Memaparkan catatan dengan label themes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label themes. Papar semua catatan

12 Mac 2011

Memasang Tema Mesej Pada IM Empathy

Empathy adalah sebuah aplikasi Internet Messenger yang menyokong pelbagai saluran IM seperti Facebook Chat, Google Talk, YM, MSN, Jabber, AIM, ICQ, MySpace dan lain-lain. Jika menggunakan Ubuntu 10.04 ke atas, Empathy didatangkan sebagai aplikasi lalai yang mana versi sebelum ini menggunakan Pidgin.

Tutorial ini adalah permintaan daripada PaklahSyok, mari kita mula:






Terdapat banyak lagi tema untuk Empathy DISINI.

Tempatkan tema yang dimuat turun tadi ke Desktop, contohnya adium_matte_5_3631_4987.zip

Klik kanan padanya dan Extract here. Akan muncul direktori adium_matte_5_3631_4987. Lalu buka direktori ini dan cut and paste direktori Adium Matte.AdiumMessageStyle ke Desktop semula.

Rename Adium Matte.AdiumMessageStyle iaitu buang JARAK antara Adium dan Matte supaya jadi begini AdiumMatte.AdiumMessageStyle. (buang jarak ini jika nama tema tersebut tidak bercantum)

Sekarang buka Aplikasi Terminal dan masukkan perintah ini:

cd Desktop
sudo mv AdiumMatte.AdiumMessageStyle /usr/share/adium/message-styles/

Setelah itu, buka aplikasi Empathy > Preferences dan buat tetapan pemilihan Theme. Seperti gambar di bawah:


Sebenarnya, proses pemasangan ini mudah sahaja di mana NamaTema.AdiumMassageStyle perlu di letakkan ke ~/.local/usr/share/adium/message-styles

Buat secara manual sebagai Root, tekan Alt+F2, masukan gksu nautilus, beri kata laluan yang diminta dan tekan Run. Kemudian copy NamaTema.AdiumMassageStyle ke direktori file system / usr / share / adium / message-styles

Sekian. Terima kasih.

10 Mac 2011

Mewujudkan Bayangan 3D Thumbnails Pada Nautilus

Apa itu bayangan 3D Thumbnails? Gambar di bawah mungkin akan menjelaskan kepada anda, sebaik sahaja anda memasangnya, 3D Shadow ini akan muncul pada hampir semua thumbnails pada Nautilus contohnya fail dokumen, gambar, pdf dan sebagainya.. Cuma thumbnail Direktori sahaja yang tidak kelihatan. Untuk bayang 3D Direktori bergantung jenis tema ikon yang anda pasang pada Ubuntu.

klik pada gambar untuk besarkan imej

Mari kita mula:

Buka aplikasi Terminal dan masukan 3 perintah arahan ini satu persatu (pastikan komputer anda mempunyai sambunagn internet)

wget http://a.imageshack.us/img135/8666/thumbnailframe.png
sudo mv thumbnailframe.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Manakala perintah arahan di bawah pula adalah untuk mengembalikan imej pada nautilus seperti asal iaitu tanpa bayang 3D.

wget http://a.imageshack.us/img651/5790/thumbnailframey.png
sudo mv thumbnailframey.png /usr/share/pixmaps/nautilus/thumbnail_frame.png
sudo nautilus -q

Ringkas dan mudah. Sekian.

21 November 2010

Memasang Tema Macbuntu Pada Ubuntu

Kadang kala kita terasa boring jika menggunakan tema yang sama sepanjang masa, paling tidak hanya tukar Wallpaper untuk mencipta sedikit kelainan pada Ubuntu. Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda memasang Tema Macbuntu pada Ubuntu 10.10 dan boleh juga pada Ubuntu 10.04 (sila muat turun tema mengikut versi Ubuntu anda).

Gambar 1

Muat turun tema Macbuntu melalui laman sesawang Gnome-Look.org. Di sini saya akan tunjukkan pemasangan Tema ini pada Ubuntu 10.10 Marverick Meerkat.


Pasang Tema Macbuntu:
Tema Macbuntu-10.10.tar.gz yang dimuat turun tadi pindahkannya ke Direktori Home anda (Places>yourname).

Klik kanan Macbuntu-10.10.tar.gz dan pilih "exract here". Anda akan nampak satu direktori baru Macbuntu-10.10 dan di dalamnya terdapat beberapa komponen tema tersebut seperti pada Gambar 2.

Gambar 2

Seterusnya, dwi klik pada "install.sh" dan pilih "Run in terminal" seperti pada Gambar 3 di bawah.

Gambar 3

Aplikasi terminal akan terbuka dan sila ikut semua arahan script pemasangan di dalam terminal tersebut. Jika anda tidak pasti pemilihan arahan yang dicadangkan, terdapat tanda * (star) yang bermaksud Default. Jadi, tekan sahaja kekunci "Enter"

Pemasangan tema Macbuntu ini mengambil masa 2 hingga 4 minit. Setelah siap memasang tema, Script akan mencadangkan kepada anda untuk membuat pemilihan Tema Mac pada Web Browser. Ikut arahan jika anda bersetuju.

Setelah semuanya selesai, sila "restart" komputer seperti arahan script pada terminal. Apabila Ubuntu anda kembali semula, kini tema Macbuntu sudah pun menghiasi skrin komputer anda seperti Gambar 1.

Pasang Arahan Patch Gnome Globalmenu Ubuntu 10.10
Pergi semula ke Gnome-Look dan klik pada butang Download - (Gnome GlobalMenu patch for Macbuntu 10.10). Pindahkan fail g2gm.tar.gz ke Home anda.

Klik kanan; pilih exract here dan buka direktori g2gm, seterusnya dwi klik pada g2gm.sh. Tunggu sehingga selesai, anda akan nampak perubahan pada panel dan menu.

Tambahan:
Docky launcher (default) pada tema Macbuntu di komputer saya ini telah saya gantikan dengan memasang Cairo-Dock. Bagaimana pun, terpulang kepada anda untuk memilih pelancar (launcher) yang disukai. Cuma jangan gunakan kedua aplikasi pelancar ini secara serentak, nanti akan nampak berserabut. Anda boleh membuat tetapan ini pada System>Preferences>Startup Application.

Maklumat lanjut tentang pemasangan Tema Macbuntu ini klik Forum Sourceforge.

Buang Tema Macbuntu:
Jika anda tidak suka tema ini dan ingin membuangnya, senang sahaja. Dwi klik fail Script yang bernama "uninstall.sh" yang ada seperti dalam Gambar 2.

Sekian.

06 November 2010

Memasang Tema (Themes) Pada Ubuntu

Tips memasang tema ini saya buat berikutan seorang sahabat kita iaitu saudara Safari cuba memasang Tema pilihan beliau iaitu Lexinya di mana Tema tersebut tidak berjaya dipasang secara "Drag and Drop".. Katanya keluar error seperti ini:


Baiklah, kita mula daripada awal, mula-mula muat turun Tema ini Lexinya.tar.gz DISINI dan tempatkannya ke Desktop. 

Cara Pertama:
Kemudian klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background>Themes. Tekan butang Install dan jejak (browse) Lexinya.tar.gz yang ada pada Desktop. Jika tiada masalah tema tersebut akan berjaya dipasang.

Ini pula cara mengatasi jika keluar ralat seperti gambar di atas:

Cara Kedua:
Buka direktori Home (nama anda) anda, tekan Ctrl+H, cari dan buka direktori .themes; padamkan direktori yang bernama Lexinya. Seterusnya ulangi Cara Pertama.. Lihat gambar di bawah, Tema Lexinya sudah berjaya di pasang..


Sekian..

26 Oktober 2010

Memasang Cairo Dock Pada Ubuntu versi 10.04 Ke Atas

Oleh kerana hari ini ada seorang sahabat saya teruja dengan seekor Penguin yang melakukan pelbagai aksi pada laptop saya, maka saya telah memasang Cairo Dock pada komputer ribanya dan seterusnya mewujudkan Penguin tersebut.

Jadi, saya mahu berkongsi dengan anda cara memasang Cairo Dock ini pada Ubuntu 10.04 dan Ubuntu 10.10.


Mula-mula buka terminal; Applications>Accessories>Terminal. Kemudian salin dan tampal baris arahan ini untuk penambahan ke Repository.

sudo add-apt-repository ppa:cairo-dock-team/ppa

Diikuti arahan kemaskini

sudo apt-get update

Dan lakukan pemasangan Cairo Dock

sudo apt-get install cairo-dock cairo-dock-plug-ins

Setelah itu, pergi ke menu Application>System Tools>Cairo Dock. Terdapat 2 menu Cairo Dock di sini iaitu: no Open GL dan Cairo Dock with open GL. Pilih salah satu...

Okey sekarang ini mahu mewujudkan Penguin seperti gambar di bawah, setelah Cairo Dock berada di panel bawah; klik kanan padanya dan pilih Cairo Dock>Configure.


Muncul satu kekotak Cairo Dock Configuration, klik pada Tab "Add -ons" dan tandakan pada Cairo-penguin. Tekan Apply, siap...

Anda boleh mencuba pelbagai fungsi, tema, ikon dan macam-macam lagi pada Cairo Dock ini.. semuanya terletak pada masa yang anda ada... Selamat mencuba.

20 September 2010

Memasang Nautilus Elementary Pada Ubuntu

Nautilus Elementary 2.30

Gambar 1

Keterangan ringkas Gambar 1

1 - Kedudukan Places mengikut kategori.
2 - Ikon 1 klik untuk memaparkan fail-fail (Icon, List dan Compact).
3 - Butang pelarasan saiz kandungan fail dalam Nautilus.

Jika anda mahu Nautilus pada Ubuntu anda kelihatan seperti Gambar 1, sila ikuti langkah pemasangan yang mudah di bawah; buka Terminal, salin dan tampal 3 baris arahan ini:

Ubuntu 10.04

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get upgrade
nautilus -q #restarts nautilus

Ubuntu 10.10

sudo add-apt-repository ppa:am-monkeyd/nautilus-elementary-ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get dist-upgrade
nautilus -q

Manakala Gambar 2 di bawah menunjukkan Locations Bar ada "gaya" sedikit dengan pemasangan tema Nautilus Elementary Breadcrumbs.

Gambar 2

Jika anda suka tema ini, untuk memasangnya amat mudah. Cuma perlu salin dan tampal baris arahan ini pula pada Terminal.

cd #this should take you to your home folder
wget http://gnaag.k2city.eu/nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz
tar -xvf nautilus-breadcrumbs-hack.tar.gz

Kemudian buka Nautilus; pergi ke Edit>Preferences. Klik Tab Tweaks dan tandakan pada "Show like breadcrumbs". Boleh juga tandakan pada "show slider icon" untuk lebih kekemasan.

Akhir sekali jalankan arahan ini pada terminal untuk restart:

nautilus -q

Sekian...

27 Januari 2010

My Themes Style Ubuntu 91.0


Klik pada gambar untuk besarkan saiz

Jika Windows boleh diubah themes dengan pelbagai gaya, themes Ubuntu juga mampu diolah agak kelihatan menarik. Contoh 2 gambar di atas adalah hasil gubahan saya dengan bertemakan "Dark/Green". Malah Ubuntu boleh diubah themes yang menyerupai Windows XP, Vista mahupun Win 7. Untuk mengubah menjadikan rupa windows, anda boleh memasang Gnome menu dengan mencarinya di gnome-look.

Untuk menghasilkan themes seperti saya, sediakan bahan-bahan tersebut:

1. jenis Font : Vibrocentric
2. Jenis icon: Azenis
3. Window Border style: LiNsta
4. Wallpaper: muaturun daripada koleksi wallpaper saya.
5. Aksesori tambahan: Screenlets untuk menampilkan jam dan sebagainya pada Desktop.

Gunakan Fire fox web browser..(rekemen)

1. Memasang Vibrocentric font

Muaturun Vibrocentric font, semasa muaturun, akan keluar satu mesej ubuntu. Pilih Open With: Archived manager (default). Kemudian, Extract ke Desktop. Selesai extract, tutup peti mesej tadi dan lihat pada Desktop terdapat font format .ttf. Buat satu folder baru "Vibrocentric" dan copy and paste 4 file ttf tadi.

Tekan kekunci Alt-F2 dan masukan
gksu nautilus /usr/share/fonts/truetype.
masukan password anda.

Copy dan paste folder Vibrocentric pada dekstop ke folder truetype. Kemudian tutup. Reboot komputer anda. Setakat ini font tidak akan berubah melainkan anda yang memilihnya. Jadi, Klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background> klik tab Font> tukarkan lima jenis font Sans kepada Vibrocentric dan pastikan saiznya adalah 11 atau 12. Anda akan dapat lihat perubahan tersebut.

2. Memasang Icon Azenis.

Muaturun Azenis icon, terdapat pelbagai pilihan warna.. pilih yang berkenan. Simpan pada file tar.gz ke dekstop anda. (buat sementara). Kemudian, klik akan pada desktop, Change Desktop Background>Themes.. selepas itu, drag and drop Azenis Icons.tar.gz ke kotak themes. Klik Apply New Themes. Anda akan lihat icon akan berubah serta merta.

3. Memasang Window Border LiNsta

Muaturun LiNsta . Setelah download extract file tersebut di mana di dalamnya terdapat lebih daripada 3 jenis tar.gz file. Cara pemasangannya sama seperti icon tadi, drag and drop sahaja.

4. Memasang wallpaper

Klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background>Add.. pilih wallpaper yang anda muaturun dari koleksi wallpaper saya. Gambar Desktop akan berubah serta merta.

5. Memasang Sreenlets

Klik menu Applications, untuk ubuntu 9.04 klik Add/remove program atau ubuntu 9.10 klik Ubuntu Software centre> search perkataan "sreenlets". Lakukan pemasangannya dan tunggu sehingga pemasangan selesai. Reboot komputer anda.

Kemudian klik pada Menu Applications>Accessories>Sreenlets>..pilih "clock" dan tekan tandakan check pada Start/Stop dan Auto start login. Kedua, pilih "Sysmonitor" dan lakukan perkara yang sama seperti Clock tadi.

Di sini sila buat perubahan kedua Sreenlets yang anda buat tadi dengan menekan klik kanan pada screenlets yang terletak pada desktop anda.

Contoh Clock:

Klik kanan pada gambar jam>properties>Options.. anda boleh ubah X dan Y position, scale serta Opacity. Buatlah perubahan mengikut kesukaan anda.

5. Ubah warna themes

Klik kanan pada Desktop>Change Desktop Background>Themes>tekan butang Customize>pada Tab control, pilih HumanLogin>pada Tab colours... anda adjustla sendiri warna-warna kesukaan anda. Setelah anda tukar themes ini, themes Window LiNsta akan hilang, kembalikannya semula dengan pilih LiNsta pada tab Window Border.

Perhatian, jika warna backgorund gelap, warna teks mestilah cerah.; dan begitulah sebaliknya. Jika tidak, anda akan terkeliru pada perubahan baru ini di atas kesilapan anda sendiri. Jangan khuatir, anda boleh mengubahnya semula atau paling senang tekan Default pada Tab colors jika anda gagal berbuat demikian.

Errmm.. anda berpuas hati dengan gaya Desktop yang baru ini? Sila simpan semua fail yang di download tadi yang terdapat pada Desktop anda ke satu folder pilihan anda...

Jika gagal di mana-mana bahagian pemasangan, ulangi langkah-langkahnya atau anda boleh mencarinya di google sebagai mana yang saya buat dahulu... Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...