27 September 2010

Buka Fail Dengan 1 Klik

Buka Fail Dengan 1 Klik - Single Click To Open Item

Sesetengah pengguna suka membuka direktori, fail atau apa sahaja dengan 1 klik. 1 Malaysia 1 klik, 1 Ubuntu untuk 1 rumah..hee.hee.heee.

Mula-mula buka Nautilus Window Manager, kemudian capai ke menu
Edit>Preferences; klik ke Tab Behavior seperti gambar di bawah.

Tandakan pada "Single Click To Open Items" dan Closed. Untuk menjalankan arahan ini, sila buka mana-mana direktori, gambar atau apa sahaja yang ada pada Nautilus.

21 September 2010

Memasang Aplikasi P2P FrostWire

(klik untuk besarkan gambar)

Mungkin anda tercari-cari apakah software P2P yang boleh dipasang pada Ubuntu. Sebenarnya ada beberapa aplikasi yang seumpama perisian tersebut, anda boleh cari di dalam Ubuntu Software Center.

Saya ingin berkongsi Aplikasi FrostWire yang mampu mencari sumber di internet untuk dimuat turun lagu, Video, fail-fail tertentu dan macam-macam lagi. Saya bagi 4 bintang untuk FrostWire. FrostWire dicipta berdasarkan enjin LimeWire.


2 cara mudah memasang FrostWire pada Ubuntu

(A) Melalui Ubuntu Software Center

Buka Aplikasi Ubuntu Software Centre dan taipkan perkataan "frostwire", kemudian klik butang "install".

(B) Muat turun FrostWire.deb

Klik FrostWire.DEB, pilih distro "ubuntu" dan muat turun pakej DEB tersebut. Dwi klik untuk pemasangannya.

Untuk menjalankan aplikasi ini, pergi ke Applications>Internet>FrostWire. Kemudian buat sedikit konfigurasi, setelah siap; anda sudah boleh memuat turun video atau lagu kegemaran anda..

Selamat mencuba..

20 September 2010

Memasang Nautilus Elementary Pada Ubuntu

Nautilus Elementary 2.30

Gambar 1

Keterangan ringkas Gambar 1

1 - Kedudukan Places mengikut kategori.
2 - Ikon 1 klik untuk memaparkan fail-fail (Icon, List dan Compact).
3 - Butang pelarasan saiz kandungan fail dalam Nautilus.

Jika anda mahu Nautilus pada Ubuntu anda kelihatan seperti Gambar 1, sila ikuti langkah pemasangan yang mudah di bawah; buka Terminal, salin dan tampal 3 baris arahan ini:

Ubuntu 10.04

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
nautilus -q #restarts nautilus

Ubuntu 10.10

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
nautilus -q

Manakala Gambar 2 di bawah menunjukkan Locations Bar ada "gaya" sedikit dengan pemasangan tema Nautilus Elementary Breadcrumbs.

Gambar 2

Jika anda suka tema ini, untuk memasangnya amat mudah. Cuma perlu salin dan tampal baris arahan ini pula pada Terminal.

cd #this should take you to your home folder
wget http://gnaag.k2city.eu/nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz
tar -xvf nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz

Kemudian buka Nautilus; pergi ke Edit>Preferences. Klik Tab Tweaks dan tandakan pada "Show like breadcrumbs". Boleh juga tandakan pada "show slider icon" untuk lebih kekemasan.

Akhir sekali jalankan arahan ini pada terminal untuk restart:

nautilus -q

Sekian...

17 September 2010

Newbie: Mengenal Dan Mencuba Ubuntu Pada Komputer

Saya percaya, ada dikalangan mereka terfikir Ubuntu adalah sebuah perisian yang percuma, bukannya Sistem Operasi, malah ada juga yang hari ini baru mendengar UBUNTU. Kenapa, mengapa dan untuk apa saya mencuba Ubuntu. Tentu persoalan ini bermain di kotak fikiran kita setiap kali kawan kita bercerita tentang Ubuntu. Mungkin anda sudah banyak mencari jawapan di internet apa itu Ubuntu. Jadi, saya andaikan anda kini sudah bersedia untuk berkenalan dengan OS ini.

Kenapa saya mesti mencuba Ubuntu
  1. Sudah penat memasang bermacam-macam antivirus pada Windows.
  2. Tiada bajet untuk menaik taraf perkakasan komputer (RAM, Cakera keras, Kad grafik dsb)
  3. Anda ada komputer lama atau komputer kedua yang sudah berhabuk namun masih berfungsi.
  4. Anda sedar membeli perisian cetak rompak, memiliki Windows lesen palsu adalah haram dan suatu kesalahan. Ingatlah, jika OS sudah haram, maka semua jenis kegunaan komputer anda adalah tidak berkat.
  5. Sebagai penyelamat untuk mengambil Data pada Windows jika Windows bermasalah.
Kepada pengguna Windows yang ingin tahu bagaimana boleh mencuba OS Ubuntu pada komputer. Berikut ialah kaedah mencuba Ubuntu tanpa memasangnya pada komputer, jadi tidak perlu risau akan kesan sampingan pada Windows yang sedia ada.

Muat turun dan bakar Ubuntu:
  1. Muat turun Ubuntu.
  2. Bakar imej (ISO) Ubuntu ke CD/DCD atau ke pendrive.
  3. Bakar imej Ubuntu ke CD/DVD mestilah kelajuan perlahan (8x, 4X).
  4. Jika mahu menggunakan Pendrive/Flashdrive sila guna Unetbootin

Menguji Ubuntu:

(A) Menguji Ubuntu melalui WUBI.
  1. Hidupkan Windows seperti biasa dan masukkan LiveCD Ubuntu.
  2. Windows automatik mengesan perisian WUBI.
  3. Buatlah pemasangan Ubuntu tersebut seperti anda memasang perisian-perisian lain pada Windows.
  4. Kaedah WUBI memerlukan sambungan internet. Sebaik sahaja dipasang, semasa komputer dihidupkan, anda boleh memilih samada boot Windows atau Ubuntu Linux.
  5. Sebenarnya menguji cara begini adalah anda sudah memasangnya dan jika ingin membuang Ubuntu; boleh uninstall melalui Add/Remove program.
(B) Menguji Ubuntu Melalui LiveCD/DVD atau LiveUSB
  1. Masukkan LiveCD Ubuntu ke CDROM, manakala Live USB cucuk pada port USB.
  2. Restart komputer anda, semasa start up system, tekan F2 atau F8 atau F9 atau Delete (bergantung kepada BIOS) untuk menu pilihan boot.
  3. Saya andaikan anda memilih CD/DVD ROM, setelah loading, pilih bahasa dan pilih menu "try ubuntu".
  4. Untuk mengakhiri Ubuntu ini, klik butang Shut Down dan keluarkan CD tersebut.

(C) Menguji Ubuntu melalui VirtualBox.
  1. Muat turun VirtualBox untuk Windows dan pasangkan aplikasi ini terlebih dahulu.
  2. Jalankan perisian VirtualBox ini dan Klik butang New.
  3. Sila baca arahan pemasangannya sehingga anda berjaya mencipta Virtual Hardisk.
  4. Setelah selesai klik butang Setting>Storage. Dalam IDE controller (klik icon CD), sila browse imej Ubuntu.ISO dan OK untuk pengesahan keluar.
  5. Klik butang klik butang Start untuk memulakan Ubuntu Live ini.
Meskinpun 3 penerangan di atas tidak terperinci, saya percaya anda boleh melakukannya sehingga berjaya. Namun harus diingat, menguji Ubuntu tidak seperti memasangnya, maksud saya anda hanya boleh menguasai kebebasan Operasi Sistem ini hanya sekadar 80% sahaja. Ini bermakna, jika anda mahu menampakkan "taring" Ubuntu, anda harus memasang Ubuntu secara kekal pada Hardisk...

P/S: Tiada orang terus pandai melainkan dengan langkah pertama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...