11 Januari 2010

Super OS (ubuntu)

Super OS adalah sistem operasi komputer yang berasaskan linux Ubuntu. Mengapa namanya SUPER? Ini kerana Hacktolive telah mengambil Ubuntu 9.10 (Karmic) dan telah menambah beberapa aplikasi terbaru untuk Ubuntu tersebut.

Ini bermakna, apabila selesai sahaja pemasangan Super OS, "Ubuntu" anda siap dengan aplikasi dan boleh berfungsi sepertimana Ubuntu asal perlu memasangnya. Anda tidak lagi bersusah payah untuk menambah aplikasi-aplikasi tertentu.

Anda mahu muat turun dan ingin mengetahui lebih lanjut klik Hacktolive

Antara aplikasi yang telah sedia ada:
  • Memuatkan 169 update terkini ubuntu 9.10
  • Multimedia: VLC, Rear Player yang mana mampu memainkan terus format mp3, mov, wmv, flv, avi dan kebanyakan flash video Divx, Xvid dan lain-lain.
  • Internet: aMSN, Opera web Browser, Google Chrome, Skype, Fire Fox, dengan Flash dan Moonlight.
  • System tools: Wine, Ubuntu Tweak, File Manager
Versi Super OS ini adalah dalam anggaran saiz 1.1Gb, bermakna perlu di bakar dalam DVD. Atau boleh juga memuatkan dalam Live USB melalui fail ISO yang telah dimuat turun.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...