Gambar 1
Penting ke Huruf Microsoft ini pada Ubuntu? Errmm, sebenarnya tidak penting jika tidak perlu, namun ianya diperlukan bagi menjamin keaslian jenis tulisan pada dokumen yang ditaip oleh kawan kita (jika mereka menggunakan MS Office). Libre Office dan Open Office pada Ubuntu akan automatik mengesan jenis huruf pada dokumen MS Office (2003/2007/2010), jika tiada; maka sistem TrueType Font pada Ubuntu akan menggantikan jenis tulisan yang paling hampir dan sesuai.
Sebahagian jenis font MS Office
Andale Mono
Arial Black
Arial (Bold, Italic, Bold Italic)
Comic Sans MS (Bold)
Courier New (Bold, Italic, Bold Italic)
Georgia (Bold, Italic, Bold Italic)
Impact
Times New Roman (Bold, Italic, Bold Italic)
Trebuchet (Bold, Italic, Bold Italic)
Verdana (Bold, Italic, Bold Italic)
Webdings
Jadi untuk mengelak kepincangan jenis huruf ini, adalah lebih baik memasang Microsoft Truetype Font pada Ubuntu. Caranya mudah sahaja, buka aplikasi Terminal dan salin-tampal arahan ini:
sudo apt-get install msttcorefonts
Semasa pemasangannya, akan muncul jendela seperti gambar 2 (configuring ttf-mscorefonts-installer), tekan kekunci Tab untuk mengalihkan ke butang arahan "OK
Gambar 2
Seterusnya, akan muncul jendela pengesahan lesen EULA seperti gambar 3 dan tekan kekunci Tab atau kekunci anak panah kiri/kanan untuk mengalihkan kursor ke "Yes". Kemudian tunggulah sehingga semuanya selesai.
Gambar 3
Ada kemungkinan perlu logout dan login semula Ubuntu anda untuk mengaktifkan Font ini.
Nota:
Jika anda telah memasang Wine 1.3 dan memasang MS Office melalui PlayOnLinux tidak perlu mengikuti tutorial ini kerana PlayOnLinux akan memuat turun dan memasang Microsoft Font secara automatik.
2 ulasan:
thanks bro info berguna.sori lari tajuk.
kenape aku punye animation dalam compiz config settings manager tu x de menu cam orang lain..cthnye bile aku tkan animation die jadi kosong je,..x de ape2?? camane aku nak setkan effect burn or crash pabila tutup tetingkap.
Cmane Compiz setting tu tak ada memu.. mesti ada.. ginilah aku nak terang dalam teks susah ar.. nak custom compiz mopis ni.. he3.. cara terbaik dengan lihat kat Youtube.. ada banyak tutorial Compiz untuk Ubuntu di sana.. maaf klau aku tak leh nak bantu kat sini..
Catat Ulasan