan lagi ke episod seterusnya mungkin mengambil masa sehingga sebulan atau lebih untuk mencapai kejayaan sesuatu permainan komputer.
- Apabila permainan sudah selesai, maka misi telah berjaya dan akan memuat turun permainan yang lain pula.
Tahukah anda apakah perbuatan yang mereka lakukan itu? Itulah yang saya namakan strategi dan di akhiri dengan kejayaan sehingga mereka mengukirkan senyuman tanda puas.
Okey, berbalik kepada strategi menawan Ubuntu. Lagak dan perwatakan di atas sebenarnya boleh diadaptasikan dalam menawan Ubuntu. Mungkin perbezaan ini tidak sama, namun pengguna baru ubuntu mesti memiliki kriteria yang menyamai seorang kaki permainan komputer iaitu:
- Muat turun Ubuntu daripada internet.
- Memasang Ubuntu pada komputer.
- Mencari sesetangah pemacu yang mungkin tidak disokong olehnya. Hakikatnya Linux versi 3.0 telah disumbatkan dengan pelbagai perisian pemacu secara automatik sebaik Ubuntu dipasang.
- Memikirkan hala tuju penggunaan Ubuntu ini, apa yang perlu dilakukan lagi jika semua pemacu gajet telah berjaya dipasang. Bagaimana menangani masalah yang timbul, dan akhirnya mereka pengguna Ubuntu baru ini akan berasa puas dengan usaha gigih mereka ini.
- Dalam proses menyelami Ubuntu, mungkin mengambil masa 1 minggu hingga ke 1 bulan, selepas itu tiada lagi apa yang perlu dilakukan melainkan mereka mencuba pula selongkar sistem Ubuntu.
Baiklah, ingin saya ulangi sekali lagi strategi menawan Ubuntu sebenarnya adalah suatu keseronokan seakan anda bermain dengan permainan komputer. Jadi kepada kaki permainan komputer terutamanya pengguna Windows, sahutlah cabaran saya ini. Memang saya akui permainan seperti Portal 2, Deus Ex: Human Revolution, Witcher 2, Guild Wars 2, Test Drive Unlimited 2 dan lain-lain lagi amat mencabar. Apa kata mencuba pula "Permainan Ubuntu" ini? baru anda akan betul-betul dicabar. Ada berani?
1 ulasan:
haha..saya setuju bro dengan perbandingan ni..memang menarik la! 2 thumbs up!
Catat Ulasan