Keperluan:
1 unit 3g usb modem (saya hanya guna telefon bimbit Samsung Galaxy S) dan sebuah komputer riba yang dipasang Ubuntu.
Persediaan:
Pastikan 3g usb modem anda tersebut dapat berfungsi dengan baik, maksudnya anda telah berjaya mengkases internet melaluinya. Anda boleh ikut tutorial DISINI jika perlu.
Mencipta New Wireless
Gambar 1
Apabila anda klik pada ikon Network Manager, akan muncul info berkaitannya seperti Gambar 1 di atas. Pastikan koneksi Mobile Broadband telah bersambung seperti no 1. Kemudian klik pada no 2 iaitu Create New Wireless Network.
Gambar 2
Gambar 2. Ciptakan nama Wireless yang ingin dibuat dan kata laluan sebagai kunci keselamatan. Pada ruangan Wireless Security saya memilih WEP 128-bit Passphrase. Klik butang Create untuk pengesahan.
Gambar 3
Pada Gambar 3, dapat diperhatikan muncul 1 nama Wireless baru yang kita ciptakan sebentar tadi.
Membuat konfigurasi Mobile Broadband
Klik kanan pada ikon Network Manager dan pilih Edit Connections. Akan muncul seperti Gambar 4 di bawah.
Gambar 4
Pilih nama koneksi anda (contoh Celcom Default) no 1 dan klik butang Edit no 2.
Gambar 5
Masukan katalaluan Ubuntu anda apabila diminta.
Gambar 6
Merujuk Gambar 6 klik pada tab PPP Setting seperti no 1. Seterusnya dalam ruangan Encho, sila berikan tanda pada Send PPP encho packets seperti no 2 dan klik butang Apply seperti no 3.
Membuat konfigurasi Wireless
Selesai langkah di atas, klik pula pada tab Wireless.
Gambar 7
No 1 pilih nama wireless yang anda cipta dan tekan butang Edit seperti no 2.
Gambar 8
Sampai langkah ini, klik pada tab Wireless seperti no 1. Dalam ruangan Mode pilih Ad-hoc seperti no 2 dan klik pada tab IPv4 Setting seperti no 3 untuk langkah seterusnya.
Gambar 9
Pada Gambar 9, setelah klik pada tab IPv4 setting, dalam ruangan Method seperti no 1 pilih Shared to other computers. Dan akhir sekali klik butang Apply seperti no 2 untuk pengesahan dan mengakhiri semua konfigurasi yang dilakukan.
Tiba di sini, anda sudah boleh mencuba Wifi/Wireless yang anda ciptakan ini pada komputer riba rakan anda yang lain. Cuba akseskan Wifi ini sekarang, katalaluan adalah kekunci keselamatan wireless yang anda ciptakan pada Gambar 2.
Kredit:
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya iaitu saudara Ahmabd Albab kerana pengkongsian ilmu ini.
5 ulasan:
mesti lembab gile jadinya mobile broadband guna reramai. huhu
Jgn bagi password kat ramai org lak..kalau dah tau speed yg kita ambil tu bawah 700Kps.. cukup ler kita dan bini kita jer..he.. he
Ohh.. perhatian.. jika penerima wireless ini adalah pengguna Windows XP.. pastikan password 13 abjad.. baru leh connect..
1 soalan?!
klo buat cani, yg mane jadi AP nye ek??? adakah modem 3G itu sendri yg akan jadik AP??? sy tanya sbb dekstop sy ni xde build-in wifi receiver :p
tq
Ohh.. Komputer jenis Desktop/PC tak boleh sepertimana yg ko cakap tu sebab tiada Wifi Receiver.. hanya Laptop dan netbook sahaja.. Tapi boleh cuba jika anda ada USB Wifi Modem..
Catat Ulasan