Memaparkan catatan dengan label kontroversi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kontroversi. Papar semua catatan

02 November 2011

Muat turun Flash Video Youtube Atau Video Sumber Terlarang Melalui Ubuntu

JIka anda pernah menggunakan Ubuntu 9.10, semua flash yang sedang ditayangkan pada YouTube berada di dalam direktori /temp. Bermula Ubuntu 10.04 dilancarkan, ianya telah mematuhi satu undang-undang hakcipta terpelihara. Tidak dinafikan terdapat banyak cara memuat turun flash daripada Youtube dengan memasang Add Ons pada FireFox browser. Namun adakalanya Add Ons ini tidak berfungsi sama sekali apabila anda memainkan flash video daripada sumber terlarang. Saya tidak mahu cakap halaman tersebut. Anda cari sendiri, Ok.

Sebenarnya flash tersebut masih berada di dalam sistem simpanan sementara, cuma ianya akan dipadamkan sebaik sahaja anda meninggalkan halaman tersebut untuk ke halaman lain pula. Jadi, untuk anda mengambil flash itu, pastikan video flash itu telah tamat tayangan dan jangan tutup dahulu skrin tersebut.

Apa yang perlu anda buat ialah, bina skrip arahan mencari flash, salin semua skrip warna biru ini dan tampal ke text editor (gEdit). Skrip ini boleh dipakai untuk selamanya selagi tidak dipadamkan.

#!/usr/bin/env bash

for flashpid in $(pgrep -f flashplayer.so); do
cd "/proc/$flashpid/fd"
for video in $(file * | grep '/tmp/Flash' | sed 's/\(^[0-9]*\).*/\1/g'); do
echo "/proc/$flashpid/fd/$video"
done
done

(Skrip ini bukan saya yang cipta, harap maklum)

Kemudian simpan skrip ini dengan nama yang sesuai dan hujung nama skrip ini ditambah .sh dan simpan ke direktori Home (nama anda).contohnya: carivideo.sh

Sila berikan keizinan kepada skrip itu (klik kanan pada skrip > properties > permission > Execute). Sebaik tayangan video flash (di internet browser FireFox) selesai, buka terminal:

bash carivideo.sh

Output terminal akan memaparkan senarai nama flash yang tidak diketahui, contohnya: /proc/10390/fd/17. Seterusnya pada terminal ialah salin semula output tersebut dan masukkan nama video yang sesuai. contohnya:

cp /proc/10390/fd/17 ~/Videos/test2.flv

Flash tersebut akan disimpan ke dalam direktori Videos dan nama flash tersebut ialah test2.flv. gantikan test2 dengan nama yang sesuai. Gambar di bawah adalah contoh yang saya buat.


Tutorial ini melanggar hakcipta beberapa buah negara (atau tempat tinggal anda)...

05 November 2010

Menggodam Wi-Fi (Untuk pengguna linux sahaja)

Menggodam Wi-Fi adalah salah dari segi hak milik pemunya, bagaimana pun semua kerja-kerja ini bergantung kepada penggunaan anda. Jika anda menceroboh hak milik anda sendiri tidak salah, kalau jiran punya? haa..haa.. tanggung sendiri..

Saya tidak akan menulis tutorial menggodam wifi, menjawab soalan berkenaan tajuk ini dan apa yang berkaitan kerja berunsur negatif. Cuma saya bagi "lampu" kepada anda supaya anda boleh berjalan. Nasi di dalam pinggan tidak akan saya suapkan! Saya hanya akan beri kunci "kereta" supaya anda boleh pandu, saya tidak mahu mengajar bagaimana pandu kereta tersebut.

Salah satu Aplikasi untuk melakukan kerja-kerja ini ialah Aircrack-ng atau boleh juga menggunakan Back Track.

Anda perlu ikut mana-mana tutorial ini untuk menggunakan Aircrack.
1. Cara Pertama
2. Cara Kedua

Menyentuh berkenaan Back Track (BT), ianya sebuah Distro linux berasaskan Debian/Ubuntu untuk Back Track 4. BT didatangkan dengan pelbagai perisian, perkakasan dan juga aplikasi untuk niat menggodam keselamatan. Anda perlu memuat turun BT dan bakar ke CD/DVD dan jalankan secara LiveCD. Selain itu, BT juga boleh dipasang ke USB thumb drive menggunakan bantuan Unetbootin.

Jika tidak mahu muat turun ISO Back Track, anda boleh pasang keperluan perkakasan Back Track ke dalam Ubuntu anda, caranya ikut tutorial ini. Sebelum mencuba Back Track sila baca samada kad/pemacu wifi anda disokong atau tidak.

Semak perkakasan wifi pada komputer anda, buka Applications>Accessories >Terminal dan masukan baris perintah ini:

lspci | grep Network

Muat turun Video Crack WEP - wifi http://www.mediafire.com/?mkwxq0gndy3
Lihat Video Online Crack http://g0tmi1k.blip.tv/file/3129452
Laju sangat dia taip ker? Command-nya di sini http://pastebin.com/TAAUw36Y

Sekian.

05 Jun 2010

GAZA


"KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada lebih 9 orang dan lebih dari 30 orang lagi cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal."
Sudah tentu peristiwa di atas amat dikesali oleh seluruh dunia yang ciptakan keamanan. Keperitan sekatan ekonomi ke atas GAZA sejak 3 tahun lepas cukup tersiksa untuk ditanggung oleh rakyat Palestin.

Siapalah kita untuk membicarakan berita serangan oleh Zionis? Namun, setidak-tidaknya kita mampu berbuat sesuatu umpamanya Boikot semua barangan Israel!!!

Perkataan GAZA mengingatkan saya kepada salah satu Operating System iaitu Sabily linux yang mana menggunakan asas Ubuntu 9.10 yang dipanggil GAZA.. GAZA dicipta khas untuk pengguna Islam, malah digalakkan juga untuk Non-muslim. Saya pernah mencuba perisian Sabily ini, dan tidak jauh bezanya dengan Ubuntu. Anda boleh layari Sabily DI SINI.

Malah anda juga boleh memasang tema Sabily ke Ubuntu anda mengikut tutorial DI SINI.

16 Februari 2010

Microsoft Dan Israel

Nota: Artikel ini tidak bermaksud menghasut, mencemuh dan sebagainya.

Petikan ini di ambil daripada Laman Web rasmi PPIM

" BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain."

Petikan ini di ambil daripada wiki.org

" Pertukaran korporat

Beberapa Dewan Perdagangan Amerika-Israel kawasan diwujudkan bagi membantu pengembangan syarikat-syarikat Amerika dan Israel menembusi pasaran satu sama lain. Syarikat-syarikat seperti Motorola, IBM, Microsoft dan Intel telah memilih Israel bagi menubuhkan pusat-pusat Penyelidikan dan Pembangunan. Israel mempunyai lebih banyak syarikat yang tersenarai di NASDAQ berbanding mana-mana negara lain di Amerika Utara."

Petikan pertama saya adalah salah satu daripada beratus-ratus berita kekejaman Israel yang selalu kita dengar. Manakala petikan kedua saya adalah hubungan Microsoft dan Israel (Yahudi). 2 pautan di bawah anda boleh membaca dan menilainya sendiri;

http://www.jewishjournal.com/geekheeb/item/microsoft_funds_israeli_touch-screen_tech_20090112/

Jika benar = tepuk dada tanya iman


Jika tidak = tinggalkan artikel ini

Kesimpulanya, anda sebagai muslim berhak memilih kebenaran. Adalah salah satu sebab mengapa saya mengunakan Ubuntu Linux. Selain Ubuntu, anda boleh menggunakan OS Sabily. Di mana Sabily adalah Operating System yang lengkap dengan aplikasi seorang muslim seperti Quran, Waktu Solat, Ilmuan falak dan pelbagai lagi. Sabily juga dicipta daripada platform Ubuntu..

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...