Inkscape Screen Shot
Inkscape adalah aplikasi untuk menyunting gambar, menghasilkan ilustrasi grafik, mencipta logo, mereka ikon dan pelbagai lagi untuk seorang yang bergelar Pereka Grafik (graphic designer).
Saya amat berminat kerja-kerja seni sebegini, namun masa tidak mengizinkan untuk saya mengodek aplikasi yang boleh dikatakan mirip kepada Adobe Ilustrator ini. Selain Inkscape, anda pengguna Ubuntu juga boleh mencuba Xara Xtreme yang mana Xara tidak kurang hebatnya berbanding Inkscape.
Memasang Inkscape pada Ubuntu 10.04, 10.10 dan 11.04:
Buka aplikasi Ubuntu Software Center, dan taipkan perkataan Inkscape di mana anda hanya perlu klik pada butang Install. Ubuntu 10.04 dan 10.10 boleh mengakses aplikasi grafik ini melalui Application > Graphic > Inkscape manakala Ubuntu 11.04 hanya taip Inkscape di dalam kotak menu pencarian.
Saya rasa dengan bantuan dan sokongan oleh pembangunnya dengan menyediakan online tutorial, tidak mustahil anda mampu menghasilkan karya yang mengagumkan. Berikut ialah laman pautan yang boleh membantu menyelami tentang penggunaan Inkscape:
http://inkscape.org/ - laman rasmi pembangun
http://inkscapetutorials.wordpress.com/ - laman tutorial InkscapeSaya amat berminat kerja-kerja seni sebegini, namun masa tidak mengizinkan untuk saya mengodek aplikasi yang boleh dikatakan mirip kepada Adobe Ilustrator ini. Selain Inkscape, anda pengguna Ubuntu juga boleh mencuba Xara Xtreme yang mana Xara tidak kurang hebatnya berbanding Inkscape.
Memasang Inkscape pada Ubuntu 10.04, 10.10 dan 11.04:
Buka aplikasi Ubuntu Software Center, dan taipkan perkataan Inkscape di mana anda hanya perlu klik pada butang Install. Ubuntu 10.04 dan 10.10 boleh mengakses aplikasi grafik ini melalui Application > Graphic > Inkscape manakala Ubuntu 11.04 hanya taip Inkscape di dalam kotak menu pencarian.
Saya rasa dengan bantuan dan sokongan oleh pembangunnya dengan menyediakan online tutorial, tidak mustahil anda mampu menghasilkan karya yang mengagumkan. Berikut ialah laman pautan yang boleh membantu menyelami tentang penggunaan Inkscape:
http://inkscape.org/ - laman rasmi pembangun
http://screencasters.heathenx.org/ - tutorial video online
Selamat mencuba, Sekian.
2 ulasan:
Din. kalau software dalam bentuk .gz atau rpm, macam mana boleh ke tukar ke bentuk deb?
aplikasi atau software dalam bentuk .gz adalah yg dikompres supaya saisnya lebih kecil, uncompress sahaja fail tersebut. rpm ialah untuk opensuse dan bolej juga untuk fedora.. kalau untuk ubuntu kena convert terlebih dahulu menggunakan a0plikasi alias.. harus periksa terlebih dahulu rpm tersebut adakah ianya boleh digunakan pada debian/ubuntu jika telah ditukar ke deb.. rujuk mana2 forum
Catat Ulasan