Seperti IM Empathy yang menggunakan protokol "People Nearby", MSN pula menggunakan "People Near Me" manakala Pidgin menggunakan "Bonjour". Kalau tidak silap saya Bonjour ini direka berasaskan XMPP yang mana diperkenalkan oleh syarikat Apple untuk proses berkongsian fail dan mencetak dalam "Local Network".
Memasang Pidgin pada Ubuntu:
- Buka aplikasi Ubuntu Software Center dan taipkan pidgin.
- Seterusnya klik pada butang Install.
Memasang Pidgin pada Windows (XP, Vista, Win 7).
- Muat turun Pidgin untuk Windows. Saya sarankan anda pilih "pidgin offline installer".
- Muat turun perisian tambahan Pidgin "Bonjour for Windows" daripada laman Apple.
- Sila pasang kedua-dua aplikasi tersebut iaitu Pidgin dan Bonjour.
Klik butang Add untuk membina akaun pengguna.
Sila pilih "Bonjour" di dalam protokol dan masukan Username anda, kemudian tekan butang Add.
Anda akan dapati 1 akaun telah dicipta dan tandakan pada Enable untuk memulakannya.
Seterusnya, langkah yang sama juga dilakukan pada Pidgin di komputer Windows. Untuk pengetahuan, jika Pidgin pada Windows gagal menghubungkan Bonjour, sila Restart Windows tersebut.
Sebaik sahaja Ubuntu dan Windows berjaya menghidupkan Pidgin, anda dan rakan anda yang sama Network sudah boleh bersembang (lihat di dalam buddy list), menghantar fail dan lain-lain lagi.
Saya harap tutorial ini memberi manfaat antara Ubuntu-Windows.. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan