12 September 2011

Baju T Ubuntu: Entri 3

Hampir 3 minggu lebih saya menjalankan kempen Baju T Ubuntu ini, tidak saya nafikan permintaan adalah agak memuaskan. Memandangkan saya tiada pengalaman untuk membuat baju ini, beberapa isu yang timbul dapat saya selesaikan juga walaupun dengan kepayahan. Tujuan saya membuat program baju Ubuntu ini sekadar hanya mencuba dan mencari reaksi pembaca blog deensokmo. Jadi, kepada mereka yang telah menempah baju ini saya ucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga. Baju ini akan siap selewat-lewatnya Selasa atau Rabu minggu depan, kelewatan ini kita sama-sama tanggung berikutan terdapat seorang rakan kita yang menempah saiz 5XL yang terpaksa di custom saiz ini..

Jadi, kesempatan ini saya ingin rakamkan tahniah kepada anda semua kerana berjaya memiliki baju ini. Apa yang banggakan ialah baju ini dibuat jenis kain terpilih iaitu interlog. Dan selepas ini saya tidak berani janji lagi harga RM30 boleh dapat untuk kain jenis ini, sememangnya kain ini jenis yang berkualiti. 

Biarlah saya nyatakan di sini, saya menerima tempahan ini daripada serata tanah air.. Sabah, Sarawak, Kelantan, Perak, Johor, Penang, Melaka, Negeri 9, Kuala lumpur, selangor..dan lain-lain.

Jika ditanya kepada saya samada mahu meneruskan kempen baju Ubuntu ini, saya tidak berani berjanji untuk itu. Ini kerana terdapat beberapa cabaran yang terpaksa saya lalui walaupun agak remeh, namun biarlah saya merahsiakannya kerana mahu menjaga hati perasaan orang lain. 

Di bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. kepada pembaca blog saya yang budiman..
Sekian.

8 ulasan:

Arya Putra berkata...

buat lagi bro..sambutan menggalakkan tu..
saya tak dapat nak buat bayaran sebab duit semua dah habis masa raya aritu..arghhh..

deensokmo berkata...

Ada spare 1 lagi.. saiz M sahaja.. boleh?

hoKIaiS berkata...

bro ad lagi tak saiz m tu..kalau ad saya nak

hoKIaiS berkata...

harap2 ada la ya....=) aritu tak sempat nak tempah..hehehe

Tanpa Nama berkata...

abe deen da abis k stok baju...nk jgk ni....frust la lama dh cari..bile jumpe dh abis tarikh tempah...kecewa ni

deensokmo berkata...

Ada 1 lagi saiz M sahaja.. saper cepat dia dapat.. sila emel kat aku deensokmo@gmail.com

Arya Putra berkata...

badan saya saiz XL bro..saiz M tu ikut saiz US ke? kalau ikut saiz US bleh la saya pakai..

deensokmo berkata...

Arya.. Baju ni ikut saiz org Asia.. kenapa..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...