25 November 2009

Ubuntu sebagai sebuah sistem operasi PERCUMA



Kebanyakkan pengguna komputer mengenali komputer melalui perantaraan Windows sebagai sistem operasi. Windows merupakan sistem operasi yang dihasilkan oleh syarikat Microsoft yang mengenakan bayaran kepada setiap pengguna komputer untuk menggunakannya. Versi terbaru Windows Vista contohnya berharga lebih kurang RM600 untuk sekeping DVD edisi Home Premiumnya. Kerana itulah setiap komputer baru yang kita beli dikenakan harga yang tinggi kerana kita bukan sahaja membayar untuk harga komputer itu sahaja tetapi juga harga bagi sistem operasi Windows didalamnya.

Mengapa perlu membayar mahal untuk sistem operasi berbayar jika mempunyai altenatif menggunakan sistem operasi percuma? Ubuntu itu sendiri percuma dan disertakan dengan ribuan perisian percuma lain yang menjadi altenatif terbaik untuk perisian berbayar yang sedia ada. Ribuan ringgit boleh dijimatkan hanya dengan keberanian seseorang mencuba Ubuntu untuk mengantikan Windows. Ubuntu adalah sistem operasi yang ideal untuk persendirian ,organisasi dan perniagaan kecil kerana kita tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal untuk membayar lebih kepada harga sistem operasi!

petikan daripada EMAJ 1, m/s 4

22 November 2009

MSN for ubuntu? Yes for Amsn

Sudah semestinya ubuntu tidak akan menggunakan produk daripada Microsoft. Jika ada sudah biasa menggunakan MSN semasa menggunakan Windows dahulu, kini ada cara untuk anda memasang Amsn. Amsn boleh juga untuk video chat selain menghantar lampiran dokumen.

Ikuti langkah pemasangan di bawah:

Mula-mula buka Repo melalui terminal:

sudo gedit /etc/apt/sources.list

dan tambah:

untuk ubuntu jaunty (9.04)

deb http://ppa.launchpad.net/amsn-daily/ppa/ubuntu jaunty main
deb-src http://ppa.launchpad.net/amsn-daily/ppa/ubuntu jaunty main


kemudian kemaskini repositori anda

sudo apt-get update

Jika anda ada masalah dengan key error rujuk di sini

Sekarang anda boleh pasang Amsn, update, skin, extra-plugin

sudo apt-get install amsn amsn-extra-skins amsn-extra-plugins

Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...