30 Julai 2011

2 Cara Mudah Aktifkan Screen Edge Effect Pada Ubuntu


Video di atas adalah kesan bila mengaktifkan Screen Edge pada Ubuntu yang dapat saya rakamkan. Saya lakukannya pada Ubuntu 10.04, saya rasa kaedah ini juga boleh diguna pakai untuk Ubuntu 10.10 dan 11.04. Cuma dinasihatkan pengguna Ubuntu 11.04 perlu memilih mod Gnome Classic dalam Session Login semasa sistem dimulakan. Ini bagi mengelakkan berlakunya bug sebab Ubuntu 11.04 menggunakan Unity sebagai persekitaran meja kerjanya. Kalau betul caranya, Unity boleh juga mengaktifkan Compiz.cuma yang ini anda perlu cari sendiri, tanya pada Google, ok.

Saya percaya semua orang tidak sama apa yang disukai, sebaliknya kesan Screen Edge amat berguna kepada saya kerana saya kurang gemar klik pada Window List di panel bawah. Andainya saudara mahu mencuba boleh ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Terdapat 2 aplikasi yang memudahkan untuk mengaktifkan kesan Screen Edge ini.
  1. Simple CompizConfig Setting Manager
  2. Ubuntu Tweak
Sebelum memulakan sebarang kesan efek samada biasa atau 3D pada Ubuntu, pastikan Ubuntu pada komputer anda telah pun dipasang dengan pemacu kad grafik samada Intel, Nvidia mahupun ATI. 

(1) Memasang Compiz:
Pasang 4 pakej di bawah melalui Synaptic Package Manager.
  • simple-ccsm
  • compiz
  • compiz-fusion-plugin-extra
  • compizconfig-settings-manager
Atau melalui terminal:

sudo apt-get update 
sudo apt-get install namapakej

(2) Memasang Ubuntu Tweak
Buka terminal dan salin tampal arahan di bawah untuk pemasangan Ubuntu Tweak

sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

Atau muat turun Ubuntu Tweak.deb. (dwi klik pakej deb ini untuk pemasangannya).

(3) Mengaktifkan melalui Simple CompizConfig Setting Manager.


Pilih lokasi penjuru yang disukai, klik pada ikon bonggol dan pilih Scale: Initiate Windows Picker For All Window.

ATAU

(4) Mengaktifkan melalui Ubuntu Tweak.


Jalankan Ubuntu Tweak. Pada menu Desktop pilih Compiz Setting dan pada ruangan Workspace Edge Setting pilih Show Windows.

Sekarang boleh cuba kesan ini dengan mengalihkan Cursor Mouse ke penjuru skrin seperti yang anda lakukan penetapan di atas. Sekurang-kurangnya 2 aplikasi sedang berjalan. Contoh yang saya buat dalam video di atas ialah 5 aplikasi dihidupkan, dengan mengalihkan ke penjuru bawah-kiri. Jika anda perhatikan, terdapat beberapa lagi kesan-kesan Compiz yang boleh dilaraskan dengan 2 aplikasi yang mudah ini. Dan sekiranya anda seorang yang gilakan pada kesan-kesan khas seperti Workspace, kesan extra, Desktop cube, Animations Add-on, lutsinar dan sebagainya sila terokai CompizConfig Setting Manager; cabarlah  kewibawaan anda di sini!...

Sekian..

3 ulasan:

ramoaz berkata...

salam saya masih lagi tidak berjaya nak buat screen edge...saya dah lakukan ape yg disuruh..namun tidak berjaya ...mcamana erkkk

deensokmo berkata...

Sebenar Setting screen edge ni boleh juga dibuat melalui Compiz Setting Manager, Pakai Ubuntu versi berapa?

ramoaz berkata...

kome pkai ubuntu 10.04...pblem nye bila kita nak buat desktop effect tak bley arr...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...