21 Februari 2011

Sesuaikah Ubuntu (Linux) Untuk Anda?

Saya beranggapan anda adalah pengguna Windows, bukannya MAC. Pengguna MAC saya pasti Linux tidak asing kepada mereka kerana dasarnya OS ini terbentuk daripada kumpulan kecil Linux.

Bagaimana pula dengan anda yang sudah berbelas tahun menggunakan Windows? Pastinya, Linux sesuatu yang sukar untuk diterima secara mudah jika tanpa adanya alasan tertentu bukan? Begitu juga yang terjadi kepada saya suatu ketika dahulu. Iya, anda memang sudah selesa bersama Windows, kenapa perlu tahu apa itu Ubuntu amnya dan sesuaikah untuk OS (Operating System) ini untuk saya (diri anda). Di sini saya ambil 1 contoh mudah, kenapa ada sesetengah orang tidak suka kepada Nokia, katanya jenama ini mudah "hang" lalu mereka mula mengintai jenama lain dipasaran dan terus membelinya. Terdetik di hatinya ketika itu, "Alamak, jenama Sony ni, macamana hendak edit text message?, Eh kenapa menu Phonebook digantikan dengan menu Contacs?"

Itu salah satu contoh sekiranya anda bertukar kepada jenama lain. Antara lain, mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru supaya tidak nampak ketinggalan IT kot. Baiklah, seterusnya anda nilaikan diri anda sendiri jika anda mahu mencuba Ubuntu.

Ubuntu tidak sesuai jika anda...

  1. Mengatakan Ubuntu (sumber terbuka) adalah Windows (sumber tertutup).
  2. Seorang pemain tegar permainan komputer yang terdapat pada Windows.
  3. Mahukan bunyi yang sangat hebat seperti Doubly System dan Surrounding.
  4. Sukar berpisah dengan perisian Antivirus dan mengatakan antivirus suatu kemestian.
  5. Hanya bergantung kepada Internet Explorer sahaja dan tidak akan beralih kepada pelayan lain seperti Firefox, Opera, Chrome/Chromium dsb.
  6. Malas mencari benda (pemacu, aplikasi) yang terbuka di internet, suka mencari sesuatu yang tertutup.
  7. Tidak mahu ambil tahu apa-apa kelebihan Distro Linux yang wujud.
  8. Seorang pengaturcara, umpamanya C++, pereka grafik umpamanya AutoCAD.
  9. Tidak boleh berpisah dengan Internet Messenger seperti Yahoo Messenger dan MSN.
  10. Menolak aplikasi/perisian berpusat (Ubuntu Software center) yang ada pada Ubuntu yang menyajikan hampir 3,000 aplikasi bebas, selamat  dan hampir 30,000 aksesori plugin.
10 perkara di atas akan terhapus secara tiba-tiba jika anda menerima sumber terbuka. Bermaksud, anda seiringkan Windows dan Ubuntu, bukannya menolak Windows. 

Saya mahu tambahkan sedikit info apa yang perlu anda tahu iaitu perisian atau aplikasi yang ada pada linux yang sama fungsinya dengan windows. KLIK SINI.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Windows sekarang saya pakai, makin kuat dah. Susah virus nak masuk, tak macam dulu..

deensokmo berkata...

Meskinpun Linux tidak dijangkiti virus Windows, namun saya suka kemaskini Ubuntu selalu demi kebahagian dan ketenangan..

Tidak rugi pengguna Windows mencuba Ubuntu kerana ianya percuma.. dan paling tidak menambahkan Ilmu IT, kan bagus gitu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...