Memaparkan catatan dengan label Virus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Virus. Papar semua catatan

02 Ogos 2011

Perlukah Ubuntu Kepada Antivirus?

Menjawab kepada tajuk ini, terdapat 2 jawapan samada perlu atau tidak  untuk Ubuntu dipasang antivirus.
Dalam artikel kali ini akan saya jelaskan secara sepintas lalu berhubung keperluan ini.

Hampir 3 tahun saya menggunakan Ubuntu ada komputer yang saya pasang antivirus dan ada yang tidak dipasang antivirus. Secara dasarnya, sepanjang tempoh 3 tahun yang telah berlalu, saya sudah tidak ambil peduli lagi pasal virus. Dari mana ianya datang, daripada siapa, untuk apa antivirus dan boleh dikatakan langsung tidak mahu tahu lagi pasal virus-virus ini.

Sesuatu ketenangan dapat saya rasakan sejak menggunakan OS Ubuntu ini. Tidak saya nafikan, Windows masih lagi menjadi Sistem Operasi kedua saya kerana sebab-sebab kerja di pejabat. Ketenangan tanpa gangguan virus inilah yang mejadi penyebab utama saya menghasilkan Blog berkaitan Ubuntu. Meskin pun blog saya mempunyai jumlah pengujung yang boleh dibilang jari, namun itu bukan halangan saya. Dengan penuh ikhlas, tanpa rasa dipaksa, saya akan terus menaip walaupun ilmu Ubuntu saya tidak terkehadapan seperti orang lain. Setidak-tidaknya sumbangan saya yang sekecil ini dapat membuka minda bahawa kita ada pilihan untuk menggunakan Sistem Operasi selain daripada Windows.

Berbalik kepada tajuk entri, berikut adalah alasan kenapa Ubuntu perlukan kepada Antivirus:
  1. Mengimbas pemacu OS Windows pada PC.
  2. Mengimbas rangkaian data Windows-based di dalam pelayan mahupun cakera keras.
  3. Mengimbas mesin yang dikuasai Windows dalam rangkaian yang sama.
  4. Mengimbas data yang mahu dihantar kepada rakan yang menggunakan mesin Windows.
  5. Mengimbas e-mail sebelum di hantar semula kepada rakan yang menggunakan Windows.
  6. Sesetengah Virus Windows boleh mengaktifkan dirinya di dalam sistem WINE.
  7. Teori kemungkinan Virus Linux boleh merebak dalam sistem Ubuntu.
Manakala Ubuntu tidak perlukan sebarang antivirus jika anda tidak kisah kepada 7 perkara yang saya nyatakan di atas. Nasihat saya jika anda pengguna Ubuntu, janganlah mempunyai kepentingan diri sendiri atau dengan sengaja tanpa memikirkan nasib rakan kita yang menggunakan Windows. Walaupun mereka membeli perisian tulen Antivirus, ini tidak bermakna anda boleh abaikan tanggunjawab anda untuk menjaga kententeraman mereka.

Seterusnya, apakah jenama antivirus Windows yang serasi dengan Linux Ubuntu? Percuma atau berbayar? Kalau sudah kena bayar, baik jangan guna Ubuntu betul tak?

Baiklah, di bawah saya senaraikan Antivirus yang boleh dipasang pada Ubuntu:

Antivirus Sumber Terbuka
  1. ClamAV Antivirus
  2. ClamTK - GUI untuk Gnome
  3. KlamAV - untuk KDE desktop
Versi percuma proprietari Antivirus
  1. Avast! Linux Home Editions - Maklumat lanjut tentang Avast! di Wikipedia dan cara pemasangan Avast disediakan oleh UbuntuGeek. Product key Avast! tidak boleh dipakai melainkan hubungi syarikat terbabit dan tunggu pengesahan daripada mereka.
  2. AVG Antivirus - AVG sangat popular dikalangan Windows. Seperti pengeluar antivirus yang lain, ianya dapat bekerja dengan baik bila mengesan fail tercemar, namun tidak mampu membuang kesan jahat ini dan tidak dipindahkan ke direktori kurantin. Di sini terdapat maklumat lanjut AVG untuk Ubuntu.
  3. Avira Antivirus - Memerlukan Java supaya dapat menggunakan GUI.
  4. BitDefender Antivirus - Limited Time Trial, maklumat lanjut boleh diakses pada dokumentasi oleh komunitinya.
  5. Panda Antivirus - saya rasa perisian ini sudah tidak dikemas kini lagi, namun terdapat ciri-ciri hebat yang mungkin boleh membantu anda untuk mengengkang kehadiran Virus Windows.
  6. F-PROT Antivirus for Workstations (home users) - Percuma untuk persendirian. Boleh dipasang GUI, namun ramai yang mengatakan terdapat banyak kerja-kerja manual untuk memasangnya seperti XFProt.
  7. Lagi senarai Antivirus untuk Linux di dalam Wiki List.

Ringkasan kenapa Ubuntu Linux jarang atau tidak terdedah kepada Virus.

  • Sistem Linux berjalan dalam mod pengguna biasa, bukan pengurus tadbir (Root atau administrator)
  • Terdapat banyak sistem pemerhati, tiada tempat untuk Virus atau Malware bersembunyi.
  • Semua aplikasi dan pemacu dalam Ubuntu dikemas kini oleh Synaptic Package Manager yang 100% selamat.
  • Software dipasang melalui Repositori dan bukan datang daripada laman internet yang tidak dikenali.
  • Elegan, kod keselamatan dikuasai oleh Admin, bukan pengguna biasa.
  • Kebebasan yang jitu terletak pada pengguna samada mahu pasang dan jalankan sesuatu perisian atau tidak. Bila dipadamkan sesetengah aplikasi, ke semua pakej yang berkaitan turut dinyah daripada sistem.
  • Tiada syarikat atau individu mendapat keuntungan daripada perisian antivirus.
  • Dan lain-lain yang tidak terlintas pada fikiran saya buat masa sekarang.
Kesimpulannya, anda mesti pasang Antivirus demi untuk  rakan anda yang menggunakan Windows dan anda sebagai pengguna Ubuntu rajinlah kemas kini demi keamanan semua pihak.

Pesanan: Taip perkataan virus di dalam enjin carian dalam blog ini untuk melihat entri berkaitan.

Sekian...

30 Julai 2010

Ciri-ciri Komputer Yang Terkena Jangkitan Virus.

Berikut salah satu simpton komputer Windows sudah "Demam" :

Sebenarnya tajuk "Ciri-ciri Komputer Yang Terkena Jangkitan Virus" tidak tepat. Sebetulnya begini "Ciri-ciri Windows Yang Dijangkiti Virus"

1. Komputer Anda berjalan lebih lambat dari biasanya.
2. Menu Run, Search disembunyikan oleh virus.
3. CTRL+ALT+DEL tidak boleh digunakan.
4. Regedit dan MSCONFIG di disabled
5. Folder asli pada komputer anda disembunyikan dan diganti dengan file virus.
6. Menu Tools -> Folder Options di Windows EXplorer hilang.
7. Komputer sering berhenti atau tidak merespon.
8. Komputer tiba-tiba restart atau crash dan ini terjadi beberapa minit sekali.
9. Aplikasi komputer tidak berjalan dengan baik dan sering error.
10. Muncul File dengan Icon Folder tetapi mempunyai file type .exe
11. Hardisk atau disk drive tidak boleh diakses.
12. Aktiviti print tidak bekerja dengan sempurna.
13. Sering terjadi pesan error yang aneh.
14. Sering terlihat menu atau dialog box yang rosak.
15. Terdapat Duplikasi nama folder di dalam folder tersebut.
16. Komputer selalu mengeluarkan pesan dari mana virus ini berasal.

Jika komputer anda mengalami salah satu ciri-ciri di atas, ada kemungkinan komputer anda terkena virus, segera update antivirus anda dan scan komputer anda untuk membersihkan virus tersebut.

ATAU

Sudah tiba masanya untuk anda beralih kepada
UBUNTU!
yang sememangnya percuma..

09 April 2010

Nyamannya Perbankan Internet Melalui Ubuntu

Saya tidak tahu bagaimana mahu membuat tajuk artikel ini. Ahh nyamannya!! Hari ini, perbankan melalui internet sudah kemestian, jimat masa dan kos. Tahukah anda, pengguna "jendela" amat terdedah dengan Virus Clampi Trojan dan SilentBanker yang mana beribu-ribu komputer telah dijangkiti oleh Clampi Trojan. Penjahat maya ini mencuri 1 sen sahaja daripada anda!! (pengguna jendela). Adakah anda kisah? Mungkin tidak bagi anda, mereka telah mencuri 1 sen x 10 juta online banking setiap hari.. Ohh sangat kaya tuh.. titik.


Sedikit info Clampi Trojan DI SINI. Manakala SilentBanker klik SINI. Saya tidak arif mengenai 2 jenis virus ini bagaimana ia mencuri maklumat username dan password setelah anda logout. Mungkin virus ini bersembunyi dalam cookies. Iya! padamkan semua serpihan dalam cookies, betulkah ini selamat? Saya tinggalkan persoalan ini memandangkan saya pun tidak tahu menjawabnya melainkan anda memasang perisian "kebal" yang berbayar. Dalam jendela mungkin boleh juga Run kan "CCleaner".. untuk menghapus jejak dalam cookies. Kawan! Tahukah anda hardisk yang baru lepas format pun boleh dapatkan semula data melalui "Recovery Application"? Inikan pula Application tambahan..Ahh pening-pening aku..

Saya tidak kisah selagi anda kata "Eh okey jer aku pakai Jendela, dah berpuluh-puluh kali aku login dan logout, tak der apa-apa pun?" Saya tidak kata Jendela tidak selamat apabila perbankan internet, cuma nasihat saya berhati-hati. Saya juga bertanya pada diri sendiri, "selamatkah saya pakai ubuntu ni semasa perbankan internet?. Jawapannya adalah SELAMAT. Inilah dikatakan NYAMAN!! ada bukti? Saya tidak reti untuk membuktikan kenyataan ini yang sememangnya sudah terbukti sebab saya membaca di internet sahaja. Okay lah, artikel ini nampaknya sudah merapu-rapu..

Apa yang saya buat: Apabila saya mahu guna Maybank2u dan CIMBclicks saya akan guna fire fox web browser dalam Ubuntu, selepas selesai, saya hanya Klik pada menu History>Show All History>Today dan delete page perbankan Online. itu sahaja. Jangan cari Cookies dalam Ubuntu, memang takkan jumpa. Namun ianya di simpan di sini:

/home/NamaAnda/.mozilla/firefox/NamaProfil/Cache.

Hah, delete jer kalau ada pelik-pelik di sini.

Tak jumpa .mozilla?? Pergi ke menu Places, nama Home anda dan tekan kekunci Ctrl+H. lepas tu jangan lupa tekan Ctrl+H sekali lagi untuk menyembunyikannya semula.

Dalam pautan SilentBanker di atas, dia menyarankan pakai Ubuntu Live CD, sudah semestinya SELAMAT sebab sudah bypass cakera keras...

Artikel ini bukan bertujuan menunding jari kepada sesiapa, cuma nak bagitau NYAMANYA perbankan internet melalui Ubuntu..

02 Mac 2010

Buang Virus Dalam Windows Dan Pendrive Menggunakan Ubuntu

Ada baiknya juga saya mengetengahkan tajuk ini atas sifat tolong menolong. Seperti yang kita ketahui Win XP, Vista amat mudah terkena virus. Setakat yang saya baca, Win 7 mempunyai keselamatan yang amat tinggi berbanding 2 OS yang saya sebut tadi. Win 7 yang saya dengar daripada kawan saya tidak mudah untuk virus membiak kerana Microsoft sudah membuat perubahan-perubahan besar dari segi keselamatan, selain ditambah ciri-ciri grafik yang menawan, aplikasi yang diperbaharui dan macam-macam lagi. Itulah kelebihan Win 7.

Kalau anda sekarang pakai Win 7, "acu cuba try test" jangan install sebarang antivirus, anti mallware, antipopup atau sebagainya yang seangkatan dengannya, pakailah Win 7 tersebut macam biasa... tengok dan uji kekebalannya..pastu pergi ke website #%&$*^(*) atau berkongsi fail dengan rakan yang anda sudah tahu pendrivenya ada virus..Errmmm .. saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini...

Baiklah, sebelum saya sentuh kepada tajuk; apa yang saya tahu setakat hari ini 99% tiada syarikat antivirus yang mahu menghasilkan dan memasarkan produknya kepada pengguna Ubuntu Linux atau pengguna OS linux secara amnya. Saya tinggalkan anda dengan soalan ini dan anda carilah sendiri.!!

Rasanya cukup saya buat 3 perenggan karangan di atas, kita berbalik kepada tajuk. Scan dengan antivirus terlebih dahulu seluruh komputer anda, ada sesetengah antivirus percuma akan memaparkan rekod di mana virus berada di dalam folder dan subfolder. Sila print atau tulis kedudukan lokasinya. Biasanya antivirus berbayar tidak perlu buat perkara di bawah yang mana boleh dibuang terus virus tersebut atau kuarantin.

  1. Mula-mula dapatkan LiveCD Ubuntu. Jika belum ada, boleh muaturun daripada laman rasmi Ubuntu. Kemudian bakar image ISO Ubuntu tersebut ke CD/DVD. Atau anda boleh juga hasilkan ubuntu Live USB menggunakan UNetbootin.
  2. Saya andaikan anda mempunyai Ubuntu LiveCD. Semasa anda hidupkan komputer, sila boot option ke CD/DVD room untuk boot daripada CD. Ada sesetengah komputer tekan ESC, Del, F2, F9 dan sebagainya (ikut bios dan brand komputer) untuk jalankan option BIOS ini.
  3. Tunggu sehingga loading selesai ubuntu tersebut, di mana anda sudah boleh mula mengunakan komputer seperti biasa. Boleh cuba beberapa aplikasi yang disertakan untuk pengguna Windows.
  4. Menu Ubuntu terletak atas sebelah kiri. Klik Places>Computer. Anda mungkin akan nampak saiz hardisk, CD/DVD Drive, File System dan juga Floppy Drive.
  5. Seterusnya klik Dwi klik pada hardisk tersebut, anda boleh selongkar semua folder yang ada dalam sistem Windows.. Virus apa yang perlu dibuang, jangan tanya saya. Sepatutnya anda pengguna Windows sudah tahu yang mana betul-betul komponen Windows dan yang mana bukan komponennya serta beberapa aplikasi lain.
  6. Contoh mudah: merujuk kepada rekod/log yang anda print mula-mula tadi, pergi ke partition di mana Windows dipasang, anda akan nampak fail dan komponen yang tidak pernah kelihatan semasa anda ON Windows. Contohnya terdapat 1 folder Program Files dan 1 lagi Program Files.exe serta autorun.inf. Kenal pasti .exe dan autorun ini. Jika rasa itu bukan fail anda tekan sahaja kekunci "delete". Hati-hati buat, silap haribulan itu adalah program game flash yang juga menggunakan format .exe. Carilah virus/mallware ikut kepada kertas yang anda print tersebut tadi.
  7. Untuk membuang virus dalam pendrive lebih senang, cucuk pendrive dan buka folder pendrive anda. Caranya sama seperti langkah no 6 dan langkah no 7.

Kalau rasa susah sangat, cuba-cubalah mengintai dan belajar ubuntu LiveCD tanpa perlu memasangnya. Biasakan diri dengan OS linux ini. Semoga artikel kali ini memberi sedikit sebanyak kemudahan Ubuntu kepada pengguna Windows.

Sekian, terima kasih kerana sudi "membuang masa" membaca blog saya ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...