23 Jun 2010

Memasang Kamus Pada Ubuntu


Meskinpun dalam Ubuntu tidak banyak pilihan untuk memasang kamus, namun saya percaya setidak-tidaknya kamus ini amat membantu. Oleh kerana belum wujud lagi (tidak pasti) kamus Malaysia-English_Malaysia, jadi tutorial kamus ini menggunakan terjemahan bahasa Indonesia. Hampir 80% terjemahan dapat difahami.

StarDict

Kamus ini amat popular dikalangan pengguna linux amnya, ianya boleh digunakan semasa Online dan Offline.


Cara Pemasangan StarDic
(Pemasangan ini dilakukan pada Ubuntu 10.04, bagaimanapun anda boleh mencuba pada Ubuntu versi ke atas)

Mulakan dengan Applications>Ubuntu Software Center. Kemudian taipkan "StarDict", lakukan pemasangannya sehingga selesai.

Seterusnya, pergi ke halaman ini DISINI dan muat turun 2 fail seperti di bawah:

stardict-quick_eng-ind-2.4.2.tar.bz2
stardict-quick_ind-eng-2.4.2.tar.bz2

Sila Extract ke folder Home anda, lakukan satu persatu 2 fail yang di muat turun tadi.

Buka terminal dan masukkan 2 arahan ini untuk dipindahkan ke /share/usr/startdict

sudo mv stardict-quick_eng-ind-2.4.2 /usr/share/stardict/dic
sudo mv stardict-quick_ind-eng-2.4.2 /usr/share/stardict/dic

Tutup terminal dan jalankan StarDict melalui: Applications>Accessories>StartDict

sekarang anda boleh cuba "main-main" kamus ini... Sekian.

05 Jun 2010

GAZA


"KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada lebih 9 orang dan lebih dari 30 orang lagi cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal."
Sudah tentu peristiwa di atas amat dikesali oleh seluruh dunia yang ciptakan keamanan. Keperitan sekatan ekonomi ke atas GAZA sejak 3 tahun lepas cukup tersiksa untuk ditanggung oleh rakyat Palestin.

Siapalah kita untuk membicarakan berita serangan oleh Zionis? Namun, setidak-tidaknya kita mampu berbuat sesuatu umpamanya Boikot semua barangan Israel!!!

Perkataan GAZA mengingatkan saya kepada salah satu Operating System iaitu Sabily linux yang mana menggunakan asas Ubuntu 9.10 yang dipanggil GAZA.. GAZA dicipta khas untuk pengguna Islam, malah digalakkan juga untuk Non-muslim. Saya pernah mencuba perisian Sabily ini, dan tidak jauh bezanya dengan Ubuntu. Anda boleh layari Sabily DI SINI.

Malah anda juga boleh memasang tema Sabily ke Ubuntu anda mengikut tutorial DI SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...