Berikut adalah ciri-ciri yang ditawarkan:
- Kemampuan mencari hampir semua data yang dilog oleh enjin Zeitgeist.
- Restart, Log out, Hibernate, dan Turn Off komputer.
- Mencari definisi perkataan (Dictionary)
- Mencari dan melancarkan aplikasi, dokumen, fail dan sebagainya.
Memasang Synapse pada Ubuntu 10.04/10.10/11.04
Buka Terminal, salin dan tampal baris perintah di bawah:
sudo add-apt-repository ppa:synapse-core/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install synapse
Manakala berikutnya pula adalah pemasangan tambahan iaitu Zeistgeist Data Providers. (saya tidak memasangnya kerana menjadikan Synapse sekadar pelancar aplikasi sahaja, terpulang kepada anda untuk memasangnya).
sudo add-apt-repository ppa:zeitgeist/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install zeitgeist-fts-extension zeitgeist-datasource-bzr zeitgeist-datasource-emacs zeitgeist-datasource-eog zeitgeist-datasource-geany zeitgeist-datasource-gedit zeitgeist-datasource-rhythmbox zeitgeist-datasource-totem zeitgeist-datasource-vim
Jalankan Synapse, Ubuntu 11.04 taipkan synapse pada "Dash", manakala gnome klasik Applications > Accessories > Synapse
Jika anda ingin membuat beberapa ketetapan, hanya klik pada Preferences seperti Startup on login, Show notifications icon dan lain-lain. Lihat gambar Preferences di bawah.
Hanya tekan kekunci Ctrl+Space, segalanya akan di hujung jari anda. Sekian.
2 ulasan:
Saya telah mencubanya. Hasilnya berjaya. Terima kasih diatas perkongsian pengetahuan ini.
Sama-sama kembali.. berkongsi sesuatu yang kita tahu adalah perkara sangat dituntut.. saya juga megalu-alukan perkongsian saudara pembaca kepada pembaca yg lain..
Catat Ulasan