Memaparkan catatan dengan label Pencetak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencetak. Papar semua catatan

24 Oktober 2011

Mencetak Dokumen MS Word 07 Ke PDF Melalui Ubuntu

Mereka yang menggunakan Libre Office atau Open Office tiada masalah untuk mencetak dokumen tertentu ke format PDF, hanya tekan butang PDF semua dokumen daripada .odt akan bertukar kepada .pdf. Tapi bagaimana pula seseorang itu yang memasang Micsrosoft Office pada Ubuntu melalui Wine ingin menukar dokumen itu ke format PDF? Pemasangan CutePDF tidak berhasil melalui Wine dan banyak lagi aplikasi kecil "print to PDF" yang dipasang ke dalam wine juga gagal bekerja sebagai virtual pdf printer. Sebenar jika mereka pakar sistem Unix dan wine boleh sahaja membuat beberapa konfigurasi untuk membenarkan satu-satu aplikasi berfungsi dengan baik dalam Wine. Tetapi saya bukanlah golongan orang yang demikian. Oleh kerana itu,  saya mengambil jalan mudah iaitu dengan memasang cups-pdf.

CUPS-PDF
CUPS-PDF menyediakan PDF Writer backend kepada CUPS. Ini bolehlah digunakan sebagai satu pencetak maya dalam satu rangkaian dokumen tanpa kertas atau boleh juga membuat persembahan ujian pada CUPS. (Sistem Pencetak Linux)

Pemasangan CUPS-PDF
Jalankan Ubuntu Software Center dan taipkan cups-pdf, tekan butang Install untuk mula memasang.

Membuat semakan pencetak.
Jalankan aplikasi Printing, sila periksa adakah wujud pencetak PDF di situ. Jika tiada sila Add > Printer > generic CUPS printer. Ada kemungkinan anda perlu Logout dan login semula Ubuntu anda untuk restart sistem CUPS. Apabila berjaya, sepatutnya seperti gambar 1 di bawah.

Gambar 1

Mari kita uji pencetak maya PDF ini melalui Microsoft Word 2007 (dalam Wine). Buka mana-mana dokumen sedia ada .docx atau .doc atau buat 1 dokumen baru melalui MS Office Word 07. Contohnya gambar 2 di bawah.

 Gambar 2

Kemudian tekan papan kekunci Ctrl+P, jendela Print akan muncul dan sila pilih nama pencetak iaitu PDF dan klik OK untuk menukarkan dokumen tersebut ke format pdf. Rujuk gambar 3.

Gambar 3

Sebaik sahaja klik OK, di mana dokumen.pdf ini berada? Semua dokumen akan di tempatkan direktori Home anda contonhya: deensokmo/PDF/ < nama dokumen pdf >.

Sekian..

07 Oktober 2010

Memasang Pemacu Printer Dan Scanner Jenama BROTHER Pada Ubuntu

Perhatian! ini adalah panduan ringkas dan jangan ikut bulat-bulat...printer yang ditunjukkan di sini mungkin tidak sama untuk setiap orang.. Jika perlu sila baca artikel pencetak Brother - Ubuntu

(A) Memasang Pemacu Pencetak Brothers

Sebelum memuat turun pemacu, sepatutnya anda sudah tahu model pencetak contohnya DCP-145C. Model ini memiliki fungsi pencetak dan pengimbas (all in one)

Langkah 1 - mencari pemacu
Kunjungi laman pembangunnya Brother Solutions Center untuk Linux

Langkah 2 - muat turun pemacu pencetak
Muat turun 2 (dua) pemacu pencetak Brother, pilih deb format berdasarkan model pencetak anda:
- LPR Driver dan;
- cupswrapper driver

Langkah 3 - pasang pemacu pencetak
Sambungkan pencetak ke komputer dan dwi klik untuk pemasangannya. Jika pemasangan melalui terminal ikut format baris perintah di bawah:

Pasang LPR
sudo dpkg -i --force-all (lpr-drivername)
contohnya sudo dpkg -i --force-all dcp145clpr-1.1.2-2.i386.deb

Pasang cupswrapper
sudo dpkg -i --force-all (cupswrapper-drivername)
contohnya sudo dpkg -i --force-all dcp145ccupswrapper-1.1.2-2.i386.deb

Langkah 4 - Menguji pencentak
Sekarang pergi ke menu System>Administration>Printing dan buat sedikit konfigurasi penambahan pencetak dengan menekan butang "Add" jika perinter model printer ini tidak muncul. Sila ikut arahan pada skrin sehingga selesai, dan sepatutnya pencetak sudah boleh berfungsi.

(B) Memasang Pemacu Pengimbas (Scanner) Brother

Langkah 1 - mencari pemacu pengimbas
Kunjungi laman pembangunnya Brother Solutions Center untuk Linux

Langkah 2 - muat turun
Muat turun 2 (dua) pemacu pengimbas Brother, pilih deb format berdasarkan model pengimbas anda samada:
- brscan driver 32bit atau 64bit (brscan model, brscan2 model atau brscan3 model) dan;
- scan-key-tool driver 32bit atau 64bit

Langkah 3 - pasang pemacu
Dwi klik 2 (dua) pemacu tersebut untuk pemasangannya.

Langkah 4 - Mengubah penetapan pengimbas (Ubuntu 9.10, 10.04)
1. Tekan Alt+F2, taipkan gksu nautilus dan tekan run, masukan password untuk edit sebagai root. Jejak secara manual filesystem>lib>udev>rules.d>40-libsane.rules

2. Buka fail 40-libsane.rules; skrul paling bawah sekali masukan 2 ayat ini dan simpan (save).

# Brother scanners
ATTRS{idVendor}=="04f9", ENV{libsane_matched}="yes"

3. Restart komputer.

Langkah 5 - Menguji pengimbas
Mungkin anda perlu membaca artikel pengimbas ini.

Sekarang jalankan mana-mana aplikasi Simple Scanner, Xsane atau GIMP. Paling mudah bagi saya ialah guna Simple Scanner (pada Ubuntu 10.04).

Tambahan:

Anda boleh memeriksa ke semua 4 pemacu yang telah di pasang tadi untuk pengesahan atau semakan. Buka Terminal dan masukan baris arahan ini.

dpkg -l | grep Brother

Saya harap panduan am pemasangan pemacu pencetak dan pemacu pengimbas ini dapat membantu anda.

07 Februari 2010

Memasang Pelbagai Pemacu Pencetak HP Dan lain-lain

Bukan semua driver Ubuntu mampu mengesan jenis dan model printer yang dihubungkannya. Tetapi lebih baru versi kernel, bermakna lebih peluang untuk semua perkakasan dikenali oleh Ubuntu.

Contoh yang saya alami, saya telah membeli sebuah mesin pencetak HP Deskjet F4208 (print, scan, copy) di mana sebaik sahaja saya sambungkan ke komputer yang dipasang Ubuntu 9.10 dapat dikesan secara automatik. Saya hanya tunggu proses muaturun dan pemasangan pemacu tersebut selesai. Selepas itu, saya sudah boleh menggunakannya untuk melaksanakan Scan dan Print.

Baiklah, bagaimana pula printer HP yang Ubuntu tidak dapat memasang pemacu pencetak ini dengan sempurna? Adakah anda menyesal membelinya tanpa melihat speksifikasi pencetak tersebut menyokong OS linux?
Anda tidak perlu risau, di sini saya terjumpa laman yang dibangunkan oleh kumpulan HP Linux untuk membantu pembeli pencetak HP bagi memasang pemacu dengan membuat beberapa konfigurasi antaranya muaturun, pasang pemacu dan menguji pencetak tersebut. Yang mana mereka menyediakan hampir 2,000 pemacu untuk pencetak berjenama HP. Layari laman ini

HP Linux Imaging and Printing

Sebaik sahaja masuk ke laman di atas, pilih download dan buatlah pilihan mengikut kategori pencetak anda. Pilih biar tepat dengan jenis dan model pencetak anda,. Sekiranya model pencetak anda tidak tersenarai, ambil model yang paling hampir. Contoh: jika F4280 tiada; anda boleh pilih F4200.

Tapi saya belum dapat mencuba keberkesanan pemasangan pemacu pencetak HP melalui laman yang saya berikan ini. Harap membantu.

Selain itu, sila rujuk pencetak lain-lain DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...